Nuffnang

Saturday, 1 March 2014

Semangat Oh Semangat...

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang bulan Mac 2014. Pejam celik, pejam celik hari ini sudah masuk 1 Mac 2014 bersamaan dengan 29 Rabiulakhir 1435H. Sekejap sahaja kan masa berlalu. Hari ini juga adalah hari ke 23 saya berada di Kelas Online Asas Blog di bawah Akademi Bekerja Di Rumah. Tugasan demi tugasan cuba dilakukan dengan penuh sabar dan istiqamah dengan apa yang telah dirancang. 

"Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkau permudahkanlah segala urusanku dan rakan-rakan seperjuanganku yang lain. Janganlah Engkau persulitkannya, sempurnkanlah urusan kami dengan kebaikan". Amin. 

Anak saya yang kecil (Harith Imran) sudah pun lena setengah jam yang lalu, yang sulung (Arissa Safiya) sedang asyik menonton rancangan Oh My English! di tv. Sedang anak-anak tidur dan lena dengan aktiviti mereka, saya gunakan masa ini untuk teruskan tugasan kelas online yang telah diberikan. Ya, sebelum teruskan penulisan, perkara paling penting bagi saya adalah SEMANGAT. Bila ada semangat, baru saya rasa seronok hendak mula berimaginasi dan mengeluarkan satu persatu idea-idea penulisan dalam blog. Tapi jika sebaliknya, jangankan hendak menaip, hendak mengadap laptop ini pun akan jadi malas. Oleh itu, wahai diriku sayang, jauhilah kamu dari sifat MALAS tadi. Semangat, semangat dan semangat!

Daripada mana datangnya semangat ni ya? Anak-anak dan suami adalah sumber inspirasi dan semangat saya;-) Bila saya rasa tidak ada semangat, saya akan lihat muka mereka dan fikirkan kebahagiaan bersama mereka. Allahuakbar! Indahnya perancangan-Mu ya Allah. Selain itu, dalam kelas online asas blog ini, cikgu saya dan rakan-rakan akademi yang lain juga adalah semangat atau inspirasi saya. Sebelum mulakan penulisan saya akan melawat dahulu ke laman blog guru online saya iaitu Pn Nisa Nua dan juga beberapa blog rakan akademi yang lain. Ambil aura la katakan. Hari ini satu lagi kejayaan buat Cikgu Nisa Nua. Alhamdulillah, mudahnya menjemput rezeki. Usaha beliau bekarya dalam blog telah membuka peluang pula untuk dikongsi bersama masyarakat melalui media suratkhabar. Tahniah cikgu! Kejayaan ini sebenarnya memberi semangat dan inspirasi kepada saya dan juga rakan akademi yang lain untuk teruskan langkah dalam kelas online ini khususnya. Insyaallah. Kepada sahabat semua yang masih belum mengetahui mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, jemputlah melawat ke blog ini. 1001 maklumat dan perkongsian ilmu terdapat dalam blog-blog rakan akademi yang ada di sini.

Alamak, tiba-tiba si kecil terjaga daripada tidur dan mencari saya. Baiklah sahabat semua, saya berhenti dahulu ya. Jom hayati zikir terapi daripada Hafiz Hamidun ni. Saya suka dengarkan zikir-zikir ini sebagai terapi diri sambil mendapat semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu. Selain itu, sebenarnya saya juga sedang praktikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas online ini, iaitu memasukkan video yang ada di YouTube ke dalam blog saya. Ya, saya berjaya lakukannya. Terima kasih Cikgu Nisa Nua!

Salam kasih dan selamat malam!








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG