Nuffnang

Wednesday, 5 March 2014

Madu Kelulut Syamille: Pos ke Sabah

Teks: Haryati Dulbahri


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya terima lagi tempahan madu kelulut daripada pelanggan yang berada di Ranau, Sabah. Ini merupakan tempahan kali kedua daripada beliau. Tempahan pertama pada bulan lepas, beliau membeli 2 botol besar (2kg) madu kelulut. Untuk tempahan kali kedua pula, beliau menempah sebanyak 4 botol besar (4kg) madu kelulut. Alhamdulillah, terima kasih kepada En. Humaizi kerana membuat tempahan ulangan daripada Mompreneur Shoppe. Khasiat madu kelulut keluaran Syamille Agro Farm & Resort yang sememangnya menjadi penawar pelbagai penyakit telah menjadi pilihan En. Humaizi sebagai makanan tambahan sunnah bagi mencegah dan merawat penyakit Gout yang beliau alami. Semoga beliau beransur pulih daripada penyakit Gout tersebut. Amin.

Untuk makluman sahabat semua, petang tadi bungkusan tempahan madu kelulut tersebut telah siap untuk dipos esok. Sebenarnya tempahan kali ini merupakan tempahan kali ketiga yang memerlukan pihak kami mengepos. Yalah, kalau ikutkan untuk perniagaan madu kelulut ini, kami hanya memfokuskan tempahan di kawasan Putrajaya dan kawasan sekitarnya sahaja. Walau bagaimanapun, pihak kami amat berbesar hati untuk memenuhi permintaan pelanggan walaupun jauh. 

Untuk pembungkusan madu kelulut ini, seperti kebiasaan pihak kami akan membalut kemas dahulu botol madu dengan kertas suratkhabar dan dilapiskan pula dengan bubble wrap. Akan tetapi, hari ini kami kehabisan stok bubble wrap di rumah. Jadi kami menggunakan foam span sebagai ganti kepada buble wrap tersebut. (Gunakan bahan yang ada dirumah, foam span tersebut saya ambil daripada kotak filter air yang kami beli sebelum ini). Kemudian kotak akan diseal dengan kemas dan sedia untuk dipos. Untuk tempahan ke Sabah ini, pelanggan memilih untuk menggunakan perkhidmatan Poslaju walaupun kos penghantaran yang dikenakan agak mahal berbanding perkhidmatan kurier yang lain.

Foto peribadi penulis: Pembungkusan madu kelulut ke Sabah


Foto carian google: contoh bubble wrap yang digunakan dalam pembungkusan madu kelulut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG