Nuffnang

Thursday, 27 February 2014

Do What You Love

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini saya baca sekali lagi ebook yang menjadi rujukan wajib apabila kita menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Ebook tersebut bertajuk Belajar Asas Blog. Menurut penulis ebook ini dan juga pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad, antara tips dalam penulisan blog ialah tulis tentang apa yang kita minat dan pakar. Saya sangat bersetuju dengan point ini. Setiap orang mempunyai minat dan kepakaran masing-masing. 'Do What You Love' atau dalam bahasa Melayunya bermaksud 'Buat Apa Yang Anda Cinta'. Apabila kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion), secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri kita untuk terus melaksanakan sesuatu dengan penuh bersemangat, tidak bosan dan seronok untuk melakukannya lagi. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, jangan sesekali melakukan sesuatu kerana paksaan, desakan seseorang, orang lain buat anda hendak juga atau mungkin kerana ia sekadar alasan untuk mencuba sahaja. Sebagai contoh saya bagi situasi saya sendiri, apabila saya mengikuti Kelas Asas Blog online ini, sebelum kami meneruskan langkah demi langkah, analisa akan dilakukan dahulu. Antara analisa tersebut adalah mengenalpasti minat, kepakaran dan kemahiran yang kita ada. Saya amat meminati bidang jahitan sejak di zaman persekolahan menengah lagi. Ketika itu saya mampu menjahit baju kurung untuk dipakai sendiri. Apabila sudah menjadi surirumah sepenuh masa, saya rasakan sudah tiba masanya saya menambah pengetahuan dan kemahiran dalam dunia jahitan secara intensif. Saya yakin bermula daripada apa yang kita minat, ianya boleh dikembangkan lagi dalam perniagaan atau aktiviti yang lain. Apabila blog saya ini sudah lengkap sepenuhnya, saya akan menjadikan blog ini sebagai satu platform untuk saya kembangkan lagi minat saya dalam bidang jahitan dan dalam masa yang sama dapat meluaskan lagi perniagaan produk-produk yang lain. Insyaallah.

Baiklah sahabat semua, jom kita tetapkan pendirian kita dan cuba laksanakan sesuatu berdasarkan apa yang kita minat dan cinta (passion). Insyaallah, kata-kata motivasi ini boleh menjadi tips untuk kita semua berjaya. Bagi sahabat yang ingin memulakan perniagaan, perkongsian tips motivasi daripada Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio iaitu Irfan Khairi sangat berguna dan dapat memberi panduan kepada kita semua. Beliau adalah contoh terbaik dalam perniagaan internet di Malaysia. Apa yang beliau minat dan pakar, itulah yang menjadi kekuatan untuk beliau bertahan dan berjaya dalam perniagaan internet. Jadikan minat, kebolehan dan kepakaran anda sebagai  penentu jenis perniagaan yang ingin anda ceburi. Jom kita hayati bersama-sama. 

"Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

"Kalau buat perkara yang kita TAK minat...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan.
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh.
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal.

Kepada sahabat semua yang masih belum mengenali beliau, boleh like dan follow laman web beliau di http://www.irfankhairi.com/

Salam kasih dan moga memberi manfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG