Nuffnang

Monday, 31 March 2014

Kinetic Sand @ Pasir Ajaib Rangsang Kreativiti Dan Inovasi Si Kecil Kita

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan berita gembira daripada Mompreneur Shoppe, kedai maya pertama saya dalam berniaga online ini. InsyaAllah, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua yang datang ke blog WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah dan kedai maya saya di Mompreneur Shoppe. Pada hari Selasa yang lepas, anak-anak saya sangat gembira apabila menerima sebuah bungkusan yang dihantar ke rumah oleh Encik Posmen. Mereka sangat gembira apabila saya memberitahu yang bungkusan tersebut adalah permainan untuk mereka berdua. Lebih teruja saya melihat anak saya yang sulung, Arissa Safiya. Tidak kurangnya juga si adik, Harith Imran juga turut teruja apabila melihat kakaknya melonjak gembira. Hendak tahu apakah permainan tersebut? Ya, permainan tersebut adalah sekotak pasir. Bukan sebarang pasir, pasir ini lebih dikenali sebagai Kinetic Sand atau Pasir Ajaib.

Arissa sememangnya suka bermain pasir di pantai. Kali terakhir kami ke pantai pada tahun lalu ketika kami bercuti di Port Dickson. Tapi kini, dengan adanya Kinetic Sand @ Pasir Ajaib ini, pada bila-bila masa Arissa dan Harith boleh bermain pasir di dalam rumah. Seronok kan dapat bermain pasir di dalam rumah. Apatah lagi lokasi kediaman kami memang jauh daripada pantai. Kalau anak-anak hendak bermain pasir di pantai, kami perlu berjalan-jalan atau bercuti ke lokasi yang mempunyai pantai seperti pantai di Port Dickson atau Pantai Teluk Cempedak di Kuantan. 

Terdapat pelbagai jenis permainan yang menjadi pilihan ibu bapa di pasaran tempatan untuk anak-anak. Bagi anak-anak terutamanya kanak-kanak yang masih kecil (berusia 6 tahun ke bawah) permainan merupakan harta karun bagi mereka. Permainan adalah sahabat sejati yang sentiasa dekat dengan hati mereka. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa berperanan penting dalam menentukan jenis permainan yang dapat membantu perkembangan tumbesaran mereka mengikut kesesuaian umur dan kemampuan mereka. Tahukah kita sebenarnya pemilihan permainan yang sesuai sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan anak kita samada dari segi mental ataupun fizikal. Ya. perkembangan awal kanak-kanak lebih dipengaruhi oleh perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana kanak-kanak mudah mempelajari sesuatu daripada apa yang dilihat, dipegang, dirasa dan sebagainya. Alat permaianan yang bersesuaian mampu meningkatkan kemahiran kognitif (mental) kanak-kanak dalam memberikan kesan yang positif kepada perkembangan tumbesaran mereka.

Berbalik kepada cerita Kinetic Sand @ Pasir Ajaib tadi, pasir ini bukan sekadar pasir untuk anak-anak kita bermain sahaja. Berdasarkan pengalaman yang saya lihat pada anak-anak saya ketika bermain pasir ini banyak kelebihan dan manfaat yang diberikan kepada anak-anak kita. Antara kelebihan tersebut termasuklah:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak (Fine Sensorimotor Skills)
Dengan bermain pasir, anak-anak akan menyentuh, memegang dan merasa pasir tersebut dengan tangan mereka. Apabila bermain pasir jari-jemari halus anak-anak akan memegang pasir tersebut, menggenggam, mengepal dan seterusnya membentuk pasir mengikut kreativiti mereka Secara tidak langsung mereka akan merasa tekstur pasir tersebut dan ini dapat membantu perkembangan deria sentuhan mereka dan meningkatkan kemahiran pergerakan motor halus anak-anak.

2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak
Selain itu, bermain pasir juga merupakan satu proses pembelajaran bagi anak-anak kita. Sebagai contoh, untuk membentuk sesuatu seperti istana pasir, mereka memerlukan sesuatu alat untuk membentuk. Dengan bantuan acuan berbentuk empat segi, mereka dengan sendirinya boleh membentuk pasir tersebut dengan acuan tersebut. Seterusnya dengan menggunakan tangan mereka akan membentuk pasir tersebut sehingga menjadi bentuk yang mereka kehendaki. Di sini mereka tahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak-anak.
Bermain pasir mampu meningkatkan daya tumpuan dan fokus anak-anak kita. Apa yang saya lihat pada Arissa ketika bermain pasir ini, beliau sangat fokus dengan bentuk-bentuk yang ingin dibuat. Selagi dia tidak berjaya membentuk pasir tersebut, selagi itulah dia akan cuba dan terus mencuba sehingga berjaya membentuk pasir yang dikehendaki. 

4. Meningkatkan daya kognitif (mental) anak-anak
Tidak dinafikan dengan bermain pasir, anak-anak akan lebih kreatif dan dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Ketika bermain pasir mereka akan berfikir dahulu apakah bentuk yang ingin dihasilkan. Ini dapat merangsang perkembangan otak dan secara tidak langsung memberi impak positif kepada perkembangan kognitif (mental) anak-anak. Mereka akan lebih bijak dan cerdas dalam melakukan sesuatu perkara.

5. Mengelakkan anak-anak ketagih dengan gadget seperti Ipad/Tab atau handphone
Bermain pasir ajaib ini merupakan satu alternatif permainan bagi mengelakkan anak-anak daripada bermain gadget seperti Ipad, Tab dan handphone. Saya akui anak-anak saya juga terdedah kepada gadget ini, tetapi kita sebagai ibubapa berhak menentukan samada untuk tidak terus memberi gadget atau mengurangkan aktiviti permainan anak-anak menggunakan gadget tersebut. 

6. Mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa (bonding time)
Bermain pasir bersama anak-anak dapat mengeratkan hubungan antara kita dan anak-anak. Maklumlah kita sebagai ibu bapa adakalanya sibuk dengan urusan kerja. Apabila pasir ini boleh dimain di dalam rumah, secara tidak langsung ini adalah bonding time atau kualiti masa bersama kita dan anak-anak. Anak-anak juga akan rasa dihargai apabila kita turut serta bermain bersama mereka.

Ciri-Ciri Istimewa Kinetic Sand @ Pasir Ajaib

Selain itu, Kinetic Sand @ Pasir Ajaib ini juga mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Sesuai dengan namanya Pasir Ajaib, pasir ini mempunyai ciri-ciri istimewa berbanding pasir biasa seperti berikut:
  • Tekstur pasir yang lebih lembut dan elastik.
  • Tidak bersepah seperti pasir biasa. Pasir ajaib ini hanya akan melekat antara satu sama lain dan tidak melekat pada tangan.
  • Tidak mengotorkan dan tangan kekal bersih apabila dimain.
  • Tidak meninggalkan baki apabila dimain.
  • Tidak akan kering apabila dimain. Pasir ajaib sentiasa lembap dan lembut. Ini memudahkan pasir digenggam dan dibentuk.
  • Dijamin 100% selamat untuk dimain oleh kanak-kanak 3 tahun dan ke atas. Ini kerana kandungan pasir ajaib adalah 98% daripada pasir original dan tidak mengandungi bahan bertoksik serta bebas dari bahan bersifat gluten.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami alergik kerana pasir ini juga bebas daripada bahan yang bersifat alergen.
Arissa sedang bermain Kinetic Sand @ Pasir Ajaib di dalam rumah
Jom kita saksikan bagaimana Kinetic Sand @ Pasir Ajaib ini berfungsi. Kita pasti teruja melihatnya. Bukan sahaja anak-anak seronok bermain pasir ini, malah kita sebagai ibu bapa juga boleh turut serta untuk bermain pasir sekali. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi perhubungan kita dan anak-anak.



Menarik kan? Pilihan kita sebagai ibu bapa untuk memberikan jenis permainan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi saya dengan adanya pasir ajaib ini, ianya adalah alternatif untuk kita mendedahkan anak-anak bermain sambil belajar di dalam rumah. Apabila kita ada kelapangan masa, sudah tentunya pergi ke pantai-pantai adalah lebih baik dan menjadi pilihan bagi memberi pendedahan sebenar kepada anak-anak untuk bermain pasir. 

Sekiranya berminat untuk menjadikan Kinetic Sand @ Pasir Ajaib ini menjadi sebahagian daripada koleksi permainan anak-anak kita, jemput ke kedai maya saya di Mompreneur Shoppe. Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi saya ya!



Friday, 28 March 2014

Penambahbaikan Tajuk Blog Dan Desain Header Blog

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri

Alhamdulillah. Kembali lagi hari jumaat, hari yang penuh barakah. Semoga kita semua dilimpahi rahmat-Nya. Amin. Cerita semalam, saya dan suami seronok brainstorm tentang blog. Perkara yang kami bincangkan adalah mengenai penulisan ebook sebenarnya. Terus kami sepakat untuk menambahbaik tajuk blog saya. Ini juga bertujuan untuk memudahkan saya mengembangkan matlamat dan idea dalam penulisan ebook pula. Semangat saya sekarang sangat teruja untuk menulis dan terus menulis. Inilah dia aura positif dan aura semangat berkobar-kobar apabila berada di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik sesuatu yang berkaitan dengan tugasan atau apa-apa yang berkaitan WAHM. Itulah kepentingannya apabila kita berada di dalam ABDR ini. Kita berada dalam satu kelompok yang mempunyai matlamat yang sama. Jadi kita tidak akan berasa seorang diri terkontang-kanting atau syok sendiri. Apabila berada di dalam ABDR ini, antara kami bagaikan sebuah keluarga. Kami saling ingat-mengingati, memberi sokongan, berkongsi ilmu dan kami sama-sama bergerak untuk meraih kejayaan menjadi seorang WAHM yang berjaya. 

Konsep mentor dan mentee yang wujud dalam ABDR sangat efektif dan efisyen. Walaupun kami hanya berkomunikasi secara maya, ini bukan menjadi penghalang untuk kami sama-sama berkongsi ilmu dan menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. Tiba-tiba saya teringat pula cerita tv kanak-kanak 'WonderPet'. Seperti lagu tema Wonderpet ini, "Apa yang penting, KERJASAMA!". Ya. di ABDR juga kerjasama antara kami tidak pernah putus. Tidak kiralah samada kerjasama dari segi memberi idea atau pendapat, sokongan moral, kerjasama meningkatkan traffik blog ataupun apa-apa sahaja bentuk kerjasama. Kami di ABDR sangat responsif dan positif walaupun masing-masing mempunyai hal tersendiri.

Kembali kepada cerita semalam tentang brainstorm mengenai blog saya, hari ini saya mohon pendapat pula daripada guru online dan mentor saya, Pn Khairunnisa Hamzahara @ Nisa Nua. Alhamdulillah, saya rasa lebih yakin hari ini. Hendak tahu apakah penambahbaikan yang saya akan lakukan. Ya, perasan tak header blog saya berubah lagi. Tapi kali ini saya menambahbaik lagi tajuk blog saya. Ini adalah tajuk blog kali ketiga dan ini adalah muktamad. Desain header blog juga telah berubah.

Kenapa saya menambahbaik tajuk blog ini?
Tajuk blog sangat penting dan menjadi perkara utama bagi menentukan hala tuju blog kita. Hasil daripada analisa mula-mula dahulu, ianya akan menentukan tajuk blog kita. Jadi, blog kita lebih fokus dan pengisian dalam entri penulisan kita juga adalah selari dan berkaitan dengan tajuk blog. Ini juga merupakan salah satu tips untuk menjadikan blog kita sebagai blog yang berpengaruh. Seperkara lagi saya juga sebenarnya sedang mempraktikkan apa yang tersurat dalam Ebook Belajar Asas Blog. 

Inilah hasilnya, tajuk blog saya kini lebih dikenali sebagai "WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah". Walaupun saya baru belajar berniaga, ini bukan penghalang untuk saya bersama-sama kongsikan ilmu yang saya ada walaupun sedikit untuk kita sama-sama perolehi manfaatnya. 


Inilah hasil penambahbaikan tajuk blog dan header oleh penulis
Teruskan membaca ya! Jutaan terima kasih kerana terus memberi sokongan atas penulisan saya di blog. Kalian menjadi sebahagian yang memberi saya semangat untuk terus maju meraih kejayaan.

Wallahua'lam.

Salam kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh kita bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua.

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

Thursday, 27 March 2014

Pesona Senyum Seorang WAHM

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Salam hari khamis, moga hari ini lebih baik daripada semalam dan dipermudah segala urusan. Alhamdulillah, perjalanan saya sebagai seorang WAHM baru bermula. Ibarat seorang bayi yang mula belajar merangkak, seterusnya berdiri dan boleh berjalan. Langkah demi langkah harus ditempuhi demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Cabaran menjadi WAHM (Working At Home Mom) perlu saya tempuhi dengan tabah dan sabar. Bukan mudah sebenarnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang WAHM. Jiwa kita perlu sentiasa kuat dan kental dalam menghadapi apa jua situasi. Sebagai seorang WAHM, kita perlu seimbangkan antara tanggungjawab terhadap rumahtangga dan juga perniagaan yang dijalankan.

Adakalanya kita akan berasa bahagia, lega dan seronok melakukan sesuatu. Tetapi adakalanya juga kita akan berada dalam tekanan (stress), sedih dan tidak gembira. Tidak dinafikan apabila kita berseorangan di rumah, pelbagai dugaan dan cabaran yang akan kita lalui. Hanya kita yang tahu dan faham perasaan kita sendiri. Bagi saya, melihat anak-anak bermain di depan mata dan menjaga mereka dengan tangan sendiri adalah inspirasi buat diri saya sebagai seorang WAHM. Begitu juga sokongan dan dorongan seorang suami yang tidak pernah putus memberi semangat. Ini semua terpulang kepada kita untuk menangani sesuatu keadaan sebagai seorang WAHM.

Sebagai seorang WAHM, kita perlu bijak menguruskan perjalanan diri kita samada dari segi pengurusan masa, pengurusan mental, pengurusan rohani (antara kita dan Allah) dan pengurusan rumahtangga. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips dalam menghadapi cabaran sebagai seorang WAHM. Apakata mulai hari ini kita cuba untuk melakukan sesuatu dengan senyuman. Tahukah kita pesona senyuman ini memberi banyak kelebihan pada diri kita dan orang lain? Ya. dengan hanya memberi senyuman ia dapat mengubah mood kita yang tadinya sedih kepada gembira. Ataupun yang tadinya kita rasa stress, tetapi bila kita senyum terus kita jadi lega sebentar dan kembali kepada mood normal. 

Selain itu, senyuman juga mampu memberi aura positif dalam kehidupan kita. Senyuman bagaikan terapi diri ketika menghadapi tekanan (stress) sebagai seorang WAHM. Maklumlah kadang-kadang sedang kita berurusan di internet mengemaskini perniagaan maya yang dijalankan, tiba-tiba anak merengek lapar meminta sesuatu. Dalam masa yang sama kita kelam kabut hendak memasak lagi, mengemas rumah dan sebagainya. Rasa stress itu kadang-kadang memang akan wujud dalam kehidupan kita sebagai WAHM. Jadi, saya sendiri cuba tangani stress ini dengan tenang, ambil nafas panjang-panjang dan senyum. Ya lah, kadang-kadang kita tidak mampu berkata apa-apa, jadi senyum sahajalah. Bila sudah senyum sedikit sebanyak saya akan rasa lega dan kemudian satu persatu saya cuba tangani keadaan stress tersebut. Kita harus bijak dalam menangani keadaan stress ini.

Apabila kita senyum, orang di sekeliling kita juga akan rasa gembira dan senang hati. Dalam konteks WAHM, anak-anak dan keluarga adalah orang pertama yang akan berasa gembira apabila kita senyum. Anak-anak pasti tidak merasa takut dengan kita.Ini kerana senyuman tadi memberi maklumbalas yang positif apabila kita berkomunikasi dengan anak tadi.

Jadi, secara kesimpulannya dalam menghadapi cabaran seorang WAHM, kenapa kita perlu sentiasa SENYUM?

1. Senyum dapat  menghilangkan stress (tekanan)
Seperti yang saya ceritakan sebentar tadi, apabila kita senyum secara automatik ia akan memberi aura positif dalam diri kita dan seterusnya dapat menghilangkan stress yang kita hadapi. Barulah kita akan rasa bersemangat untuk melakukan sesuatu. Sekirannya kita adalah WAHM yang menjalankan perniagaan online, mempunyai semangat yang berkobar-kobar amat penting lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan pelanggan dengan hanya melalui internet.

2. Senyum sebegai terapi dan senaman dalaman
Tahukah kita bahawa para saintis juga mendapati senyum dan ketawa ini merupakan satu terapi atau senaman berbentuk jogging dalaman. Dengan senyuman ia akan merangsang seluruh tubuh kita dan mampu memberi kesan positif kepada sistem saraf otak kita dan juga hormon-hormon lain dalam badan

3. Senyum dapat merangsang otak
Apabila kita senyum, secara tidak langsung ia akan merangsang kedua-dua belah otak kita dan meningkatkan keupayaan kita untuk melakukan sesuatu dengan positif. Pada masa ini, otak kita sudah bersedia untuk menerima maklumat baru. 

4. Senyum dapat meningkatkan tahap kesihatan
Dari segi kesihatan, senyuman mampu mengubah keadaan tekanan yang kita hadapi. Contohnya apabila kita berada dalam keadaam stress,sudah tentu tekanan darah kita berada dalam keadaan tekanan tinggi. Tetapi tekanan darah kita akan jadi lebih rendah apabila kita senyum. Jadi kita mesti senyum selalu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.

5. Senyum untuk awet muda
Tidak dinafikan sebagai seorang WAHM, adakalanya kita berasa amat letih dan kurang tidur kerana sibuk menguruskan rumahtangga dan perniagaan. Tahukah kita senyum sebenarnya adalah rahsia kita untuk awet muda. Ini kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kiranya seperti melakukan senaman muka. Jadi, kita sebagai WAHM haruslah senyum selalu untuk awet muda sebagai langkah menjaga penampilan diri kita. Walaupun hanya bekerja di rumah sahaja, ini sangat penting khususnya untuk suami kita yang tersayang.

6. Senyum itu sedekah
Dalam Islam sendiri, senyum itu adalah sedekah. Sedekah juga adalah sebahagian daripada ibadah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Jangalah kamu meremehkan kebaikan apapun,walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah manis (wajah gembira dan senyuman". (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan senyuman, ia akan memberi 1001 makna dalam kehidupan kita sebagai WAHM. Senyum tidak memerlukan modal, hanya senyuman ikhlas yang dapat menyerikan dan menyejukkan hati kita yang sedang berada dalam keadaan stress atau tekanan. Ayuh kawan-kawan, mulakan hari kita dengan sebuah senyuman dari hati yang tulus ikhlas.

Salam kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahu menjadi seorang WAHM?

Ayuh kita bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua.

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
PM di FB: https://www.facebook.com/messages/yati.dbahri

#LamanPerniagaanDanProdukDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah


Tuesday, 25 March 2014

Blog Perniagaan Vs. Fanpage Facebook

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Secara rasminya, saya memulakan perniagaan internet ketika saya menyertai kelas online asas blog dan fanpage niaga di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sejak sebulan yang lalu. Saya mulakan dengan apa yang ada. Saya mulakan dengan hanya sebuah laptop yang dilengkapi talian internet, semangat yang berkobar-kobar dan sedikit pelaburan untuk mengikuti kelas ini. Setelah mengikuti pembelajaran di kelas online dan melakukan tugasan yang diberikan, kini saya nampak kepentingan blog dan fanpage di facebook dalam perniagaan online. Soalan yang sering ditanya oleh kita, antara blog perniagaan dan fanpage facebook, mana lagi lebih penting?

Berdasarkan pengalaman saya mengikuti kelas ini dan juga rujukan berkenaan blog dan fanpage facebook, saya membuat kesimpulan bahawa dari segi langkah pemasaran perniagaan internet, kita digalakkan untuk menggunakan seberapa banyak medium pemasaran yang ada di internet. Medium ini termasuklah blog, facebook, web perniagaan, instagram, twitter dan sebagainya. Jadi, kembali kepada persoalan tadi, antara blog perniagaan dan fanpage facebook, kedua-duanya adalah sama penting dan mempunyai kelebihan dalam perniagaan internet.

Kelebihan Blog Perniagaan

1. Medium yang paling berkesan dan kos efektif
Blog adalah satu medium atau platform yang paling berkesan dan paling kos efektif dalam meningkatkan perhubungan awam antara kita sebagai penulis blog/pemilik perniagaan online dan pembaca blog atau bakal pelanggan. Dengan erti kata lain, blog adalah medium perantaraan antara kita dengan bakal pelanggan dan sebagai satu platform untuk memberitahu maklumat dan kepakaran mengenai perniagaan kita.

2. Bina reputasi dan penjenamaan perniagaan
Blog amat penting dalam penjenamaan perniagaan kita dalam memperkenalkan perniagaan kepada khalayak dan mendapat pelanggan. Blog yang interaktif dan berpengaruh mampu membina kepercayaan dan keyakinan pembaca atau bakal pelanggan untuk terus berurusan dengan kita. Apabila mereka sudah yakin dengan perniagaan kita, secara tidak langsung ia melambangkan kredibiliti dan reputasi perniagaan kita. Bukan sahaja mereka yakin dengan perniagaan kita, malah mereka turut memperkenalkan perniagaan kita kepada kenalan mereka yang lain.

3. Komunikasi secara terus 
Melalui blog kita dapat berkomunikasi dengan pembaca atau bakal pelanggan secara terus. Ini membolehkan kita menerima maklum balas daripada pembaca atau bakal pelanggan menerusi ruangan komen yang terdapat pada setiap entri. Walaupun hanya secara maya, hubungan sosial yang terwujud ini juga akan membuatkan pembaca atau bakal pelanggan teruja untuk kembali semula ke blog.

4. Maklumat tentang perniagaan lebih terperinci
Dengan menggunakan blog, kita dapat kongsikan maklumat tentang perniagaan kita dengan lebih terperinci tentang produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Ini termasuklah tentang pengenalan produk, kelebihan produk, cara membuat tempahan dan pembayaran, testimonial produk dan sebagainya. Kita lebih fokus untuk memperkenalkan perniagaan kita melalui penulisan kita di blog.

5. Kuasa hebat blog dalam carian Google
Tahukah kalian blog kita sebenarnya boleh dilawati oleh khalayak di serata dunia. Ini kerana ciri blog membolehkan sesiapa sahaja masuk ke laman blog kita. Mereka tidak perlu untuk log in untuk masuk ke blog kita. Selain itu, hubungan blog dan Google juga ibarat adik-beradik. Blog kita yang dibina akan muncul di enjin carian Google. Ini kerana pengguna di internet suka mencari sesuatu dengan menggunakan carian di Google. Kita perlu ada blog sendiri supaya blog tersebut akan muncul di enjin carian Google. Jadi, amat penting untuk kita mendapatkan kedudukan tertinggi dalam enjin pencari. Semakin ramai pembaca blog kita, semakin ramailah bakal pelanggan yang kita dapat. 

Kelebihan Fanpage Facebook

1. Ciri Fanpage Facebook mesra pengunjung
Fanpage facebook lebih bersifat mesra pengunjung kerana segala maklumat yang ada di fanpage boleh dilihat dan diakses oleh semua pengunjung yang masuk ke fanpage kita, walaupun mereka belum menjadi fan. Untuk menjadi fan kepada fanpage kita, pelawat hanya perlu klik butang 'Like' di fanpage kita.

2. Bina hubungan dengan fan atau pelanggan
Dengan menggunakan facebook fanpage, ianya dapat membina hubungan antara kita dengan fan atau pelanggan. Kita dapat berhubung terus dengan pelanggan (samada yang lama, baru dan bakal pelanggan) secara santai. Ini juga dapat mewujudkan hubungan jangka panjang antara kita dan pelanggan.

3. Kongsi maklumat tentang perniagaan
Melalui fanpage facebook juga kita boleh berkongsi maklumat tentang perniagaan dengan fan atau pelanggan kita. Sebagai contoh kita kongsikan maklumat tentang promosi produk kita dengan mengemaskini status kita di wall fanpage. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau tempahan, mereka hanya klik ruangan 'komen' atau boleh hantar mesej terus ke inbox fanpage kita.

Secara kesimpulannya, dalam perniagaan internet gabungan antara blog perniagaan dan fanpage facebook adalah platform yang mampu membantu kita mempromosi dan menarik pelanggan tanpa had.

Salam kasih.

************************************************************************************************************
Ayuh kita bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua.

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
PM di FB: https://www.facebook.com/messages/yati.dbahri

#LamanPerniagaanDanProdukDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

Monday, 24 March 2014

Membeli Buku Juga Adalah Pelaburan

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri

Semalam sepanjang hari masa saya fokus sepenuhnya kepada si kecil Harith dan kakak Arissa di rumah. Tiba-tiba sahaja Harith diserang demam. Kelmarin pula pada hari Sabtu, dari pagi hingga tengahari kami menghabiskan masa di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014.  Alhamdulillah, pada hari ini dengan izin-Nya saya diberi kesempatan untuk menulis semula.

Sedikit perkongsian sekitar PBAP 2014 yang kami lawati tempoh hari, saya dan suami berkesempatan untuk membawa anak-anak ke sana seawal jam 10.30 pagi. Kebetulan pesta buku ini di adakan di kawasan Putrajaya, hanya 10 minit untuk sampai ke sana. Kami mengambil peluang ini untuk mendedahkan anak-anak tentang buku. Lebih-lebih lagi anak yang sulung, Arissa Safiya sudah boleh membaca dan mengira. Semangat Arissa untuk belajar dan membaca ketika ini sangat berkobar-kobar. Terus kami memberitahunya untuk mencari beberapa buah buku untuk dibaca dan dijadikan aktiviti di rumah semasa cuti sekolah ini. Begitu juga si kecil Harith, apa yang kakak Arissa lakukan, dia akan ikuti. 

Selesai kami melawat pameran buku dan membeli beberapa buah buku di seksyen pameran buku kanak-kanak di Dewan A, kami pergi  pula ke seksyen pameran buku untuk bahagian dewasa di Dewan B. Lokasi hanya bersebelahan. Di seksyen ini banyak buku-buku yang dipamerkan termasuk buku-buku tentang motivasi, perniagaan dan kewangan, masakan, buku keagamaan, novel-novel penulis tempatan dan macam-macam lagi. Pada bulan Januari yang lalu, saya telah menambah koleksi buku peribadi tentang motivasi dan keagamaan. Saya beli buku-buku tersebut secara online sahaja. Tetapi kali ini saya ambil peluang membeli di PBAP 2014 ini kerana buku-buku ditawarkan pada harga diskaun. 

Kali ini saya menambah koleksi buku peribadi tentang Perniagaan dan Kewangan pula. Sejak zaman universiti lagi saya dan suami peminat buku hasil penulisan Pakar Kewangan No. 1 Malaysia saudara Azizi Ali. Kebetulan semasa kami sampai di Dewan B, saudara Azizi Ali sedang beraksi di atas pentas Pekan Buku. Beliau sedang bercakap mengenai Pelaburan Emas. Saya ingin kongsikan sedikit tips daripada beliau. Beliau ada menyatakan dalam ucapan beliau kelmarin bahawa membeli buku juga adalah satu pelaburan dalam hidup kita. Sekiranya kita tidak mampu membuat pelaburan yang memerlukan modal besar seperti hartanah dan emas, dengan hanya membeli buku yang bermanfaat juga adalah satu pelaburan. Saya amat setuju dengan kata-kata beliau ini. Daripada membeli sesuatu yang tidak berfaedah, lebih baik kita membeli buku. Daripada buku tersebut, kita perolehi ilmu. Ilmu tersebut kita gunakan sebagai panduan atau rujukan dalam kehidupan kita. Sebab itu ianya di anggap satu pelaburan yang baik. Duit yang kita belanjakan tersebut dilaburkan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Antara koleksi buku peribadi penulis yang di beli semasa PBAP 2014
Selain itu, tahukah kalian yang kita sebenarnya boleh dapatkan kembali duit kita yang kena cukai pendapatan setiap tahun oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? Ya, seperti suami saya yang bekerja dengan majikan, setiap tahun beliau akan claim semula apa-apa sahaja pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan. Resit-resit pembelian buku tersebut janganlah kita buang. Ini kerana resit-resit tersebut diperlukan semasa buat claim (tuntutan) ke LHDN. Untuk makluman, jenis potongan individu untuk pembelian buku ini adalah dihadkan sebanyak RM1,000 sahaja untuk setahun.

Jadi, amatlah rugi sekiranya kita tidak membelanjakan sejumlah wang untuk membeli buku. Tapi pastikan buku yang kita beli itu adalah buku-buku yang berfaedah, buku yang boleh menambah nilai hidup kita dan juga sebagai alat untuk kita menghabiskan masa yang terluang dengan membaca. Ya, dengan membaca buku pada masa yang terluang itu juga dikira melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. 'Membaca jambatan ilmu'. Ilmu pula adalah ibarat lilin atau cahaya yang menerangi kegelapan. 

Salam kasih.

************************************************************************************************************
Ayuh kita bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua.

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
PM di FB: https://www.facebook.com/messages/yati.dbahri

#LamanPerniagaanDanProdukDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah
#TeruskanBerdoaUntukMH370
#LetsKeepOnPrayingForMH370

Saturday, 22 March 2014

Kini Saya Seorang WAHM

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Alhamdulillah. Hari ini genap 44 hari saya sebagai protege Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ini bermakna saya sudah 44 hari bergelar WAHM (Working At Home Mom). Jika diimbas kembali, setahun yang lalu saya adalah Surirumah Sepenuh Masa dan sembilan tahun yang lalu pula saya adalah Surirumah Bekerjaya. Setiap status yang dilalui adalah berbeza-beza cabaran dan pengalamannya. Ada pengalaman manis, pengalaman pahit, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah, kadang-kadang kita rasa bersemangat, kadang-kadang juga kita rasa sangat tidak bersemangat dan berada di dalam tekanan (stress). Perkara ini semua dirasai oleh kita yang pernah bergelar surirumah tidak kira yang bekerjaya, sepenuh masa atau bekerja di rumah. Tidak ketinggalan juga kepada sesiapa sahaja tidak mengira jantina, umur dan status. Yang membezakan kita adalah cara kita menghadapi dan mengawal situasi tersebut, tindakan kita untuk terus langkah ke hadapan dan motivasi kita untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada.

Bergelar seorang WAHM sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. Ketika menuntut di universiti, status WAHM tidak pernah saya terfikir sekalipun akan kewujudannya dalam kotak fikiran saya. Apatah lagi untuk bergelar WAHM. Mungkin 10 tahun yang lepas, budaya wanita yang berstatus WAHM masih asing di negara kita. Rata-rata kita akan bayangkan impian mempunyai kerjaya professional, bergaji besar, berjawatan tinggi dan sebagainya. Status wanita atau ibu yang bekerjaya telah menjadi trend hebat di Malaysia pada ketika itu. Saya pernah melalui pengalaman di mana saya bekerja di syarikat swasta. Rutin pagi saya akan keluar seawal 6.40 pagi dan berkejar untuk menaiki tren LRT. Daripada stesen yang pertama perjalanan diteruskan sehingga stesen yang akhir. Kerana pada masa itu saya tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Petaling Jaya. Waktu kerja ketika itu memerlukan saya bekerja sehingga lewat malam. Kadang-kadang sehingga lewat 12 pagi. Keesokkannya seperti biasa saya akan keluar seawal 6.40 pagi semula. Kalau diikutkan letih memang amat letih, tapi ketika itu saya tidak merasakan waktu kerja itu satu bebanan. Malahan ia adalah satu kepuasan dalam pekerjaan saya, kerana saya gembira dengan apa yang saya lakukan.

Matlamat bekerja dahulu adalah menjadi keutamaan pertama. Membina kerjaya untuk mendapatkan sejumlah pendapatan yang mampu menyara diri sendiri dan keluarga. Tetapi setelah saya berumahtangga dan mempunyai anak, sedikit sebanyak matlamat bekerja itu telah berubah. Kalau dahulu kerjaya adalah keutamaan pertama saya, tapi sekarang keluarga adalah menjadi keutamaan saya. Kerjaya jatuh tempat kedua. Jadi saya sebagai isteri dan ibu perlu menyesuaikan dan menyeimbangkan antara keperluan kerjaya dan keluarga. Daripada pengalaman bekerja di sektor swasta sehinggalah saya bekerja di sektor awam. Bagi saya di mana-mana sektor, cabaran dan pengalaman yang dilalui adalah sama. Hanya keadaan sekeliling yang berbeza. Sistem kerja, komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas tetap sama dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Bezanya bekerja di sektor awam, masa bekerja saya tidaklah sesibuk ketika bekerja di sektor swasta. Pengalaman kerja di kedua-dua sektor banyak memberikan saya kepuasan dan motivasi dalam pekerjaan.

Sehinggalah pada tahun yang lalu dengan izin-Nya, atas keputusan suami saya secara rasminya bergelar surirumah sepenuh masa. Demi kesihatan anak yang membimbangkan, demi suami yang lebih keutaamaan kepada kerjaya dan tugas, saya dengan redha menerima keputusan suami dengan hati terbuka. Suami juga ada menyarankan supaya saya memulakan sesuatu dari rumah seperti memulakan perniagaan online. Tetapi kata suami untuk mula-mula ini saya rehat dahulu, saya bertenang dahulu, kemudian bila sudah bersedia baru mulakan. Pada mulanya secara jujur saya sangat kekok apabila sepenuhnya berada di rumah. Semua perkara di rumah saya akan lakukan sehabis mungkin, kalau boleh semua benda saya hendak bersihkan dan kemaskan pada hari yang sama. 

Alhamdulillah,setahun sudah berlalu. Dalam masa setahun itu juga saya ada merancang sesuatu. Saya ada mengambil kursus jahitan jangka pendek dan merancang untuk menjalankan perniagaan internet. Saya dapatkan seberapa banyak buku rujukan yang berkenaan dan pada masa yang sama saya mencari peluang juga ketika masa lapang saya. Pada masa lapang saya suka browsing sesuatu di carian google. Satu persatu carian saya akan lakukan. Dengan erti kata lain lakukan survey bagaimana untuk mula perniagaan online. 

Rutin harian sebagai isteri dan ibu sepenuh masa di rumah lama-lama sudah menjadi kebiasaan. Malah saya rasa seronok kerana saya dapat menjaga anak-anak saya dengan tangan sendiri. Kalau dahulu setiap pagi seawal 7.30 pagi kami dan anak-anak sudah keluar rumah. Anak-anak akan ditempatkan di taska dan pada kebiasaan pada jam 6.30 kami akan mengambil anak-anak semula. Anak saya yang kedua seringkali kurang sihat dan memerlukan saya untuk cuti. Tetapi tidak lagi sekarang, sekiranya anak tidak sihat saya tidak perlu ambil cuti lagi, malah boleh menjaga mereka sepenuhnya.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, ketika saya sibuk melayari internet dengan izin-Nya saya bertemu blog Puan Khairunnisa @ Nisa Nua. Sejak dari itulah, fasa kehidupan saya berubah dan saya telah berani mengorak langkah ke hadapan. Bak kata Pn Nisa, 'melangkah keluar dari kotak pintu biasa anda'. Status saya berubah menjadi WAHM apabila saya mula menyertai kelas online asas blog dan secara langsung bergabung dengan WAHM lain yang mempunyai matlamat yang sama di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Di ABDR, saya ada mentor, saya belajar ilmu blog, saya ada kumpulan sokongan dan saya ada matlamat untuk terus berjaya sebagai WAHM.

Langkah pertama telah berjaya menampakkan hasil di mana untuk menjadi seorang WAHM, kita perlu tetapkan matlamat dan seterusnya melaksanakan matlamat tersebut dengan penuh yakin dan istiqamah. Kini setelah bergelar 44 hari sebagai WAHM, saya mampu yakinkan diri saya bahawa saya boleh pergi jauh lagi. Ini kerana pada mula-mula daftarkan diri dahulu, saya sering bertanya, mampukah saya lakukannya?

Ya, kini saya amat yakin dan optimis bahawa saya akan menjadi WAHM yang berjaya satu hari nanti. Jiwa sebagai WAHM harus kental. Kental menghadapi cabaran sebagai suri yang bekerja di rumah. Cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebenarnya kerana kita sepenuhnya berada di rumah. Maksudnya di sini cabaran seperti keadaaan sekeliling kita di rumah dengan anak-anak yang memanggil untuk ajak bermain bersama, anak menangis hendakkan sesuatu, katil atau sofa melambai-lambai ajak kita tidur, rancangan televisyen yang menarik menggoda kita untuk menonton dan bermacam-macam lagi. Ini semua terpulang kepada diri saya sendiri bagaimana mengurus masa dan mengawal emosi sebagai WAHM. Kini, sebagai suri berstatus WAHM saya kena pandai seimbangkan tanggungjawab terhadap keluarga dan dalam masa yang sama menjana pendapatan di rumah.

Alhamdulillah, sekarang saya berasa amat bersyukur dan bahagia. Bermula daripada saat ini, saya akan terus melaksanakan apa yang dirancang dengan penuh semangat dan istiqamah. Insyaallah, saya boleh melakukannya dan boleh berjaya sebagai WAHM suatu hari nanti. Amin.

Salam kasih.

*********************************************************************************
Ayuh kita bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.
Baca selanjutnya di sini: http://haryatidulbahri.blogspot.com/search/label/Tentang%20ABDR

Untuk pertanyaan/ pendaftaran, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
PM di FB: https://www.facebook.com/messages/yati.dbahri

#LamanPerniagaanDanProdukDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah
#TeruskanBerdoaUntukMH370
#LetsKeepOnPrayingForMH370

Friday, 21 March 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri


Alhamdulillah dengan izin-Nya pada tanggal 7 Februari 2014, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai dua kelas online secara serentak iaitu 1) Kelas Asas Blog dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog dan Fanpage Niaga (mula bisnes). Bonus menyertai kelas online ini, setiap peserta akan diberikan beberapa e-book secara percuma mengikut pakej yang dipilih termasuklah Ebook Belajar Asas Blog. Ebook ini adalah rujukan wajib bagi peserta yang menyertai kelas online asas blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pertama kali saya pandang cover ebook ini, saya rasakan inilah buku panduan yang saya cari selama ini. Saya rasa sangat teruja dan semangat berkobar-kobar untuk tahu apakah isi kandungannya. Pada masa yang sama, sesi tutorial dalam kelas online asas blog juga sedang berlangsung. Tugasan pertama kelas adalah untuk membaca ebook ini dan khatam sekali. Jadi, saya selitkan masa yang terluang untuk membaca ebook tersebut. Dalam masa sehari saya khatam membaca ebook ini yang mempunyai 99 halaman mukasurat. 

Apa yang menarik tentang ebook Belajar Asas Blog ini?

Saya suka dengan cara penyampaian ebook ini diolah. Penulisnya iaitu Pn Masayu Ahmad (pengasas ABDR) berjaya menyampaikan mesej atau panduan langkah demi langkah belajar asas blog dengan gaya bahasa dan penulisan beliau yang tersendiri. Kandungan ebook sangat padat dengan penjelasan dan contoh kajian kes sebenar. Teknik penulisan yang didedahkan dalam ebook ini juga adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia penulisan dan sudah tentunya fokus untuk menjana pendapatan dari rumah dengan hanya menggunakan platform blog dan fanpage di facebook.

Melalui ebook ini, pembaca akan didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam pembinaan blog dan penjenamaan diri
  • Langkah demi langkah bina blog 
  • Jenis entri penulisan
  • Teknik penulisan berpengaruh
  • Tips blog berpengaruh
  • Tips penulisan
  • Motivasi dalam penulisan
  • Perkara asas dalam suntingan
  • Bonus: Teknik menulis ebook pertama
Jadikan ebook Belajar Asas Blog ini sebagai buku panduan atau rujukan untuk anda membina blog. Prospek blog amat luas sekiranya anda bercadang untuk menjana pendapatan dari rumah. Penjenamaan diri dan blog yang berpengaruh mampu menarik lebih ramai khalayak iaitu pembaca dan bakal pelanggan anda. Bagi yang ingin memulakan perniagaan online, blog adalah perkara wajib yang perlu ada selepas anda mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. 

Secara konklusinya, ebook Belajar Asas Blog ini merupakan satu rujukan yang lengkap dan praktikal bagi semua yang ingin membina blog dan seterusnya mengembangkan potensi, kepakaran dan pengalaman melalui penulisan blog dan fanpage niaga. Dengan membaca ebook ini juga akan menambah keyakinan kita untuk menjana pendapatan hanya dari rumah menggunakan platform blog yang telah dibina.

Pastikan ebook Belajar Asas Blog ini menjadi sebahagian daripada koleksi bacaan anda dan sudah tentunya praktikkan teknik yang terkandung dalam ebook ini. Sebagai contoh, saya telah berjaya hasilkan blog saya sendiri (WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah) melalui teknik yang telah didedahkan dalam ebook ini. Anda semua bila lagi?

Salam kasih.

#AkademiBekerjaDiRumah
#TeruskanBerdoaUntukMH370
#LetsKeepOnPrayingForMH370

Thursday, 20 March 2014

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Alhamdulillah, hari ini saya lebih bersemangat daripada semalam. Moga sahabat semua juga bersemangat dan berkobar-kobar untuk melaksanakan perancangan hari ini. Amin.
  • Anda suka membaca? 
  • Anda suka menulis?
  • Anda bercita-cita untuk menjadi penulis. 
  • Anda ingin berjumpa penulis kesayangan anda?
  • Anda ingin tambah ilmu?
  • Atau apakah aktiviti atau perancangan anda hujung minggu ini? anda tidak tahu hendak ke mana?
Ya, saya ada berita gembira untuk anda semua. Sebenarnya sekiranya anda pernah datang ke Putrajaya, di sepanjang jalan Putrajaya anda akan nampak bunting atau banner tentang hebahan apa-apa aktiviti yang akan dijalankan di Putrajaya. Saya sudah menetap di Putrajaya hampir 6 tahun sejak tahun 2008. Bagi saya Putrajaya sebuah bandar yang terancang dan banyak tempat sebenarnya yang cantik dan sesuai untuk dilawati.

Antara hebahan yang saya ceritakan tadi termasuklah Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014 yang telah bermula semalam dan akan berakhir pada hujung minggu ini. Berikut keterangan tentang pesta buku ini:

Tarikh: 19 Mac 2014 - 23 Mac 2014
Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam
Tempat: Pusat Konvensyen Antrabangsa (PICC), Putrajaya

Untuk makluman, ini adalah kali pertama Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya di adakan anjuran MPH Bookstore. Anda semua boleh nikmati diskaun menarik bagi 5 juta buah buku termasuk terbitan buku-buku baru, buku-buku yang terlaris di pasaran, buku-buku edisi import dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh menemui penulis-penulis buku kesayangan anda di Sesi Ramah Mesra Bersama Penulis mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara aktiviti lain yang menarik termasuklah:
  • Sesi Perasmian Buku (Book Launching)
  • Persembahan Artis
  • Persembahan Silap Mata
  • Pertandingan Mewarna
  • Forum Akhir Zaman oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Omar
  • Demonstrasi Karikatur oleh Kartunis
  • Demonstrasi Hiasan Pastri oleh Chef Anuar dan banyak lagi
Pameran buku pula adalah terdiri daripada buku-buku, majalah, e-book, bantuan pendidikanm alat tulis, digital dan peranti IT, mainan dan yang lebih menarik ada hadiah menanti anda.

Bonus juga kepada pembaca novel, sesi ramah mesra bersama penulis di bawah penerbitan EMP juga ada semasa Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya ini berlangsung. Salah seorang penulis tersebut adalah Puan Monalita Mansor, penulis novel terkenal Kabus Rindu. Beliau juga merupakan salah seorang guru online di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Selain beliau, ramai lagi penulis novel EMP akan bersama di sesi ramah mesra bersama penulis seperti Elee Mardiana, Zara Aluwee dan Nana Rumaysa.

Kepada yang berminat untuk menulis novel, kami di ABDR ada menawarkan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah kelolaan Puan Monalita Mansor sendiri. Melalui kelas penulisan kreatif ini, anda akan:
  • pelajari langkah demi langkah membina blog dan teknik penulisan kreatif yang betul. Guru online akan membuat analisa peserta dengan tujuan untuk melihat minat, kecenderungan dan kemahiran peserta. Selain itu, analisa ini juga akan menentukan fokus blog penulis dan genre penulisan kreatif.
  • Peserta akan diberi tugasan untuk menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung yang merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen dan travelog pengalaman.
  • Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak atau cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat dan perkataan.
  • Peserta dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri
Untuk pertanyaan dan menyertai kelas penulisan kreatif ini, anda boleh terus hubungi guru online ABDR di facebook iaitu Puan Monalita Mansor dan Puan Mazlia Murat. Jemput juga layari laman blog monazman.blogspot.com dan blog Panduan Manuskrip Yang Disukai Penerbit. 



Ok, jom kita meriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014. Pastinya pesta buku ini lain daripada pesta buku yang lain. Sambil-sambil tu anda juga boleh melawat tempat-tempat menarik di Putrajaya ini.



Untuk maklumat lanjut berkenaan PBAP 2014, anda boleh klik di sini.


Salam kasih.

#TeruskanBerdoaUntukMH370

#LetsKeepOnPrayingMH370

Semangat Untuk Terus Menulis

Assalamualaikum w.b.t
Sumber: Blog Mariatul Qiptiyah

Seperti air laut yang ada pasang surutnya, mood menulis blog juga begitu. Ada ketika jika dibiarkan terlalu lama, idea menulis blog jadi tumpul dan gelap. Mulalah rasa bertangguh-tangguh dan malas menjengah apatah lagi menulis blog itu muncul.

Saya juga tidak terlepas dari pasang surut mood menulis tu. Pernah satu ketika hingga berbulan blog (blog lama) tinggal tak dikemaskini hingga bersawang. Teruk bukan. Agaknya sebab itulah pengunjung pun naik bosan untuk datang singgah membaca lagi. 

Ingin saya kongsikan dua (2) cerita pembaca blog saya untuk kekalkan semangat saya dan untuk pemberi semangat kepada kawan-kawan penulis untuk terus menulis. 

Cerita 1

Baru-baru ini saya terima satu komen dari seorang pembaca yang tidak saya sangka. Kakak ini rupanya pembaca setia dari blog lama saya. Ini komennya :-

"Assalam...akak mula follow blog awk dr kuingin terbang ke awan. Impressed sgt dgn diet atkin awak. Akak pun follow. Alhamdullillah, berjaya buang berat badan. Terima kasih atas info yg diberikan. Keep on writing. U have no idea on the positive effects it has on others"

Cerita 2.

Blog saya terdahulu (www.kuinginterbangkeawan.blogspot.com) adalah blog rojak. Saya menulis apa saja yang saya suka dan terlintas di kepala. Masa itu, saya baru mengenal dunia blogging. Hampir setiap hari saya akan kemaskini entry di blog. Ada saja yang hendak di ceritakan. Perasan macam ramai sungguh pembaca yang menunggu-nunggu entry dari saya. Kelakar bukan.

Baca entri selanjutnya di sini: Blog Panduan Kraf Riben Dan Kertas

*********************************************************************************
Adakah anda:

- Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah?
- Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan?
- ingin mula perniagaan tetapi tidak tahu macamana?
- ingin mula perniagaan tapi tiada modal?

Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pelajari langkah demi langkah untuk menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook.

Bergabung dengan 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.

Pilihan kelas online yang dianjurkan oleh ABDR:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai bengkel terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Dan macam-macam lagi kelebihan ABDR ini sebenarnya. Baca keterangan lanjut di sini ya!

http://haryatidulbahri.blogspot.com/search/label/Tentang%20ABDR

Juga boleh lawati blog ABDR di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Pendaftaran masih berlangsung. Bertindak sekarang & daftar bila anda sudah betul-betul bersedia.

PM saya atau Hubungi saya melalui:
SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulabahri@gmail.com

#TeruskanBerdoaUntukMH370
#LetsKeepOnPrayingForMH370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG