Nuffnang

Monday, 10 March 2014

Teruskan Berdoa Untuk MH370

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t




Hari ini masuk hari ketiga Misi Pencarian dan Menyelamat Pesawat MH370. Semasa menerima berita tentang kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman suami di Pahang. Rasa sangat terkejut dengan berita tersebut. Lebih terkejut lagi apabila mengetahui salah seorang daripada penumpang MH370 adalah di kalangan keluarga saya sendiri. Beliau adalah saudara Muzi b. Yusop yang ke sana atas urusan kerja. Sehingga ke hari ini kami ahli keluarga dan sanak saudara masih sabar menunggu makluman terkini dengan penuh sejuta harapan agar pesawat MH370 ditemui dan seterusnya mendengar perkhabaran yang baik-baik sahaja tentang penumpang-penumpang dan anak kapal yang turut berada di dalam pesawat MH370. 

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak sahabat semua untuk turut sama mendoakan yang terbaik untuk mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Moga mereka sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t dan diberi petunjuk atau petanda di manakah MH370 sekarang ini dan pengakhirannya pun nanti adalah perkhabaran yang gembira dan baik-baik sahaja untuk semua yang sentiasa sabar menanti status terkini MH370. Amin.

Perkongsian doa ini untuk kita semua sama-sama aminkan dan kongsikan:-

Satu doa yang baik yang telah ditulis oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man:


"Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU... apa yang berlaku adalah ketentuanMU. Kami mohon kasih sayangMU Ya Rabbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan.

Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkanlah untuk kami menemuinya. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan. Amin".

Mohon dipanjangkan dan di share doa ini. Sebab kita tidak tahu antara mereka yang membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya adalah yang paling makbul. 

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. amin ya rabal alamin... smoga mh370 cepat ditemui dan mangsa pulang dgn slamat

    ReplyDelete
  2. Thx Irma. Moga doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t. Teruskan solat hajat & berdoa. Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG