Nuffnang

Wednesday, 19 February 2014

Hari Ini Hari Yang Ke-13

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke 13 saya mengikuti Kelas Online secara serentak dalam 1) Asas Blog Dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Niaga di bawah kelolaan Cikgu Nisa Nua. Idea datang secara tiba-tiba lalu saya ambil pen dan buku nota untuk dicoretkan dahulu isi-isi penting yang akan ditulis dalam entri saya nanti. Pen dan buku nota wajib ada bersama bagi memudahkan idea-idea penulisan dicatat.

Ya, ini adalah salah satu tips dalam kelas asas blog dan penulisan ini. Banyak yang saya belajar dalam masa 13 hari ini. Cikgu Nisa juga ada memberi tips dalam penulisan blog ini, katanya satu (1) hari sekurang-kurangnya satu (1) entri. Insyaallah dalam masa sebulan saya akan dapat menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan. Kiranya ini juga menjadi latihan untuk saya tegar dalam penulisan blog kelak. Tugasan demi tugasan saya cuba lakukan dengan sebaik-baiknya. Bukan mudah sebenarnya untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Usaha tangga kejayaan. Saya perlu kental mental dan fizikal untuk merealisasikan matlamat yang ditetapkan. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, moga hamba-Mu yang lemah ini diberi kekuatan dan sentiasa diberkati oleh-Mu dalam setiap usaha yang dilakukan. Amin.

Lima perkara yang wajib saya pegang dalam merealisasikan matlamat saya:

1. Tetapkan Nawaitu saya
2. Istiqamah dengan apa yang dirancang
3. Pengurusan masa yang betul dan teratur.
4. Laksanakan tugasan dengan ikhlas dan sabar
5.Sentiasa berfikiran positif, fokus dan kreatif dalam menghasilkan idea-idea yang bermanfaat dalam penulisan.

Pepatah Inggeris mengatakan 'Practice Makes Perfect' dan 'No Pain No Gain'. Baiklah sahabat semua, semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memotivasikan saya sendiri dan dapat memberi manfaat kepada kalian semua. Terima kasih ya Allah. Syukur ke hadrat-Mu :)

Salam kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG