Nuffnang

Wednesday, 19 March 2014

Ulasan Kelas Online Serentak 1) Kelas Asas Blog Dan Penulisan; 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Niaga

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.


Alhamdulillah. Si kecil Harith baru sahaja lena dan saat inilah baru saya berkesempatan untuk meneruskan penulisan di blog. Dari waktu pagi saya hanya sempat update status di Facebook hanya melalui handphone. Maklumlah, si kecil Harith masih lagi menyusu badan, walaupun sudah menjangkau usia 2 tahun lebih. Inilah hikmahnya apabila saya menjadi suri sepenuh masa. Anak-anak sentiasa ada dalam jagaan saya. Jangan mudah putus asa, saya berkata dalam hati saya sendiri. Teringat pula semalam status di Facebook Sifu Perniagaan Internet, saudara Irfan Khairi iaitu "Kejayaan Akan Datang Apabila Kita Tidak Berputus Asa". Saya setuju kata-kata ini, bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. Usaha yang konsisten, semangat dan tidak mudah putus asa itu nanti yang akan membuahkan hasil iaitu kejayaan.

Baiklah, sebentar tadi saya membelek kalendar meja, sedar tak sedar hari ini adalah hari ke 41 saya sebagai protege Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sekejap sahaja masa berlalu. Menurut guru online saya, Pn Khairunnisa HamzaharaNisa Nua, saya sudah boleh membuat ulasan kelas online ni. Sedar tak sedar juga saya telah berjaya menghasilkan sebuah blog iaitu blog Laman Perniagaan Dan Produk Dari Rumah. Bukan setakat itu sahaja, saya juga berjaya membuat fanpage niaga saya sendiri iaitu Mompreneur Shoppe. Ucapan sekalung tahniah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, nampaknya apa yang dipelajari telah membuahkan hasil. Macam tak percaya sahaja. 

Kalau ikutkan, saya ni adalah pemegang ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan. Saya pernah belajar dahulu Internet Marketing, Business Management dan subjek-subjek berkaitan perniagaan, kewangan dan pemasaran. Amat rugi sekiranya jika ilmu yang dipelajari kita tak praktikkan. Semasa di universiti juga saya pernah menyimpan impian untuk membuka sebuah perniagaan kelak. Cuma hasrat tersebut terbantut bila saya sudah seronok dengan dunia kerjaya. Sehinggalah apabila saya berkeluarga dan kini telah bergelar status WAHM dan sudah pasti keluarga adalah menjadi keutamaan.

Bagaimana saya mula menyertai kelas online ini?

Alhamdulillah, hasrat untuk membuka perniagaan saya simpul rapi-rapi dan dalam hati saya tekad akan laksanakan suatu hari nanti. Walaupun sudah bergelar status surirumah sepenuh masa sejak tahun 2013, ia bukan penghalang untuk saya meneruskan hasrat ini. Masa yang terluang sebagai surirumah saya isikan dengan membaca dari blog ke blog. Saya suka mengikuti perkembangan semasa di internet. Klik sahaja carian di Carian Google. Malah kalau nak bershopping pun saya juga suka shopping secara online. Sangat mudah sebenarnya berurusan melalui online. Bukan sahaja jimat masa, malah saya tidak perlu nak lalui kesesakan orang ramai apabila membeli belah di pusat membeli-belah.

Pertemuan saya dengan blog Pn Nisa Nua iaitu blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di alam maya bermula ketika saya sedang mencari maklumat tentang dekorasi kediaman. Ketika itu saya baca sekali sahaja, terus saya berminat untuk mengikuti entri beliau yang seterusnya. Dalam masa satu hari saya teroka seluruh laman blog Pn Nisa, sehinggalah saya membaca pengalaman beliau tentang WAHM dan Akademi Bekerja Di Rumah. Secara jujurnya, saya bagaikan telah jatuh cinta pandang pertama dengan penulisan beliau. Semua penulisan beliau sangat jujur, selalu positif dan bersahaja.  

Bermula daripada hari itu, saya usulkan kepada En suami tentang hasrat saya untuk mengikuti kelas online. Alhamdulillah suami memberi sokongan 100%. Bermula fasa saya sebagai pelajar kelas online di bawah guru online Cikgu Nisa Nua pada awal Februari yang lalu. Saya ambil kelas serentak sekali iaitu 1) Kelas Online Asas Blog dan Penulisan; dan 2) Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Niaga. 

Kenapa saya sertai kelas online serentak?

Daripada maklumat yang saya baca tentang kelas online ini, saya amat tertarik sekali dengan tawaran yang diberikan sekiranya menyertai kelas ini. Matlamat ABDR juga selari dengan apa yang saya impikan. 15 sebab utama saya menyertai kelas online ini secara serentak kerana:-
  1. Saya ingin belajar langkah demi langkah membina blog dan teknik penulisan yang betul.
  2. Walaupun saya pemegang ijazah pentadbiran perniagaan, secara praktikalnya saya seorang yang zero tentang selok-belok perniagaan secara online.
  3. Saya ingin mula perniagaan secara online, tapi saya tidak tahu caranya. Sebab itu saya perlukan ilmu dan mentor. Ilmu dan mentor tersebut saya perolehi daripada kedua-dua kelas ini.
  4. Saya ingin mula perniagaan secara online, tapi saya tidak ada produk lagi. Ya, realitinya saya tidak pernah berniaga. Semasa saya mendaftar kelas ini, saya memang tidak ada lagi produk. Akan tetapi, saya mulakan dengan apa yang ada. Iaitu saya jual apa yang saya gunakan selama ini yang saya yakin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Selain itu, kelas online ini juga menawarkan pilihan produk ABDR yang boleh kita jual. Saya memilih produk digital iaitu pelbagai ebook di bawah ABDR.
  5. Saya juga ingin mempelajari teknik-teknik pemasaran yang betul daripada otai-otai yang berpengalaman dalam pemasaran. 
  6. Apabila menyertai kelas online ini, secara automatik saya akan menjadi ahli ABDR di mana saya akan bergabung dengan peserta lain. Sehingga kini ABDR adalah gabungan 400 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Melalui gabungan ini, ianya dapat membantu aliran traffik ke blog saya. 
  7. Kelas online ini sangat fleksibel kerana ianya dijalankan 100% secara online (atas talian). Masa belajar adalah mengikut saya yang tentukan.
  8. Guru online yang berdedikasi dan telah berjaya melakukannya. Untuk berjaya, saya perlu berguru dan bergabung dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama dengan saya. 
  9. Saya perlukan sokongan dan motivasi untuk meneruskan cabaran dalam perniagaan maya ini. Apabila menyertai kelas ini, saya ada kumpulan sokongan iaitu ABDR.
  10. Saya ingin menambah kenalan. Melalui kelas online ini saya dapat menambah kenalan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Walaupun hanya berkomunikasi secara maya, hubungan kami seperti sebuah keluarga. Kami saling bertukar pendapat, bertukar cerita dan pengalaman.
  11. Saya perlukan jaringan networking untuk perniagaan maya saya. Kebanyakan peserta kelas mempunyai matlamat yang sama iaitu menjana pendapatan dari rumah. Jadi, antara kami saling membantu untuk membina networking dalam perniagaan maya.
  12. Dengan menyertai pakej kelas asas blog ini, saya juga menerima bonus 4 buah ebook sebagai rujukan asas bekerja dari rumah. Ebook tersebut adalah: 1) Ebook Belajar Asas Blog; 2) Ebook Super WAHM, Super Mom; 3) Ebook 101 Idea Home Based Bisnes; dan 4) Ebook Mula Bisnes Butik. 
  13. Saya ingin memiliki duit poket sendiri dengan hanya menjalankan perniagaan di rumah secara online.
  14. Saya ingin menjadi WAHM yang berjaya seperti sifu-sifu saya yang telah berjaya melakukannya.
  15. Saya ingin melabur untuk saham akhirat, iaitu ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Melalui penulisan blog, ianya bukan sahaja bertujuan untuk mempromosi produk, tetapi fokus utama adalah memberi ilmu dalam bentuk informasi berguna kepada para pembaca blog. 
Apa yang saya perolehi setelah 41 hari menyertai kelas online ini?
  • Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, saya telah berjaya bina blog dan fanpage sendiri.
  • Saya mampu menulis dengan baik hasil tunjuk ajar langkah demi langkah oleh Pn Nisa Nua.
  • Saya sudah tahu kepentingan blog dan fanpage. Blog dan Fanpage ini hubungannya sentiasa saling berkait. Kita menulis dahulu di blog, publish dan kemudian terus share di wall fanpage. Di fanpage pula, kita akan kongsikan secara bergilir dengan produk, status terkini dan perkongsian info. Sekiranya dilakukan secara berterusan, ianya akan membantu kita mendapat pembaca iaitu mungkin juga bakal pelanggan kita. Selain itu, kuasa blog ini lagi hebat kerana serata dunia boleh tengok dan boleh masuk ke laman blog kita. Laman blog tidak memerlukan pembaca untuk log in dan blog juga adalah adik-beradik kepada Google. Secara teknikalnya, Google juga akan timbulkan blogspot dahulu sebelum artikel dari tempat lain dalam pencarian pengguna internet google.
  • Saya juga sudah semakin mahir untuk mempromosikan produk di dalam fanpage niaga saya sendiri.
  • Setakat ini saya perolehi sokongan dan motivasi 100% daripada guru online saya, Pn Nisa Nua, pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan juga rakan-rakan ABDR. 
Alhamdulillah, dengan hanya berbekalkan sebuah laptop, talian internet dan semangat, saya mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan. Jutaan terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan perjalanan saya menuntut ilmu. Begitu juga kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad, guru online saya, Pn Nisa Nua, guru-guru online yang lain dan rakan-rakan di ABDR. Tanpa sokongan dan tunjuk ajar kalian, sudah tentu saya tidak akan berjaya menempuh cabaran dalam dunia WAHM ini. Semoga saya istiqamah untuk meneruskan langkah sehingga berjaya menjadi WAHM yang berjaya suatu hari nanti. Amin.

Saya amat mengesyorkan kepada sahabat semua yang masih tercari-cari apa yang anda inginkan supaya terus menyokong dan terus menjadi sebahagian daripada kami di ABDR. Saya suka tagline guru online saya: 'Melangkah Keluar Dari Kotak Pintu Biasa Anda'. Lakukan apa yang anda minat (passion). Berani bertindak dan realisasikan matlamat anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelas online ini, anda boleh melayari link di sini: http://haryatidulbahri.blogspot.com/p/kelas.html

Salam kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG