Nuffnang

Monday, 17 February 2014

Nawaitu Kita

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber hadis dan doa: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi semua! Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Saya doakan kalian semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Ayuh kita semua tetapkan nawaitu atau niat kita sebelum melakukan sesuatu. Setiap amalan atau tindakan kita mesti dimulakan dengan niat. Sesungguhnya niat yang baik akan diberi ganjaran pahala. Sebaliknya niat yang tidak baik selagi kita tidak melakukannya selagi itulah kita tidak mendapat dosa. Subhanallah. Betapa sayangnya dan kasih Allah kepada kita. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada Umar bin al-Khatab RA berkata:

"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sebagai peringatan kita bersama marilah wahai sahabat semua kita perbetulkan dan tetapkan nawaitu kita dalam melaksanakan sesuatu perkara atau tindakan. Nawaitu saya untuk memulakan penulisan blog dan membuat perniagaan maya ini adalah kerana Allah s.w.t. dan untuk sama-sama berkongsi ilmu yang boleh memberi manfaat kepada saya dan orang lain. Di samping perniagaan maya ini juga untuk menambah pendapatan halal dan membantu orang lain mencari dan menjadikan peluang perniagaan ini sebagai punca rezeki yang halal dan platform untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

Jom kita amalkan doa ini di waktu pagi. Semoga kita semua beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t dalam melakukan sesuatu perkara. Amin



Salam kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG