Nuffnang

Thursday, 13 March 2014

Tindakan Semasa Jerebu

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber foto: Info Sihat KKM

Assalamualaikum w.b.t

Sebentar tadi saya baru sahaja selesai mengangkat kain di jemuran. Keadaan kualiti udara di luar masih lagi berjerebu. Negara kini dilanda cuaca jerebu yang semakin teruk di kebanyakan tempat terutamanya di sekitar Lembah Klang. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sebanyak 11 kawasan mencatat bacaan Indeks Pendemaran Udara (IPU) yang tidak sihat setakat jam 8.00 pagi tadi. Antara bacaan IPU tidak sihat itu ialah Kuala Selangor  155; Nilai 143; Pelabuhan Klang 137; Banting 134; Putrajaya 124; Bukit Rambai 117 dan Seremban 112. Kawasan lain yang turut mencatat IPU tidak sihat ialah Batu Muda 112; Petaling Jaya 107; Shah Alam 103 dan Sri Aman 101.

Apa itu jerebu?

Merujuk kepada Wikipedia, ensiklopedia bebas, jerebu adalah satu fenomena tradisi di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. 

Punca-Punca Jerebu

Jerebu berlaku disebabkan oleh pencemaran udara. Pencemaran ini boleh berlaku disebabkan oleh kejadian semulajadi atau berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Antara punca semulajadi pencemaran udara adalah seperti habuk tanah, letupan dan luahan gunung berapi dan tiupan angin laut yang mengandungi garam.

Manakala pencemaran yang berpunca daripada perbuatan manusia pula adalah seperti:
  • Pelepasan pencemar (pelepasan asap dan penggunaan petrol plumbum) daripada kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api
  • Pemprosesan industri seperti pelepasan sebatian organik meruap (VOC) daripada kilang-kilang penapis dan stesen minyak
  • Pembakaran terbuka
  • Pembangunan tanah dan pembinaan
  • Penebangan dan pembakaran hutan

Kesan jerebu kepada kesihatan
  • Radang mata
  • Gangguan kepada hidung (hingus) dan menyebabkan kesukaran bernafas
  • Gangguan kepada sistem pernafasan (lendir yang menyumbat sistem)
  • Kulit terasa gatal
  • Partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru
Oleh itu, kita sebagai orang awam yang terdedah kepada kualiti udara yang semakin teruk ini adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan penjagaan kesihatan seperti di dalam panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Jom kita sama-sama baca dan pastikan tindakan kita semasa menghadapi jerebu.


#Teruskan Berdoa Untuk MH370 #Let's Keep On Praying For MH370

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG