Nuffnang

Saturday, 22 February 2014

Ayam Panggang Madu Kelulut Versi Pemanggang Ajaib

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari Sabtu ataupun Ahad adalah hari kami menghabiskan masa bersama anak-anak diluar. Maklumlah En suami selalu juga bertugas di luar kawasan. Minggu ini sahaja, beliau sudah bertugas di Pahang, Kelantan dan Sarawak. Pada kebiasaannya kami akan bawa anak-anak makan di luar atau pulang ke kampung halaman menziarahi atuk dan nenek di sana. 

Bagaimana pula dengan hari minggu sahabat semua? Saya doakan semuanya baik-baik sahaja dan dapat menghabiskan masa di hujung minggu ini bersama keluarga tercinta masing-masing. 

Masih lagi entri berkenaan madu kelulut. Tapi kali ini berbeza sedikit kandungan ceritanya. Harapnya sahabat semua tidak bosan dengan entri yang saya coretkan. Ye lah, asyik madu kelulut sahajakan. Sebenarnya, saya masih teruja untuk kongsi pengalaman dan maklumat berkenaan madu kelulut ini. Terlalu banyak sebenarnya, Insyaallah selagi diri ini mampu mengeluarkan idea-idea kreatif, selagi itulah jari-jemari ini akan rajin menulis satu persatu kupasan tentang madu kelulut ini. Insyaallah.

Baiklah, pada entri kali ini saya akan kongsi tentang memvariasikan madu kelulut dalam masakan seharian kita. Mesti sahabat semua suka memasak kan. Saya tidaklah tahap pakar lagi dalam masakan ini, sekadar masak untuk santapan suami dan anak-anak sahaja. Apa yang suami dan anak-anak suka makan, yang itu lah kita akan masak dan masak. Bila habis licin, saya rasa satu kepuasan dan seronok untuk memasak lagi. Itu tandanya apa yang kita masak tu sedap dan lazat. Betul tak sahabat semua? Seperti kami sekeluarga, suami dan anak-anak sukakan lauk berasaskan ayam dan tidak pedas. 

Di sini saya akan kongsikan satu resepi lauk tengahari atau untuk makan malam. Resepi asal adalah daripada resepi di blog Che Mat Gebu (CMG). Cuma saya olah sedikit mengikut citarasa kami sekeluarga. Kredit kepada blog CMG ini kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dalam dunia masakan. Jutaan terima kasih kepada En. CMG, saya sememangnya salah seorang follower blog CMG. Banyak resepi beliau membantu saya dalam menyediakan sajian untuk keluarga.

Jom kita tengok resepi Ayam Panggang Madu Kelulut Versi Pemanggang Ajaib ini.

Bahan-bahan

3 keping peha ayam bersaiz  besar (saya guna ayam bersaiz kecil lebih kurang dalam 12 ketul)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih* (*ditumbuk halus)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat (saya guna brand Heinz Sos Manis ABC)
1 camca teh lada hitam kisar (saya tumbuk sahaja)
Beberapa titik minyak bijan (saya tak letak pun)
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
Saya tambah juga kentang yang dibelah enam

Cara-caranya
  1. Ayam tersebut dicuci bersih dan diletakkan dalam satu bekas. cucuk-cucuk kan bahagian isi ayam dengan lidi sate/garfu dan kemudian lap sehingga kering dengan menggunakan kitchen paper towel.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus, madu kelulut, kicap pekat, sos tiram, lada hitam tumbuk dan minyak bijan (jika ada). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. 
  3. Perap ayam sekurang-kurangnya 1-2 jam (kalau nak lagi sedap boleh diperap semalaman dalam peti sejuk).
  4. Untuk panggang/bakar, boleh gunakan oven pada suhu 200C, lenser dahulu bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang telah diperap dan bakar selama 40 minit atau hingga ayam masak. Sementara itu, baki-baki bahan perapan dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalikkan.
  5. Untuk resepi ini, saya sebenarnya lebih suka menggunakan pemanggang ajaib. Bergantung kepada saiz ayam, biasanya dalam masa 20-30 minit ayam akan masak sekiranya menggunakan pemanggang ajaib.
Lihatlah hasilnya, rupanya tidak lah sesedap yang CMG buat. Akan tetapi, rasanya memang sedap! (Puji masakan sendiri). Resepi ini sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dimakan begitu sahaja pun sedap.

Foto Peribadi Penulis: Ayam Panggang Madu Kelulut versi Pemanggang Ajaib

Tips dari saya dalam masakan ini:
Salam kasih dan selamat mencuba!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi sahabat semua yang berada di sekitar Putrajaya/ Cyberjaya, anda juga boleh mendapatkan madu dan propolis lebah kelulut ini dengan menghubungi kami di Mompreneur Shoppe melalui:-
  • SMS/ Whatsapp: 019-3351632
  • Emel: haryatidulbahri@gmail.com
  • FB Fanpage: www.facebook.com/messages/MompreneurShoppe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG