Nuffnang

Friday, 28 February 2014

Cuaca Panas: Langkah Perlu Dan Elakkan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam menunjukkan jam 3.00 petang, saya menjenguk ke luar, cuaca masih panas terik lagi di luar sana. Daripada apa yang saya baca laporan di dada akhbar, kebanyakan tempat di Malaysia kini dilanda cuaca panas dan terik. Jika di Selangor pula, catuan air telah bermula pada 25hb Februari yang lepas. Cuaca panas yang berterusan sedikit sebanyak membimbangkan kita juga kerana keadaan ini boleh menyumbang lagi kepada pengurangan air di semua empangan air di Selangor. Marilah sahabat semua, kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya hujan akan turun dalam masa terdekat ini. Insyaallah.

Apabila cuaca panas terik, kita akan sentiasa berasa dahaga. Bila dahaga kalau ikutkan rasa anak tekak memang rasa hendak minum ais sahaja. Betul tak sahabat semua? (tiba-tiba saya terbayangkan air kelapa muda ditambah ais. Mmm, sedapnya!). Dalam keadaan cuaca yang panas terik begini, kita perlu banyakkan meminum air (air kosong ya sahabat semua) untuk mengelakkan dehidrasi. Nanti apabila badan kekurangan air, badan kita akan menjadi lemah, cepat penat dan tidak sihat. Mulalah pula masalah demam melanda bila badan tidak sihat. Selain itu, kalau boleh elakkan juga daripada panas terik matahari. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil, elakkan mereka daripada main di luar rumah dan pastikan mereka berada di dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau punya kelengkapan pendingin hawa.

Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa adalah sebanyak 2.5 liter (kira-kira 8 gelas sehari) setiap hari. Hasil daripada carian google sebentar tadi, saya ingin kongsikan pada entri kali ini tentang langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang melampau. Info kesihatan ini adalah panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kita Perlu

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. JANGAN tunggu sehingga kita dahaga;
  • Minum minuman isotonik seperti 100Plus dan Revive kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh;
  • Sejauh yang mana yang boleh kita perlu berada di dalam rumah/bangunan;
  • Hadkan aktiviti luar;
  • Kerap berehat;
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan kita;
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar;
  • Pakai topi atau payung yang besar ketika berada di luar panas terik.

Kita Cuba Elakkan

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi;
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup;
  • Bersenam dalam cuaca panas.

Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan suhu panas, INGAT tips-tips di bawah:

  • Keluar dari kawasan yang panas;
  • Tanggalkan pakaian yang ketat;
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan;
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan;
  • Minum air setiap 15 minit;
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

Untuk info selanjutnya berkenaan cuaca panas dan kesihatan, sahabat semua boleh melayari portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Semoga panduan kesihatan tersebut dapat membantu kita menghadapi cuaca panas yang melampau.

Salam kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG