Nuffnang

Monday, 24 February 2014

Tupperware Brands Pula

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sahabat semua hari ini? Moga sahabat semua sihat dan ceria selalu. Hari ini hari Isnin, kalau ketika bekerja dahulu, hari Isnin adalah hari liat saya. Ya lah sudah seronok berehat pada hari Sabtu dan Ahad, tiba-tiba muncul hari Isnin masa untuk ke pejabat semula. 'Monday Blues' lah katakan. Tapi kini tiada lagi istilah 'Monday Blues' rasanya. Saya ada dua (2) pilihan, samada YA atau TIDAK. Pilihan saya adalah YA. Bagi saya hari-hari yang mendatang adalah cabaran dan saya memilih untuk gembira dengan apa-apa perkara yang saya lakukan. Semua adalah terletak kepada empunya diri.

Baiklah, sebelum ini saya asyik berkongsi cerita berkenaan madu kelulut sahajakan. Saya berhenti sekejap menulis entri berkenaan madu kelulut, pada entri kali ini saya akan kongsi pula pengalaman berkenaan satu produk yang sememangnya diketahui umum dan popular sejak turun-temurun. Saya masih ingat masa zaman sekolah rendah dahulu, zaman era 80-an, ramai makcik-makcik tidak kira yang surirumah atau bekerja yang sibuk untuk menyertai 'Party Tupperware'. Kalau ikutkan kronologi, produk Tupperware Brands ini telah lama wujud dan digunapakai oleh orang ramai di seluruh sedunia. 

Apabila sebut apa-apa jenis bekas atau simpanan, mesti kita akan sebut 'tupperware'. Nama 'Tupperware' telah menjadi sinonim kepada apa-apa jenis bekas makanan walaupun bekas tersebut bukannya berjenama Tupperware. Betul tak sahabat semua?

Siapa antara kalian semua menggunakan produk Tupperware ini, cepat-cepat angkat tangan? Untuk makluman sahabat semua, saya juga merupakan salah seorang peminat Tupperware dan menjadi pengguna jenama Tupperware ini sejak tahun 2009. Bukan setakat peminat, apabila sudah minat maka saya telah menjadi ahli Tupperware Brands ini sebagai konsultan sah sejak tahun 2009. Ini nombor ID saya, 312312. Cantikkan nombor ID ni.

Saya menjadi ahli Tupperware hanya sekadar suka-suka. Ini kerana saya suka kumpul koleksi-koleksi produk Tupperware ini. Bila jadi ahli, kita akan dapat membeli produk Tupperware ini dengan harga yang jauh lebih murah. Bukan setakat itu, sebenarnya Tupperware ini pun dapat membantu kita menjana wang tambahan. Tentang jana wang tambahan ini, nanti saya akan ceritakan pada entri-entri saya yang akan datang. 

Oleh sebab itulah, setelah sekian lama saya menggunakan produk tupperware ini, saya tertarik untuk berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan produk Tupperware ini. Seperti tagline di blog saya ini, 'Perkongsian Ilmu Untuk Manfaat Bersama'. Teruskan ya sahabat semua nantikan entri saya yang seterusnya. Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menyokong penulisan saya yang tidak seberapa ini. Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Salam kasih.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG