Nuffnang

Friday, 28 February 2014

Cuaca Panas: Langkah Perlu Dan Elakkan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam menunjukkan jam 3.00 petang, saya menjenguk ke luar, cuaca masih panas terik lagi di luar sana. Daripada apa yang saya baca laporan di dada akhbar, kebanyakan tempat di Malaysia kini dilanda cuaca panas dan terik. Jika di Selangor pula, catuan air telah bermula pada 25hb Februari yang lepas. Cuaca panas yang berterusan sedikit sebanyak membimbangkan kita juga kerana keadaan ini boleh menyumbang lagi kepada pengurangan air di semua empangan air di Selangor. Marilah sahabat semua, kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya hujan akan turun dalam masa terdekat ini. Insyaallah.

Apabila cuaca panas terik, kita akan sentiasa berasa dahaga. Bila dahaga kalau ikutkan rasa anak tekak memang rasa hendak minum ais sahaja. Betul tak sahabat semua? (tiba-tiba saya terbayangkan air kelapa muda ditambah ais. Mmm, sedapnya!). Dalam keadaan cuaca yang panas terik begini, kita perlu banyakkan meminum air (air kosong ya sahabat semua) untuk mengelakkan dehidrasi. Nanti apabila badan kekurangan air, badan kita akan menjadi lemah, cepat penat dan tidak sihat. Mulalah pula masalah demam melanda bila badan tidak sihat. Selain itu, kalau boleh elakkan juga daripada panas terik matahari. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil, elakkan mereka daripada main di luar rumah dan pastikan mereka berada di dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau punya kelengkapan pendingin hawa.

Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa adalah sebanyak 2.5 liter (kira-kira 8 gelas sehari) setiap hari. Hasil daripada carian google sebentar tadi, saya ingin kongsikan pada entri kali ini tentang langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang melampau. Info kesihatan ini adalah panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kita Perlu

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. JANGAN tunggu sehingga kita dahaga;
  • Minum minuman isotonik seperti 100Plus dan Revive kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh;
  • Sejauh yang mana yang boleh kita perlu berada di dalam rumah/bangunan;
  • Hadkan aktiviti luar;
  • Kerap berehat;
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan kita;
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar;
  • Pakai topi atau payung yang besar ketika berada di luar panas terik.

Kita Cuba Elakkan

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi;
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup;
  • Bersenam dalam cuaca panas.

Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan suhu panas, INGAT tips-tips di bawah:

  • Keluar dari kawasan yang panas;
  • Tanggalkan pakaian yang ketat;
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan;
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan;
  • Minum air setiap 15 minit;
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

Untuk info selanjutnya berkenaan cuaca panas dan kesihatan, sahabat semua boleh melayari portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Semoga panduan kesihatan tersebut dapat membantu kita menghadapi cuaca panas yang melampau.

Salam kasih.

Arissa: Baca Doa Naik Kenderaan

Teks: Haryati Dulbahri
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat. Hari ini hari terakhir bulan Februari 2014. Apa khabar hari ini sahabat semua? Moga kalian semua lebih bersemangat daripada semalam dan diberi kekuatan untuk terus melaksanakan perancangan hari ini dengan baik. Insyaallah.

Pagi ini saya ingin berkongsi perbualan antara saya dan Arissa Safiya (anak sulung saya yang akan berusia 6 tahun pada 29 Jun ini). Setiap pagi apabila saya (Ummi) menghantar beliau ke sekolah tadika, beliau akan mengingatkan saya satu perkara yang sama. Saya ceritakan semula ya sahabat semua.

Perbualan pada 2 minggu yang lalu.

Arissa: Ummi, Cikgu Iela pesan sebelum naik keta kena baca doa dulu. Ummi tak baca doa ke?

Ummi: Ya sayang! Selalu ummi baca doa dalam hati. (Dalam hati saya terdiam seketika sambil berkata nasib baik saya hafal doa naik kenderaan ini). Terus saya menadah tangan dan mengajak Arissa baca doa tersebut bersama-sama. Arissa ikut sama baca sedikit demi sedikit walaupun dia tidak tahu sebenarnya macamana doa tersebut.

Perbualan pada seminggu yang lalu.

Ummi: Kakak, jom kita baca doa naik kenderaan. Cuba Kakak baca. (sambil tangan kami menadah tangan)

Arissa: Ummi, Kakak tak tahu. Ummi bacakan la...

Ummi: Ok, jom kita baca sama-sama. (Saya bacakan doa tersebut dan seperti biasa Arissa akan ikut satu demi satu bacaan doa tersebut)

Perbualan semalam pada 27 Februari 2014

Arissa: Ummi, ummi...Kakak da pandai baca doa naik kenderaan. Arini biar Kakak yang baca. Ummi dengar. (Terus arissa menadah tangan dan terus membaca doa naik kenderaan dengan lancar)

Ummi: Alhamdulillah. Kakak da pandai baca doa naik kenderaan la. Mulai esok, kakak baca doa ya! Nanti kita belajar lagi doa-doa yang lain.

Arissa: Ummi, nanti abah balik Kakak nak beritahu Abah kakak da pandai baca doa naik kenderaan. (Pada hari tersebut Abah bertugas di luar kawasan)

Ummi: ok, nanti Abah balik kita beritahu abah ya kakak da pandai baca doa naik kenderaan.

Bagi saya dan suami, anak-anak kami adalah anugerah paling indah dalam kehidupan kami. Mereka adalah pinjaman Allah s.w.t kepada kami. Moga kami dapat mendidik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya. Insyaallah.

Baiklah sahabat semua, jom kita amalkan doa sebelum naik kenderaan ini dalam setiap perjalanan kita ya! Moga kita semua selamat sampai ke tempat yang dituju. Amin.

Salam kasih.


Doa Menaiki Kenderaan (Surah Az-Zukhruf; ayat 13-14)


Thursday, 27 February 2014

Tupperware Brands: Sebelum Dan Selepas

Teks: Haryati Dulbahri
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini saya meneruskan lagi penulisan berkenaan produk Tupperware Brands. Sebelum saya teruskan penulisan, apa kata sahabat semua cuci mata dahulu dengan gambar-gambar yang saya google di Internet sebentar tadi.

Susun atur yang nampak lebih teratur, kemas dan cantik apabila menggunakan produk Tupperware Brands


Ini pula susun atur di dalam peti sejuk menggunakan produk Tupperware Brands


Susun atur di dalam kabinet dapur menggunakan produk Tupperware

Nampakkan perbezaan sebelum dan selepas dalam gambar-gambar di atas. Sejuk sahaja apabila mata memandang. Daripada ruang yang sempit, apabila barang-barang sudah disusun elok-elok ianya dapat menjadikan pemandangan lebih luas dan kemas.

Untuk makluman sahabat semua, saya seorang yang sangat cerewet ketika di dapur. (En suami sangat memahami apabila saya berada di rumah, lebih-lebih lagi di ruang dapur). Saya yakin sahabat semua yang bergelar surirumah juga, tidak kira yang bekerja atau tidak pastinya mempunyai citarasa sendiri dalam menyusun atur barang-barang di rumah. Saya fokuskan dahulu di ruang dapur. Perkara pertama apabila kita sudah membeli barang-barang basah atau kering, apakah langkah yang kita buat? Ya, pastinya kita akan menyimpan barang-barang tersebut ke tempat sepatutnya. Seperti saya, saya memilih produk Tupperware Brands sebagai tempat penyimpanan barang-barang di ruang kabinet dapur. Bukan sahaja nampak teratur dan kemas, malah memudahkan saya dan ahli keluarga untuk mencari barang yang disimpan kelak.

Berikut adalah sebab-sebab sebelum dan selepas menggunakan produk tupperware sebagai rujukan sahabat semua:-



Sebelum:-
Selepas:-

×     Susunan yang  tidak teratur

ü  Susunan lebih teratur dalam penggunaan ruang

×     Susunan yang tidak kemas

ü  Susunan lebih kemas dan cantik – semua berada ditempatnya

×     Barang terdedah kepada pencemaran dan serangga perosak

ü  Lebih bersih, segar dan terjamin daripada serangan serangga perosak

×     Barang mudah tertumpah

ü  Barang tidak mudah tumpah

×     Barang susah untuk dicapai atau dicari

ü  Barang mudah untuk dicapai atau dicari. Juga dapat menjimatkan masa mencari barang yang dikehendaki

*********************************************************************************



Sebarang pertanyaan/ tempahan produk Tupperware, anda boleh terus hubungi saya di Mompreneur Shoppe melalui:-
  • SMS/ Whatsapp: 019-6627100
  • Emel: haryatidulbahri@gmail.com
  • FB Fanpage: www.facebook.com/messages/Mompreneur

Sila nyatakan Nama Item, Kod Item dan Kuantiti semasa membuat tempahan. Penghantaran Percuma (Free Delivery) di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. 

Do What You Love

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini saya baca sekali lagi ebook yang menjadi rujukan wajib apabila kita menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Ebook tersebut bertajuk Belajar Asas Blog. Menurut penulis ebook ini dan juga pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad, antara tips dalam penulisan blog ialah tulis tentang apa yang kita minat dan pakar. Saya sangat bersetuju dengan point ini. Setiap orang mempunyai minat dan kepakaran masing-masing. 'Do What You Love' atau dalam bahasa Melayunya bermaksud 'Buat Apa Yang Anda Cinta'. Apabila kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion), secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita untuk terus melaksanakan sesuatu dengan penuh bersemangat, tidak bosan dan seronok untuk melakukannya lagi. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, jangan sesekali melakukan sesuatu kerana paksaan, desakan seseorang, orang lain buat anda hendak juga atau mungkin kerana ia sekadar alasan untuk mencuba sahaja. Sebagai contoh saya bagi situasi saya sendiri, apabila saya mengikuti Kelas Asas Blog online ini, sebelum kami meneruskan langkah demi langkah, analisa akan dilakukan dahulu. Antara analisa tersebut adalah mengenalpasti minat, kepakaran dan kemahiran yang kita ada. Saya amat meminati bidang jahitan sejak di zaman persekolahan menengah lagi. Ketika itu saya mampu menjahit baju kurung untuk dipakai sendiri. Apabila sudah menjadi surirumah sepenuh masa, saya rasakan sudah tiba masanya saya menambah pengetahuan dan kemahiran dalam dunia jahitan secara intensif. Saya yakin bermula daripada apa yang kita minat, ianya boleh dikembangkan lagi dalam perniagaan atau aktiviti yang lain. Apabila blog saya ini sudah lengkap sepenuhnya, saya akan menjadikan blog ini sebagai satu platform untuk saya kembangkan lagi minat saya dalam bidang jahitan dan dalam masa yang sama dapat meluaskan lagi perniagaan produk-produk yang lain. Insyaallah.

Baiklah sahabat semua, jom kita tetapkan pendirian kita dan cuba laksanakan sesuatu berdasarkan apa yang kita minat dan cinta (passion). Insyaallah, kata-kata motivasi ini boleh menjadi tips untuk kita semua berjaya. Bagi sahabat yang ingin memulakan perniagaan, perkongsian tips motivasi daripada Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio iaitu Irfan Khairi sangat berguna dan dapat memberi panduan kepada kita semua. Beliau adalah contoh terbaik dalam perniagaan internet di Malaysia. Apa yang beliau minat dan pakar, itulah yang menjadi kekuatan untuk beliau bertahan dan berjaya dalam perniagaan internet. Jadikan minat, kebolehan dan kepakaran anda sebagai  penentu jenis perniagaan yang ingin anda ceburi. Jom kita hayati bersama-sama. 

"Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

"Kalau buat perkara yang kita TAK minat...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan.
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh.
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal.

Kepada sahabat semua yang masih belum mengenali beliau, boleh like dan follow laman web beliau di http://www.irfankhairi.com/

Salam kasih dan moga memberi manfaat kepada semua.

Tuesday, 25 February 2014

Tupperware Brands: Keistimewaan Dan Kelebihan

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Tupperware HQ dan carian Google

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi sahabat semua. Sebentar tadi saya singgah sekejap ke blog rakan akademi iaitu di laman blog Puan Rafeah Wahi, Gaya Hidup Mesra Alam. Apabila saya baca tajuk blog, terus saya klik dan mula membaca satu persatu entri beliau. Minat yang mendalam tentang gaya hidup mesra alam menjadi inspirasi untuk beliau mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mengamalkan gaya hidup mesra alam secara santai, mudah dan sederhana. Amat tepat sekali, penulisan blog menjadi salah satu platform untuk beliau berkongsi tentang gaya hidup mesra alam. Moga usaha Puan Rafeah Wahi untuk mendidik masyarakat tentang gaya hidup mesra alam terus memberi impak yang positif kepada masyarakat dan kesan yang besar terhadap alam sekitar secara keseluruhannya. Jom sahabat semua, sama-sama kita memberi sokongan kepada usaha Puan Rafeah Wahi ini dan jemput juga lawati blog-blog rakan akademi yang lain di Akademi Bekerja Di Rumah.

Cerita tentang gaya mesra alam, saya teringat pula entri saya semalam berkenaan Tupperware. Bagi saya Tupperware bukan sekadar bekas plastik biasa. Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Tupperware sebenarnya. Tahukah sahabat semua, Tupperware juga adalah produk yang mesra alam? Jawapannya YA. Produk Tupperware dibuat daripada bahan berkualiti terbaik yang selamat dan tidak mengandungi bahan zat kimia beracun. Ia juga telah memenuhi piawaian beberapa badan dunia seperti FDA (Food and Drug Administration) dan piawaian Japan Polylefin Hygienic Association. Oleh itu, produk Tupperware ini juga dilabelkan sebagai produk yang selamat untuk makanan. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang menggunakan produk Tupperware ini juga telah menyokong dan menyumbang khidmat sosial kalian sebagai masyarakat yang bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Selain itu, dengan menggunakan produk Tupperware ini secara tidak langsung kita telah mengikuti gaya hidup yang sihat dan mesra alam. Ini kerana produk Tupperware juga adalah selamat untuk digunakan berulang kali tanpa melibatkan pencemaran bahan-bahan kimia yang berbahaya. Apabila ianya selamat digunakan berulang kali, maka penggunaan bekas plastik pakai buang seperti polisterin dapat dikurangkan. Seperti yang kita ketahui produk yang berasaskan polisterin mengandungi CFC (Chlorofluorocarbon) yang sememangnya berbahaya kepada alam sekitar.

Secara keseluruhannya, merujuk kepada Buku Panduan Produk Tupperware Brands, terdapat enam (6) keistimewaan dan kelebihan produk Tupperware:-
  1. Tahap Piawaian Antarabangsa (World Standard)
    Semua produk Tupperware diperbuat daripada bahan yang selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen. Ianya tidak menyebarkan bahan kimia yang berbahaya kepada kandungan makanan dan minuman. Produk Tupperware telah melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polylefin Hygienic Association.

  2. Warna Selamat (Colour Safe)
    Warna-warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89).

  3. Mesra Alam (Environment Friendly)
    Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yang tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.

  4. Tahan Gelombang Mikro (Microwafe Safe)
    Produk kalis gelombang mikro diperbuat daripada bahan yang khusus untuk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS).

  5. Kualiti Yang Tinggi (Top Quality and Finishing)
    Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti. Usaha-usaha ini menjadikan produk Tupperware sesuatu yang menarik untuk digunakan bagi sebarang perayaan.

  6. Rekabentuk Yang Inovatif (Innovative Design)
    Produk Tupperware direka untuk memberi inspirasi kepada pengguna. Tidak seperti produk-produk plastik yang biasa, produk Tupperware banyak memenangi anugerah di seluruh dunia seperti Industrial Design Excellence Awards, Reddot Awards, IF Seal Awards dan banyak lagi. Sesungguhnya, seseorang boleh menggunakan tupperware dengan bangga! 

Teruskan membaca ya. Diharap kupasan di atas dapat mengubah fikiran kalian untuk menggunakan produk yang mesra alam sebagai tanda sokongan kita kepada usaha untuk menjaga alam sekitar. Nantikan kupasan saya yang lain tentang produk Tupperware ini dalam entri yang akan datang. 

Salam kasih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan/ tempahan produk Tupperware, anda boleh terus hubungi saya di Mompreneur Shoppe melalui:-
  • SMS/ Whatsapp: 019-6627100
  • Emel: haryatidulbahri@gmail.com
  • FB Fanpage: www.facebook.com/messages/MompreneurShoppe

Sila nyatakan Nama Item, Kod Item dan Kuantiti semasa membuat tempahan. Penghantaran Percuma (Free Delivery) di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. 

Monday, 24 February 2014

Tupperware Brands Pula

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat semua hari ini? Moga sahabat semua sihat dan ceria selalu. Hari ini hari Isnin, kalau ketika bekerja dahulu, hari Isnin adalah hari liat saya. Ya lah sudah seronok berehat pada hari Sabtu dan Ahad, tiba-tiba muncul hari Isnin masa untuk ke pejabat semula. 'Monday Blues' lah katakan. Tapi kini tiada lagi istilah 'Monday Blues' rasanya. Saya ada dua (2) pilihan, samada YA atau TIDAK. Pilihan saya adalah YA. Bagi saya hari-hari yang mendatang adalah cabaran dan saya memilih untuk gembira dengan apa-apa perkara yang saya lakukan. Semua adalah terletak kepada empunya diri.

Baiklah, sebelum ini saya asyik berkongsi cerita berkenaan madu kelulut sahajakan. Saya berhenti sekejap menulis entri berkenaan madu kelulut, pada entri kali ini saya akan kongsi pula pengalaman berkenaan satu produk yang sememangnya diketahui umum dan popular sejak turun-temurun. Saya masih ingat masa zaman sekolah rendah dahulu, zaman era 80-an, ramai makcik-makcik tidak kira yang surirumah atau bekerja yang sibuk untuk menyertai 'Party Tupperware'. Kalau ikutkan kronologi, produk Tupperware Brands ini telah lama wujud dan digunapakai oleh orang ramai di seluruh sedunia. 

Apabila sebut apa-apa jenis bekas atau simpanan, mesti kita akan sebut 'tupperware'. Nama 'Tupperware' telah menjadi sinonim kepada apa-apa jenis bekas makanan walaupun bekas tersebut bukannya berjenama Tupperware. Betul tak sahabat semua?

Siapa antara kalian semua menggunakan produk Tupperware ini, cepat-cepat angkat tangan? Untuk makluman sahabat semua, saya juga merupakan salah seorang peminat Tupperware dan menjadi pengguna jenama Tupperware ini sejak tahun 2009. Bukan setakat peminat, apabila sudah minat maka saya telah menjadi ahli Tupperware Brands ini sebagai konsultan sah sejak tahun 2009. Ini nombor ID saya, 312312. Cantikkan nombor ID ni.

Saya menjadi ahli Tupperware hanya sekadar suka-suka. Ini kerana saya suka kumpul koleksi-koleksi produk Tupperware ini. Bila jadi ahli, kita akan dapat membeli produk Tupperware ini dengan harga yang jauh lebih murah. Bukan setakat itu, sebenarnya Tupperware ini pun dapat membantu kita menjana wang tambahan. Tentang jana wang tambahan ini, nanti saya akan ceritakan pada entri-entri saya yang akan datang. 

Oleh sebab itulah, setelah sekian lama saya menggunakan produk tupperware ini, saya tertarik untuk berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan produk Tupperware ini. Seperti tagline di blog saya ini, 'Perkongsian Ilmu Untuk Manfaat Bersama'. Teruskan ya sahabat semua nantikan entri saya yang seterusnya. Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menyokong penulisan saya yang tidak seberapa ini. Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Salam kasih.




Sunday, 23 February 2014

Arissa: Bacalah Anakku Dan ReadEasy

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Ahad sahabat semua. Apakah aktiviti sahabat semua hari ini? Moga apa yang dirancang hari ini berjalan lancar dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Insyaallah.

Pagi ini anak perempuan saya Arissa Safiya (dirumah panggilannya 'Kakak' atau 'Acha') bangun seawal jam 6.30 pagi. Pada hari-hari biasa sememangnya kakak bangun awal untuk ke sekolah. Mungkin sudah biasa dengan rutin hariannya, maka pada hari minggu pun kakak akan bangun awal seperti biasa.

Saya ingin kongsikan sedikit sebenarnya pengalaman saya dalam mendidik anak-anak membaca awal. Sebentar tadi saya sempat browsing sebahagian blog Alumni Akademi Bekerja Dari Rumah. Saya tertarik dengan laman blog Ajar Anak Membaca Awal. Apabila saya buka, blog tersebut adalah milik kepada Puan Nik Eliani Nik Nawi. Beliau adalah penulis buku Bacalah Anakku & Read Easy. Subhanallah, saya tidak sangka saya akan berjumpa lagi beliau dan boleh mengenali lebih dekat melalui blog dan akademi ini. Untuk pengetahuan sahabat semua, saya pernah menyertai Kursus Asas Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan ReadEasy pada tahun lepas anjuran beliau dengan kerjasama Pusat Jagaan dan Harian Cendekiawan Educare (Cendekiawan Educare adalah tadika Arissa kini). Nampakkan sahabat semua, bagi saya Akademi Bekerja Di Rumah ini merupakan satu platform kepada semua untuk sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Dalam masa yang sama juga, pelajar akademi dapat bertukar pandangan dan networking antara satu sama lain. Sememangnya saya amat kagumi usaha pengasas akademi ini iaitu Pn Masayu Ahmad atas usaha beliau mewujudkan akademi ini. Juga kepada guru-guru online yang tidak pernah jemu mengajar pelajar-pelajar walaupun melalui online sahaja. Menarik bukan! Apalagi sahabat semua, jom sertai kami sekarang. Banyak kelebihan dan manfaatnya.

Berbalik kepada cerita berkenaan mendidik anak membaca awal, saya mula tahu teknik dan kaefah fonetik menggunakan buku Bacalah Anakku dan ReadEasy ini sejak Arissa berusia seawal 4 tahun. Kami menghantar Arissa ke Cendikiawan Educare (CE) sejak umur beliau 3 tahun. Di CE, anak-anak berusia 4 tahun akan didedahkan dengan pembelajaran ABC ini menggunakan kaedah fonetik. Contohnya apabila sebut huruf A, mereka akan diperkenalkan dengan sebutan 'Aa' bukan 'A' dan begitu juga huruf-huruf yang lain seperi 'B' sebagai sebutan 'Beh'. Pada mulanya pelik juga saya dengar anak saya sebut lain daripada kebiasaan yang kita belajar masa kecil dahulu, lama kelamaan saya dapati kaedah fonetik ini amat mudah sebenarnya dan sememangnya amat berkesan. Saya ambil testimonial yang paling dekat iaitu anak perempuan saya sendiri. Arissa sudah boleh membaca buku bahasa melayu pada usia 5 tahun. Alhamdulillah, kami rasa kagum dengan keinginan anak kecil ini untuk belajar membaca. Dalam buku siri cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy, ianya mengandungi 8 buah buku, satu set kad imbasan, sebuah buku panduan dan satu VCD panduan mengajar.

Setelah berjaya khatam atau menghabiskan 8 buah buku siri cepat membaca Bacalah Anakku, tahun ini saya perkenalkan pula dengan siri cepat membaca ReadEasy. Lebih mengagumkan saya dan suami, Arissa berjaya menghabiskan buku 1 - 8 dalam masa 3 hari sahaja. Bersungguh-sungguh Arissa meminta saya mengajar dan menyemak pembacaan beliau dalam ReadEasy. Menurut suami Puan Nik Eliani, En Othman Ahamad pada sesi kursus Cepat Membaca yang saya hadiri tahun lepas, anak-anak boleh mula baca ReadEasy apabila mereka sudah khatam sekurang-kurangnya buku 1 sehingga 6 buku Bacalah Anakku. Ini kerana sebahagian sebutan dalam bahasa Inggeris adalah sama dengan sebutan dalam bahasa melayu. Ya, memang betul. Arissa dengan mudah dan cepat, beliau boleh membaca ReadEasy tanpa henti dalam masa 3 hari sahaja.

Oleh itu, saya amat syorkan sahabat semua untuk sama-sama mendidik anak cepat membaca menggunakan kaedah fonetik dalam siri cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy ini. Jutaan terima kasih kepada Puan Nik Eliani dan suami atas inisiatif ini dengan menghasilkan buku ini dan sama-sama mengajar kaedah tersebut melalui kursus yang beliau anjurkan.

Jom kita laju-laju pergi ke blog Puan Nik Eliani di sini: http://www.cepatmembaca.blogspot.com/ untuk mengetahui dan memahami kaedah fonetik yang sememangnya terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.



video

Video peribadi penulis: Arissa sedang membaca ReadEasy Buku No. 6


Foto peribadi penulis: Sijil Penyertaan saya menghadiri Kursus Asas Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan ReadEasy

Salam kasih.

Saturday, 22 February 2014

Ayam Panggang Madu Kelulut Versi Pemanggang Ajaib

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari Sabtu ataupun Ahad adalah hari kami menghabiskan masa bersama anak-anak diluar. Maklumlah En suami selalu juga bertugas di luar kawasan. Minggu ini sahaja, beliau sudah bertugas di Pahang, Kelantan dan Sarawak. Pada kebiasaannya kami akan bawa anak-anak makan di luar atau pulang ke kampung halaman menziarahi atuk dan nenek di sana. 

Bagaimana pula dengan hari minggu sahabat semua? Saya doakan semuanya baik-baik sahaja dan dapat menghabiskan masa di hujung minggu ini bersama keluarga tercinta masing-masing. 

Masih lagi entri berkenaan madu kelulut. Tapi kali ini berbeza sedikit kandungan ceritanya. Harapnya sahabat semua tidak bosan dengan entri yang saya coretkan. Ye lah, asyik madu kelulut sahajakan. Sebenarnya, saya masih teruja untuk kongsi pengalaman dan maklumat berkenaan madu kelulut ini. Terlalu banyak sebenarnya, Insyaallah selagi diri ini mampu mengeluarkan idea-idea kreatif, selagi itulah jari-jemari ini akan rajin menulis satu persatu kupasan tentang madu kelulut ini. Insyaallah.

Baiklah, pada entri kali ini saya akan kongsi tentang memvariasikan madu kelulut dalam masakan seharian kita. Mesti sahabat semua suka memasak kan. Saya tidaklah tahap pakar lagi dalam masakan ini, sekadar masak untuk santapan suami dan anak-anak sahaja. Apa yang suami dan anak-anak suka makan, yang itu lah kita akan masak dan masak. Bila habis licin, saya rasa satu kepuasan dan seronok untuk memasak lagi. Itu tandanya apa yang kita masak tu sedap dan lazat. Betul tak sahabat semua? Seperti kami sekeluarga, suami dan anak-anak sukakan lauk berasaskan ayam dan tidak pedas. 

Di sini saya akan kongsikan satu resepi lauk tengahari atau untuk makan malam. Resepi asal adalah daripada resepi di blog Che Mat Gebu (CMG). Cuma saya olah sedikit mengikut citarasa kami sekeluarga. Kredit kepada blog CMG ini kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dalam dunia masakan. Jutaan terima kasih kepada En. CMG, saya sememangnya salah seorang follower blog CMG. Banyak resepi beliau membantu saya dalam menyediakan sajian untuk keluarga.

Jom kita tengok resepi Ayam Panggang Madu Kelulut Versi Pemanggang Ajaib ini.

Bahan-bahan

3 keping peha ayam bersaiz  besar (saya guna ayam bersaiz kecil lebih kurang dalam 12 ketul)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih* (*ditumbuk halus)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat (saya guna brand Heinz Sos Manis ABC)
1 camca teh lada hitam kisar (saya tumbuk sahaja)
Beberapa titik minyak bijan (saya tak letak pun)
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
Saya tambah juga kentang yang dibelah enam

Cara-caranya
  1. Ayam tersebut dicuci bersih dan diletakkan dalam satu bekas. cucuk-cucuk kan bahagian isi ayam dengan lidi sate/garfu dan kemudian lap sehingga kering dengan menggunakan kitchen paper towel.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus, madu kelulut, kicap pekat, sos tiram, lada hitam tumbuk dan minyak bijan (jika ada). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. 
  3. Perap ayam sekurang-kurangnya 1-2 jam (kalau nak lagi sedap boleh diperap semalaman dalam peti sejuk).
  4. Untuk panggang/bakar, boleh gunakan oven pada suhu 200C, lenser dahulu bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang telah diperap dan bakar selama 40 minit atau hingga ayam masak. Sementara itu, baki-baki bahan perapan dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalikkan.
  5. Untuk resepi ini, saya sebenarnya lebih suka menggunakan pemanggang ajaib. Bergantung kepada saiz ayam, biasanya dalam masa 20-30 minit ayam akan masak sekiranya menggunakan pemanggang ajaib.
Lihatlah hasilnya, rupanya tidak lah sesedap yang CMG buat. Akan tetapi, rasanya memang sedap! (Puji masakan sendiri). Resepi ini sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dimakan begitu sahaja pun sedap.

Foto Peribadi Penulis: Ayam Panggang Madu Kelulut versi Pemanggang Ajaib

Tips dari saya dalam masakan ini:
Salam kasih dan selamat mencuba!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi sahabat semua yang berada di sekitar Putrajaya/ Cyberjaya, anda juga boleh mendapatkan madu dan propolis lebah kelulut ini dengan menghubungi kami di Mompreneur Shoppe melalui:-
  • SMS/ Whatsapp: 019-3351632
  • Emel: haryatidulbahri@gmail.com
  • FB Fanpage: www.facebook.com/messages/MompreneurShoppe

Friday, 21 February 2014

Harga Madu Dan Propolis Lebah Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Blog Syamille Kelulut Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Salam petang jumaat sahabat semua! Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Insyaallah.

Mesti ramai yang hendak tahukan, berapakah harga madu dan propolis lebah kelulut yang saya war-warkan dalam entri-entri sebelum ini. Berikut adalah senarai harga madu dan propolis lebah kelulut keluaran Syamille Agro Farm & Resort:-

MADU KELULUT BOTOL 1KG - RM120


MADU KELULUT BOTOL 400 GRAM - RM60


MADU KELULUT BOTOL 200 GRAM - RM40


MADU KELULUT KOTAK 12 SACHET - RM48


PROPOLIS KELULUT 60 TABLET - RM48


Bagaimana untuk dapatkan produk madu kelulut dan propolis keluaran Syamille ini?

Mudah sahaja. Lokasi anda dimana? Produk madu dan propolis lebah kelulut keluaran Syamille ini terdapat di seluruh Malaysia. Pilihan anda untuk menghubungi pihak Syamille Agro Farm & Resort sendiri ataupun pengedar-pengedar sah Syamille Agro Farm & Resort mengikut negeri.

Sila lawati laman web Syamille di http://kelulutmalaysia.blogspot.com/ untuk senarai pengedar di seluruh Malaysia.

Bagi sahabat semua yang berada di sekitar Putrajaya/ Cyberjaya, anda juga boleh mendapatkan madu dan propolis lebah kelulut ini dengan menghubungi kami di Mompreneur Shoppe melalui:
  • SMS/ Whatsapp: 019-3351632
  • Emel: haryatidulbahri@gmail.com
  • FB Fanpage: www.facebook.com/messages/MompreneurShoppe
Salam kasih.

Thursday, 20 February 2014

Cara Mudah Pengambilan Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Blog Syamille Kelulut Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Baiklah, seperti yang saya janjikan pagi tadi, untuk entri kali ini saya terus kepada topik tentang cara mudah pengambilan madu kelulut. 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, ada dua (2) cara mudah pengambilan madu kelulut ini iaitu:-
  1. Ambil sesudu besar madu kelulut dan dicampurkan kedalam segelas air sejuk (pada suhu bilik/persekitaran) sebanyak lebih kurang 100ml - 150 ml. Kemudian kacau sehingga larut sepenuhnya dan sedia untuk diminum.
  2. Ambil sesudu madu besar madu kelulut dan terus diminum begitu sahaja. 
Pengambilan madu kelulut ini digalakkan sekurang-kurangnya pada sebelah pagi (setengah jam sebelum sarapan pagi) pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam (sebelum tidur). 

Tips sunnah dalam pengambilan madu kelulut:

  • Membaca lafaz Bismillah, Berselawat dan Berdoa kepada Allah s.w.t sebelum meminumnya dengan penuh tertib dalam keadaan posisi duduk;
  • Campurkan madu kelulut dengan bahan lain seperti jus kurma, jus limau, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan sebagainya;
  • Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau bahan seramik. Elakkan daripada menggunakan gelas dan sudu yang dibuat daripada bahan berasaskan besi.
Mudah bukan? Insyaallah, pengambilan madu kelulut ini secara berterusan akan dapat mencegah, merawat dan menyembuh pelbagai penyakit. Tepuk dada tanya selera. Tindakan dan keputusan ditangan anda. Moga perkongsian tentang khasiat madu kelulut ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada sahabat semua dalam pemilihan makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kalian semua.

Salam kasih.

Tips Cantik Dan Sihat Dengan Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber hadith dan doa: Carian google

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi Semua. Harapnya sahabat semua sihat dan bersemangat untuk melaksanakan perancangan hari ini. Mulakan setiap langkah kita hari ini dengan senyuman, semangat yang berkobar-kobar dan jangan lupa mulakan dengan lafaz Bismillah dan doa. Semoga urusan kita hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-Nya.


Hari ini saya ingin kongsikan satu tips dengan kalian semua. Siapa yang nak tahu angkat tangan cepat-cepat? Cuba teka tips apa? Lumrah kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai wanita sangat suka pada kecantikan. Allah s.w.t sendiri sukakan kecantikan. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam Hadith Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi:

"Sesungguhnya Allah s.w.t itu cantik dan Allah sukakan kecantikan". 

Bagi saya maksud kecantikan ni sangat kompleks. Bukan sekadar terletak pada paras rupa, akan tetapi merangkumi kecantikan luaran dan dalaman (rohani). Hati ikhlas dan jujur melambangkan kecantikan dalaman seseorang itu. Di samping mempunyai akhlak yang mulia melambangkan juga kecantikan luaran seseorang itu.

Bercakap mengenai kecantikan, tips yang saya beritahu sebentar tadi adalah mengenai apa yang saya amalkan untuk mengekalkan kecantikan. Bila usia sudah menjangkau pertengahan 30-an ini, saya merasakan amat perlu saya mencari sesuatu sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecantikan.

Sebenarnya agak sukar bagi saya untuk memakan makanan tambahan berupa bentuk pil atau tablet. Pernah saya cuba, tapi kesudahannya En Suami yang tolong habiskan. Sehinggalah apabila En Suami perkenalkan kelebihan Madu Kelulut kepada saya, terus saya jatuh cinta.  Seperti yang saya ceritakan pada entri yang lalu, Madu Kelulut sangat berkhasiat sebagai makanan tambahan sunnah untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Di samping dapat melambatkan proses penuaan dan menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

Mudah sebenarnya cara makan madu kelulut ini. Saya ambil pada setiap malam sebelum tidur dan pada setiap pagi sebelum mengambil apa-apa makanan atau sarapan. Rasanya pun sedap. Bagi saya rasa dia sedikit masam manis buah seperti buah laici. Hanya ambil sesudu madu kelulut tersebut dan terus dimakan. Mudah bukan? Kalau dicampurkan dengan sedikit air masak pun boleh. 

Baiklah sahabat semua, saya akan sambung tentang Cara Mudah Pengambilan Madu Kelulut dalam entri yang seterusnya. (Tiba-tiba sekecil Harith ajak Umminya bermain bersama, saya berhenti sekejap menulis ya!).

Teruskan Membaca!

Salam kasih.


Wednesday, 19 February 2014

Wordless Wednesday ~ Produk Madu & Propolis Lebah Kelulut Keluaran Syamille Agro Farm & Resort



Assalamualaikum w.b.t

Rangkaian produk madu dan propolis madu lebah kelulut keluaran Syamille Agro Farm

Hari Ini Hari Yang Ke-13

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke 13 saya mengikuti Kelas Online secara serentak dalam 1) Asas Blog Dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Niaga di bawah kelolaan Cikgu Nisa Nua. Idea datang secara tiba-tiba lalu saya ambil pen dan buku nota untuk dicoretkan dahulu isi-isi penting yang akan ditulis dalam entri saya nanti. Pen dan buku nota wajib ada bersama bagi memudahkan idea-idea penulisan dicatat.

Ya, ini adalah salah satu tips dalam kelas asas blog dan penulisan ini. Banyak yang saya belajar dalam masa 13 hari ini. Cikgu Nisa juga ada memberi tips dalam penulisan blog ini, katanya satu (1) hari sekurang-kurangnya satu (1) entri. Insyaallah dalam masa sebulan saya akan dapat menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan. Kiranya ini juga menjadi latihan untuk saya tegar dalam penulisan blog kelak. Tugasan demi tugasan saya cuba lakukan dengan sebaik-baiknya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Usaha tangga kejayaan. Saya perlu kental mental dan fizikal untuk merealisasikan matlamat yang ditetapkan. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, moga hamba-Mu yang lemah ini diberi kekuatan dan sentiasa diberkati oleh-Mu dalam setiap usaha yang dilakukan. Amin.

Lima perkara yang wajib saya pegang dalam merealisasikan matlamat saya:

1. Tetapkan Nawaitu saya
2. Istiqamah dengan apa yang dirancang
3. Pengurusan masa yang betul dan teratur.
4. Laksanakan tugasan dengan ikhlas dan sabar
5.Sentiasa berfikiran positif, fokus dan kreatif dalam menghasilkan idea-idea yang bermanfaat dalam penulisan.

Pepatah Inggeris mengatakan 'Practice Makes Perfect' dan 'No Pain No Gain'. Baiklah sahabat semua, semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memotivasikan saya sendiri dan dapat memberi manfaat kepada kalian semua. Terima kasih ya Allah. Syukur ke hadrat-Mu :)

Salam kasih.

Tuesday, 18 February 2014

Artikel #2: Khasiat Madu Lebah Kelulut

Sumber: Arkib Utusan Online

Khasiat Madu Lebah Kelulut













Norlezah Baharom menyedut madu kelulut dari sarang dengan menggunakan mesin penyedut di ladang di Lanchang, Pahang

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. 

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut. Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik daripada lebah biasa.

"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar penternakan lebah jenis ini. Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya. 

Ujar Norlezah,  jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi masu kelulut sebanyak itu. Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius. 

Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'. Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. 

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia. 

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. 

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. 

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. 

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran. "Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG