Nuffnang

Friday, 28 February 2014

Arissa: Baca Doa Naik Kenderaan

Teks: Haryati Dulbahri
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat. Hari ini hari terakhir bulan Februari 2014. Apa khabar hari ini sahabat semua? Moga kalian semua lebih bersemangat daripada semalam dan diberi kekuatan untuk terus melaksanakan perancangan hari ini dengan baik. Insyaallah.

Pagi ini saya ingin berkongsi perbualan antara saya dan Arissa Safiya (anak sulung saya yang akan berusia 6 tahun pada 29 Jun ini). Setiap pagi apabila saya (Ummi) menghantar beliau ke sekolah tadika, beliau akan mengingatkan saya satu perkara yang sama. Saya ceritakan semula ya sahabat semua.

Perbualan pada 2 minggu yang lalu.

Arissa: Ummi, Cikgu Iela pesan sebelum naik keta kena baca doa dulu. Ummi tak baca doa ke?

Ummi: Ya sayang! Selalu ummi baca doa dalam hati. (Dalam hati saya terdiam seketika sambil berkata nasib baik saya hafal doa naik kenderaan ini). Terus saya menadah tangan dan mengajak Arissa baca doa tersebut bersama-sama. Arissa ikut sama baca sedikit demi sedikit walaupun dia tidak tahu sebenarnya macamana doa tersebut.

Perbualan pada seminggu yang lalu.

Ummi: Kakak, jom kita baca doa naik kenderaan. Cuba Kakak baca. (sambil tangan kami menadah tangan)

Arissa: Ummi, Kakak tak tahu. Ummi bacakan la...

Ummi: Ok, jom kita baca sama-sama. (Saya bacakan doa tersebut dan seperti biasa Arissa akan ikut satu demi satu bacaan doa tersebut)

Perbualan semalam pada 27 Februari 2014

Arissa: Ummi, ummi...Kakak da pandai baca doa naik kenderaan. Arini biar Kakak yang baca. Ummi dengar. (Terus arissa menadah tangan dan terus membaca doa naik kenderaan dengan lancar)

Ummi: Alhamdulillah. Kakak da pandai baca doa naik kenderaan la. Mulai esok, kakak baca doa ya! Nanti kita belajar lagi doa-doa yang lain.

Arissa: Ummi, nanti abah balik Kakak nak beritahu Abah kakak da pandai baca doa naik kenderaan. (Pada hari tersebut Abah bertugas di luar kawasan)

Ummi: ok, nanti Abah balik kita beritahu abah ya kakak da pandai baca doa naik kenderaan.

Bagi saya dan suami, anak-anak kami adalah anugerah paling indah dalam kehidupan kami. Mereka adalah pinjaman Allah s.w.t kepada kami. Moga kami dapat mendidik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya. Insyaallah.

Baiklah sahabat semua, jom kita amalkan doa sebelum naik kenderaan ini dalam setiap perjalanan kita ya! Moga kita semua selamat sampai ke tempat yang dituju. Amin.

Salam kasih.


Doa Menaiki Kenderaan (Surah Az-Zukhruf; ayat 13-14)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG