Nuffnang

Friday, 7 March 2014

Jejak Rakan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri

Salam Jumaat sahabat semua, mulakan hari yang mendatang dengan lafaz Bismillah dan senyuman. Walaupun hanya sekadar senyuman, ia juga adalah sedekah dan secara tidak langsung boleh cas aura positif kita pada hari ini. Alhamdulillah, hari ini saya jejak lagi blog-blog rakan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) untuk dapatkan mood untuk menulis dan mengenali lebih dekat blog-blog rakan akademi. Kali ini saya tertarik  pula dengan tajuk blog ini, iaitu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Islam. Penulis blog ini adalah milik kepada Puan Ashikin Hashim. Allahuakbar, bila saya lihat gambar di header blog Puan Ashikin, seolah-olah saya kenal yang empunya diri. Ya, beliau adalah kenalan semasa belajar di universiti dahulu. Kami belajar di universiti yang sama, di bumi Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) akan tetapi mengambil jurusan yang berbeza. Seingat saya semasa membaca ebook Asas Blog buat kali pertama, ada juga ulasan tentang penulisan Puan Ashikin dalam ebook tersebut. Tapi hari ini saya baru perasan, beliau sebenarnya adalah kenalan seuniverisiti 10 tahun yang lalu. 

Alhamdulillah, ABDR bukan sahaja platform untuk menimba ilmu bekerja di rumah, malah lebih daripada itu. Saya dapat berhubung kembali dengan rakan lama, terus pagi tadi saya berhubung dengan Puan Ashikin di laman Facebook. Nampakkan sahabat semua, apabila sahabat semua sertai ABDR ini, bukan setakat dapat berguru dengan otai-otai ABDR, malah banyak lagi peluang lain sebenarnya kita akan perolehi. Kepada sahabat-sahabat semua yang masih belum mengetahui ABDR, sudi-sudikanlah untuk melawat ke blog ABDR dan sahabat semua masih belum terlambat untuk sama menyertai kami. Ini kerana pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa. Semua kelas adalah 100% atas talian dan masa adalah fleksibel mengikut jadual masing-masing.

Untuk makluman sahabat semua, kelas-kelas online yang ditawarkan di ABDR adalah seperti berikut:-
  1. Kelas asas blog dan penulisan
  2. Kelas asas blog dan fanpage khusus untuk mula bisness
  3. Kelas belajar iklan di mudah.my
  4. Kelas penulisan kreatif online
  5. Kelas belajar asas akaun bisness kecil/ WAHM/SAHM/SOHO
  6. Pendaftaran rakan niaga/ pengurus online akademi
  7. Tempahan blog bisness/ blog penulisan
  8. Iklan di Soho directory ABDR.
Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi: 
Ataupun guru online yang bertugas:

 Salam kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG