Nuffnang

Thursday, 20 February 2014

Tips Cantik Dan Sihat Dengan Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber hadith dan doa: Carian google

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi Semua. Harapnya sahabat semua sihat dan bersemangat untuk melaksanakan perancangan hari ini. Mulakan setiap langkah kita hari ini dengan senyuman, semangat yang berkobar-kobar dan jangan lupa mulakan dengan lafaz Bismillah dan doa. Semoga urusan kita hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-Nya.


Hari ini saya ingin kongsikan satu tips dengan kalian semua. Siapa yang nak tahu angkat tangan cepat-cepat? Cuba teka tips apa? Lumrah kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai wanita sangat suka pada kecantikan. Allah s.w.t sendiri sukakan kecantikan. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam Hadith Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi:

"Sesungguhnya Allah s.w.t itu cantik dan Allah sukakan kecantikan". 

Bagi saya maksud kecantikan ni sangat kompleks. Bukan sekadar terletak pada paras rupa, akan tetapi merangkumi kecantikan luaran dan dalaman (rohani). Hati ikhlas dan jujur melambangkan kecantikan dalaman seseorang itu. Di samping mempunyai akhlak yang mulia melambangkan juga kecantikan luaran seseorang itu.

Bercakap mengenai kecantikan, tips yang saya beritahu sebentar tadi adalah mengenai apa yang saya amalkan untuk mengekalkan kecantikan. Bila usia sudah menjangkau pertengahan 30-an ini, saya merasakan amat perlu saya mencari sesuatu sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecantikan.

Sebenarnya agak sukar bagi saya untuk memakan makanan tambahan berupa bentuk pil atau tablet. Pernah saya cuba, tapi kesudahannya En Suami yang tolong habiskan. Sehinggalah apabila En Suami perkenalkan kelebihan Madu Kelulut kepada saya, terus saya jatuh cinta.  Seperti yang saya ceritakan pada entri yang lalu, Madu Kelulut sangat berkhasiat sebagai makanan tambahan sunnah untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Di samping dapat melambatkan proses penuaan dan menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

Mudah sebenarnya cara makan madu kelulut ini. Saya ambil pada setiap malam sebelum tidur dan pada setiap pagi sebelum mengambil apa-apa makanan atau sarapan. Rasanya pun sedap. Bagi saya rasa dia sedikit masam manis buah seperti buah laici. Hanya ambil sesudu madu kelulut tersebut dan terus dimakan. Mudah bukan? Kalau dicampurkan dengan sedikit air masak pun boleh. 

Baiklah sahabat semua, saya akan sambung tentang Cara Mudah Pengambilan Madu Kelulut dalam entri yang seterusnya. (Tiba-tiba sekecil Harith ajak Umminya bermain bersama, saya berhenti sekejap menulis ya!).

Teruskan Membaca!

Salam kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG