Nuffnang

Tuesday, 18 February 2014

Khasiat Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Blog Syamille Kelulut Malaysia dan carian google

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada entri kali ini saya akan berkongsi maklumat berkenaan khasiat dan manfaat madu kelulut sebagai makanan tambahan sunnah dalam penjagaan kesihatan kita. Dalam Al-Quran jelas menunjukkan bahawa madu mengandungi penawar bagi manusia untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Allah s.w.t  berfirman dalam Surah Al-Nahl yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”. (Surah Al-Nahl: ayat 68)

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”. (Surah Al-Nahl: ayat 69)

Apa itu Kelulut?

Secara ringkasnya, kelulut merupakan sejenis spesis lebah, lebih dikenali dengan nama Stingless Bee atau Trigona Bee. Saiznya lebih kecil dan tidak berbahaya kepada kita kerana lebah ini tidak menyengat. Ya, semasa berada di Syamille Agro Farm & Resort dahulu, saya sempat melihat secara langsung sarang koloni lebah kelulut ini. Bila disentuh sememangnya lebah ini tidak menyegat. Seperti lebah, kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pihak MARDI mendapati bahawa Malaysia mempunyai banyak spesis kelulut ini. Terdapat 21 spesis kelulut di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak pula tidak diketahui jumlahnya.


Khasiat Madu Kelulut

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Ianya berupaya untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti  penyakit Kencing Manis (Diabetis Mellitus), Kanser, Darah Tinggi, Strok, Hepatitis (Hati), Gout,  Asma dan Batu Karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari Universiti Sains Malaysia (USM) menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Selain itu, khasiat madu kelulut ini juga boleh meningkatkan metabolism badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan dalaman dan luaran, menguatkan wanita yang baru bersalin  dan merawati kecederaan dalaman.

Madu kelulut ini sangat sesuai dijadikan sebagai makanan kesihatan tambahan di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Saya dan keluarga juga mengamalkan makanan sunnah tambahan ini sebagai langkah pencegahan dan penjagaan kesihatan. Contoh paling mudah, madu kelulut ini sangat berkesan menyembuhkan ulser di mulut yang saya alami. Dengan hanya meletakkan madu kelulut pada ulser tersebut beberapa kali, Alhamdulillah dalam masa 2 hari saya sembuh daripada ulser tersebut. Begitu juga dengan masalah batuk dan sakit kerongkong. Kesan pengambilannya yang berterusan dapat merawati dan menyembuhkannya dengan sangat berkesan. 


 Saiz lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa


Sarang koloni lebah kelulut di Syamille Agro Farm & Resort

Nantikan entri saya yang akan datang berkenaan produk-produk Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm.

Salam Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG