Nuffnang

Sunday, 2 March 2014

Pesanan Umum Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian ilmu ini saya ambil daripada Buku 100 Pesanan Terakhir Rasullullah, hasil penulisan saudara Muhd Nasruddin Dasuki yang saya baca sebentar tadi. Jom kita hayati satu persatu pesanan umum Rasullullah s.a.w ini sebagai peringatan kita bersama dan wajar untuk kita ambil perhatian dan amalkan.
  1. Menyebut nama ALLAH sebelum fajar dan sebelum terbit matahari.
  2. Apabila selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Sesungguhnya Allah akan menulis pahala yang besar bagi mereka yang melakukan perkara ini.
  3. Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat. Doa pada waktu itu tidak akan ditolak.
  4. Hamba paling dicintai Allah ialah orang yang sujud dan sambil berdoa dalam sujudnya. "Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada siapa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau".
  5. Sembahyanglah pada tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahyang pada tengah malam itu akan sentiasa dikasihi oleh Allah.
  6. Sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi berada dalam kesucian dan tidak berhadas.
  7. Lazimkanlah diri dengan solat secara berjemaah kerana di sisi Allah pahalanya 27 kali ganda solat seorang diri. Allah s.w.t amat mencintai orang mukmin yang beristiqamah dalam melakukan solat jemaah.
  8. Orang yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sabar dengan dugaan yang ditimpakan oleh Allah keatasnya dan selalu memohon keampunan Allah apabila melakukan kesalahan, maka dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.
  9. Sesiapa yang membaca surah al-Mulk dan surah al-Sajdah sebelum terlena, maka surah tersebut akan menjadi penemannya di dalam kubur kelak.
  10. Berikan salam kepada sesiapa sahaja yang engkau temui, maka Allah akan menuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, Allah akan tuliskan 40 kebajikan.
  11. Banyakkan berpuasa sunat seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa pada hari-hari tertentu seperti Hari Arafah, puasa enam hari pada bulan Syawal, puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa sehari dan tidak berpuasa satu hari dan sebagainya. Sesungguhnya orang yang rajin berpuasa ini, Allah menjanjikan buat mereka syurga yang dinamakan al-Rayyan sebagai balasan terhadap kelaparan dan dahaga yang mereka tanggung semasa di dunia semata-mata kerana mencari redha Ilahi.
  12. Rebutlah pahala pada bulan Ramadhan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat tarawih pada malam harinya dan mempergiatkan ibadat pada 10 malam terakhir ramadhan. Pada masa itulah terdapat satu malam di mana ia lebih baik daripada 1000 bulan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG