Nuffnang

Tuesday, 18 March 2014

Kepentingan Header Blog

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri

Alhamdulillah, semalam saya berjaya hasilkan header blog ini dengan jayanya. Saya ini bukannya mahir sangat dalam bab desain, tapi berbekalkan keinginan saya untuk penambahbaikan blog, maka terhasilnya header blog ni. 


Buat masa ini, inilah header blog saya dan desain yang sama saya gunakan untuk kedai maya saya di Mompreneur Shoppe. Jemput like ya dan beri sokongan anda kepada kedai maya saya ini. Insyaallah saya akan perbaiki dari masa ke semasa nanti. 

Kenapa perlu ada header blog ini?

Perasan tak bila kita buka sesuatu laman blog atau web, perkara pertama sekali yang muncul di halaman utama blog kita adalah header blog?

Halaman utama blog kita adalah sangat penting untuk memastikan pelawat blog kita untuk tahu cerita seterusnya dalam entri-entri yang kita tulis. Jadi, pastikan header blog kita sesuatu yang boleh menarik pembaca/pelawat untuk terus membaca dan mengikuti blog kita. Dengan erti kata lain, header blog adalah penyambut tetamu untuk menjemput pelawat untuk terus meneroka laman blog kita. Apabila tetamu datang mestilah kita akan jamu mereka dengan hidangan bukan? Pembaca atau pelawat adalah tetamu blog kita. Jadi, header blog adalah hidangan kepada tetamu kita. Kita pula sebagai tuan rumah kenalah layan tetamu kita dengan pelbagai informasi dan perkongsian maklumat yang memberi manfaat kepada pembaca blog kita. 

Secara kesimpulannya, header blog ini merupakan salah satu faktor untuk menarik pembaca ke blog kita. Tapi perlu diingatkan, header blog yang cantik sahaja tidak cukup. Kita sebagai tuan rumah blog perlu seimbangkan dengan isi kandungan blog yang berinformasi kepada para pembaca atau pelawat blog kita.

Salam kasih.

Jom cari ilmu & mentor!

#Teruskan Berdoa Untuk MH370
#Let's Keep On Praying For MH370

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG