Nuffnang

Monday, 3 March 2014

Rezeki Itu Milik Tuhan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Kembali lagi hari Isnin, saya rasakan masa cepat sangat berlalu sekarang ni. Alhamdulillah. Hari ini masuk minggu ketiga saya berada dalam kelas online asas blog ini. Saya cuba untuk membiasakan diri menulis di waktu pagi. Dalam penulisan, waktu pagi adalah waktu paling ideal untuk kita menulis. Ini kerana otak kita masih segar di waktu pagi untuk mengeluarkan idea-idea penulisan.

Sedar tak sedar juga sebenarnya saya semakin boleh menerima diri ini sebenanya tidak lagi bekerja tetapi makin hampir kepada status Work At Home Mom (WAHM). Hari-hari saya akan mengingatkan diri supaya istiqamah dengan apa yang telah dirancang. Insyaallah.

Anak kecil saya masih leka bermain lego, basuhan kain pun sudah selesai disidai, tibalah masanya pula untuk luangkan sedikit masa untuk sambung tugasan yang diberikan. Fleksibal bukan? Ya, kelas online asas blog ini sangat fleksibel kerana ianya dilakukan 100% di atas talian. Kita sendiri yang menjadi pengurus masa. Ianya bergantung kepada kita, kalau kita rasa mahu lihat hasilnya cepat, maka saya perlu pecut laju-laju cuba untuk belajar dan siapkan tugasan dengan baik. Kualiti penulisan juga perlu ditekankan. Jangan asyik pecut laju sahaja tetapi penulisan tunggang-langgang.

Baiklah sahabat semua, pagi ini saya sebenarnya ingin kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh rakan saya di status Facebooknya pagi tadi:

"Rezeki itu milik Tuhan. Semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, insyaallah, Dia memudahkan rezeki kita"

Terlalu kompleks maksudnya kan sahabat semua. Rezeki itu milik Allah s.w.t. Semakin ikhlas kita memberi kepada orang lain, semakin mudah sebenarnya Allah akan bukakan pintu rezeki kita. Rezeki Allah pula datang dalam pelbagai cara yang kita kadang-kadang tidak pernah duga. Sesungguhnya Dia Maha Sempurna dan Maha Pemberi Rezeki. Lakukanlah apa yang Allah suka, usaha menjemput rezeki akan menjadi lebih mudah dan ia juga menjadi resepi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Insyaallah.

Seperkara lagi, setiap amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas. Salah satu syarat amalan kita diterima oleh Allah ialah ikhlas dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Betul tak sahabat semua. Jadi, sebagai peringatan bersama, ikhlaskanlah diri kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Insyaallah, banyak ganjarannya daripada Allah s.w.t. Termasuklah rezeki kita tadi, Allah akan mempermudahkan segalanya.

Kita bersambung lagi pada entri yang akan datang. Teruskan membaca ya!

Salam kasih.

2 comments:

  1. Salam Yati, setuju. kadang kadang kita tak tahu apa orang tu alami utk dpt apa yg dia nak. kita kena usaha. kita semua berbeza. nak lebih, buat lebih jugak. rezeki milik Allah, tugas kita jangan putus asa. :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Kak Mie @ Maszie Fatah. Betul tu kak, kita hanya merancang. Allah is the best planner. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha dan jgn putus berdoa kepada-Nya. Inshaallah:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG