Nuffnang

Sunday, 23 February 2014

Arissa: Bacalah Anakku Dan ReadEasy

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Ahad sahabat semua. Apakah aktiviti sahabat semua hari ini? Moga apa yang dirancang hari ini berjalan lancar dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Insyaallah.

Pagi ini anak perempuan saya Arissa Safiya (dirumah panggilannya 'Kakak' atau 'Acha') bangun seawal jam 6.30 pagi. Pada hari-hari biasa sememangnya kakak bangun awal untuk ke sekolah. Mungkin sudah biasa dengan rutin hariannya, maka pada hari minggu pun kakak akan bangun awal seperti biasa.

Saya ingin kongsikan sedikit sebenarnya pengalaman saya dalam mendidik anak-anak membaca awal. Sebentar tadi saya sempat browsing sebahagian blog Alumni Akademi Bekerja Dari Rumah. Saya tertarik dengan laman blog Ajar Anak Membaca Awal. Apabila saya buka, blog tersebut adalah milik kepada Puan Nik Eliani Nik Nawi. Beliau adalah penulis buku Bacalah Anakku & Read Easy. Subhanallah, saya tidak sangka saya akan berjumpa lagi beliau dan boleh mengenali lebih dekat melalui blog dan akademi ini. Untuk pengetahuan sahabat semua, saya pernah menyertai Kursus Asas Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan ReadEasy pada tahun lepas anjuran beliau dengan kerjasama Pusat Jagaan dan Harian Cendekiawan Educare (Cendekiawan Educare adalah tadika Arissa kini). Nampakkan sahabat semua, bagi saya Akademi Bekerja Di Rumah ini merupakan satu platform kepada semua untuk sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Dalam masa yang sama juga, pelajar akademi dapat bertukar pandangan dan networking antara satu sama lain. Sememangnya saya amat kagumi usaha pengasas akademi ini iaitu Pn Masayu Ahmad atas usaha beliau mewujudkan akademi ini. Juga kepada guru-guru online yang tidak pernah jemu mengajar pelajar-pelajar walaupun melalui online sahaja. Menarik bukan! Apalagi sahabat semua, jom sertai kami sekarang. Banyak kelebihan dan manfaatnya.

Berbalik kepada cerita berkenaan mendidik anak membaca awal, saya mula tahu teknik dan kaefah fonetik menggunakan buku Bacalah Anakku dan ReadEasy ini sejak Arissa berusia seawal 4 tahun. Kami menghantar Arissa ke Cendikiawan Educare (CE) sejak umur beliau 3 tahun. Di CE, anak-anak berusia 4 tahun akan didedahkan dengan pembelajaran ABC ini menggunakan kaedah fonetik. Contohnya apabila sebut huruf A, mereka akan diperkenalkan dengan sebutan 'Aa' bukan 'A' dan begitu juga huruf-huruf yang lain seperi 'B' sebagai sebutan 'Beh'. Pada mulanya pelik juga saya dengar anak saya sebut lain daripada kebiasaan yang kita belajar masa kecil dahulu, lama kelamaan saya dapati kaedah fonetik ini amat mudah sebenarnya dan sememangnya amat berkesan. Saya ambil testimonial yang paling dekat iaitu anak perempuan saya sendiri. Arissa sudah boleh membaca buku bahasa melayu pada usia 5 tahun. Alhamdulillah, kami rasa kagum dengan keinginan anak kecil ini untuk belajar membaca. Dalam buku siri cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy, ianya mengandungi 8 buah buku, satu set kad imbasan, sebuah buku panduan dan satu VCD panduan mengajar.

Setelah berjaya khatam atau menghabiskan 8 buah buku siri cepat membaca Bacalah Anakku, tahun ini saya perkenalkan pula dengan siri cepat membaca ReadEasy. Lebih mengagumkan saya dan suami, Arissa berjaya menghabiskan buku 1 - 8 dalam masa 3 hari sahaja. Bersungguh-sungguh Arissa meminta saya mengajar dan menyemak pembacaan beliau dalam ReadEasy. Menurut suami Puan Nik Eliani, En Othman Ahamad pada sesi kursus Cepat Membaca yang saya hadiri tahun lepas, anak-anak boleh mula baca ReadEasy apabila mereka sudah khatam sekurang-kurangnya buku 1 sehingga 6 buku Bacalah Anakku. Ini kerana sebahagian sebutan dalam bahasa Inggeris adalah sama dengan sebutan dalam bahasa melayu. Ya, memang betul. Arissa dengan mudah dan cepat, beliau boleh membaca ReadEasy tanpa henti dalam masa 3 hari sahaja.

Oleh itu, saya amat syorkan sahabat semua untuk sama-sama mendidik anak cepat membaca menggunakan kaedah fonetik dalam siri cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy ini. Jutaan terima kasih kepada Puan Nik Eliani dan suami atas inisiatif ini dengan menghasilkan buku ini dan sama-sama mengajar kaedah tersebut melalui kursus yang beliau anjurkan.

Jom kita laju-laju pergi ke blog Puan Nik Eliani di sini: http://www.cepatmembaca.blogspot.com/ untuk mengetahui dan memahami kaedah fonetik yang sememangnya terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.



video

Video peribadi penulis: Arissa sedang membaca ReadEasy Buku No. 6


Foto peribadi penulis: Sijil Penyertaan saya menghadiri Kursus Asas Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan ReadEasy

Salam kasih.

3 comments:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete
  2. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Pn Husna. InsyaAllah..semoga memberi manfaat kepada semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG