Nuffnang

Tuesday, 4 March 2014

Jom Berbento

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini, anak saya yang sulung, Arissa Safiya akan genap usianya 6 tahun pada bulan Jun ini. Alhamdulillah, pada usia 5 tahun Arissa sudah boleh membaca buku Bahasa Melayu dan seterusnya baru-baru ini Arissa juga sudah boleh membaca buku Bahasa Inggeris. Target kami untuk Arissa pandai membaca sebelum masuk Tahun 1 (sekolah rendah) nampaknya berhasil. Selepas ini boleh pula fokus kepada pembacaan buku-buku cerita bagi melancarkan lagi kemahiran membaca Arissa. Tahniah kepada guru Arissa yang mengajar pada tahun lepas iaitu Cikgu Irwani dan juga Cikgu Iela selaku gurunya pada tahun ini. Dorongan dan galakan mereka amat membantu dalam proses pembelajaran Arissa di sekolah. Seperti yang saya pernah kongsikan dalam entri sebelum ini, kaedah fonetik siri cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy amat membantu anak-anak membaca dalam usia pra sekolah lagi. Insyaallah, tahun ini kami akan pastikan juga Arissa lancar dalam mengaji al-Quran menggunakan kaedah al-Baghdadi pula. 

Bercerita mengenai Arissa, sebenarnya saya teringat akan bekal yang beliau bawa setiap hari. Alhamdulillah, apa yang saya bekalkan semuanya habis. Kata Arissa, dia makan bersama kawan-kawannya yang lain. Apa yang menarik perhatian saya adalah semangat Arissa untuk membawa bekal ke sekolah. Saya sebagai ibu berasa sangat seronok kerana sejak tahun lepas saya sempat menyediakan sarapan pagi dan juga bekal untuk Arissa bawa ke sekolah. Berbanding waktu bekerja dahulu, adakala saya kelam-kabut sehinggakan masa untuk menyediakan pun tidak sempat. Inilah hikmahnya apabila menjadi surirumah sepenuh masa. Masa kita dirumah adalah sangat berharga untuk anak-anak dan suami. Alhamdulillah.

Rutin Arissa membawa bekal ke sekolah bermula pada tahun lepas ketika usianya 5 tahun. Walaupun pihak sekolah ada menyediakan makanan, dia beriya-iya juga mahu membawa bekal kerana rakan-rakan juga membawa bekal. Mereka akan duduk dan menikmati bersama makanan yang ibubapa bekalkan. Ada kalanya mereka bertukar-tukar makanan yang dibawa. Jadi, tahun ini saya berhasrat untuk mendidik Arissa supaya terus kekal membawa bekal ke sekolah sehinggalah memasuki alam persekolahan yang sebenar bermula pada tahun hadapan. Dalam hal ini pun maknanya saya sebagai ibu kena juga istiqamah menyediakan bekal setiap hari.

Untuk menyediakan bekal ini pun sebenarnya ada ilmunya. Tahun ini saya berjinak-jinak pula untuk belajar kemahiran berbento pula. Apa dia? Bento? Pernah dengar tak istilah Bento ini? Hasil daripada carian google, Bento adalah istilah bahasa jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam atau bekal perkelahan. 

Bento biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bento sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.

Ciri khas bento adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bento boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan.

Tujuan saya berbento ini adalah:
  1. Mendidik Arissa membawa bekal daripada sekarang.
    Bila sudah masuk Tahun 1 nanti, dia sudah biasa membawa bekal. Kalau ikut cara bento yang sebenar, makanan yang disediakan dalam bekal tersebut teramatlah comel, menarik dan rasa sayang sahaja hendak dimakan. Yalah, lengkap sekali dengan hiasan dekorasi yang pelbagai bentuk dan warna. Tentunya akan menarik perhatian anak-anak apabila melihatnya. Secara tidak langsung akan menarik minta anak untuk membawa bekal ke sekolah.
  2. Makan makanan yang dibuat sendiri di rumah (homemade food).
    Bila kita masak sendiri, kita tahu tahap kebersihan dan kesegaran makanan tersebut.Betul tak? Bonusnya lagi makanan tersebut adalah dari air tangan kita sendiri. Tentulah dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang :-)
  3. Bonding Time antara saya dan Arissa.
    Apabila anak membawa bekal, saya rasa inilah masanya juga untuk bina ikatan antara ibu dan anak. Boleh juga diselitkan sekeping nota kasih sayang atau nasihat dalam bento yang dibawa.
  4. Langkah berjimat.
    Berbento ke sekolah amat membantu ibu bapa dalam langkah berjimat. Duit belanja juga akan diberi dan boleh disimpan pula atau diguna pada waktu kecemasan. Secara tidak langsung kita juga telah mendidik anak untuk menyimpan dan belajar berjimat.

Apalagi sahabat semua,  jom kita berbento untuk diri sendiri, suami dan anak-anak. Banyak sebenarnya kelebihan berbento ini. Semuanya bergantung kepada kita samada rajin atau pun malas. Saya pun baru juga hendak belajar mendeko makanan supaya jadi comel dan kreatif ni. Baiklah, suka saya kongsikan sumber rujukan yang telah saya kumpulkan untuk rujukan bersama.

Kelab Bento/Bekal Malaysia 
  • https://www.facebook.com/groups/gengbekal/ 

Blogs dan web berkenaan bento
  • http://www.cutebento.com
  • http://motheringcorner.com/
  • http://littlemissonigiri.blogspot.com/
  • http://berbento.blogspot.com/
  • http://antsbento.blogspot.com/
  • http://www.bentonbetterlunches.com/
  • http://bento-lunch-blog.blogspot.com/
  • http://www.bentomonsters.com/

Boleh juga shopping bento online
  • https://www.facebook.com/pages/BENTO-TOOLS-SHOP/266887293422705
  • http://bentocraft.com/
  • https://www.facebook.com/pages/Bento-Makes-Me-Happy/391665987556388
  • https://www.facebook/com/bentotools?fref=ts
  • https://www.facebook.com/pages/Bento-Creative-Shop/568060336586471?fref=ts
  • http://nst,my/
  • http://mymonsterbb.com/eshop/
  • http://www.mykawaiibento.my/
  • http://littlebakery.g4.com.my/
  • https://www.facebook.com/lovelybentotools
  • https://www.facebook.com/bento.wonderland.7?fref=ts

Foto peribadi penulis: Antara koleksi bento Arissa. 

Foto peribadi penulis: Antara koleksi alat-alat berbento penulis

Foto peribadi penulis: Baru belajar hendak berbento, ilmu berbento diaplikasikan juga di rumah

Nantikan juga entri saya akan datang berkenaan bento menggunakan produk Tupperware Brands. Teruskan membaca!

Salam kasih.

2 comments:

  1. rajin mama Arissa..rasa sayang pula nk mkn...

    ReplyDelete
  2. TQ kak! ummi Arissa terpaksa jadi rajin & kreatif. baru semangat sikit si kecik ni nak makan.heheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG