Nuffnang

Wednesday, 30 April 2014

Wordless Wednesday ~ 15 Ciri-Ciri Usahawan (Muslim) Yang Berjaya @ Berpotensi Untuk Berjaya

Assalamualaikum w.b.t

Sumber: carian google


Jom kita muhasabah dan amalkan.


Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR


Tuesday, 29 April 2014

Cara Kenalpasti Minat, Kemahiran Dan Kepakaran Kita

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Buku Panduan Pejabat @ Rumah-kpwkm

Assalamualaikum w.b.t


Perkara pertama sekali setelah saya mendaftar kelas online asas blog adalah untuk menjawab beberapa soalan analisa. Antara soalan analisa yang perlu dijawab adalah berkenaan minat, kemahiran dan kepakaran kita. Saya percaya setiap individu mempunyai bakat atau kemahiran yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. 

Baik, entri pada hari ini saya cuba untuk bincangkan apakah kaitannya minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada dengan bisnes yang akan dijalankan. Perasan tak sejak awal penulisan saya di WAHM Corner dan seperti yang dicadangkan juga di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) , kami sering mengutarakan konsep ini: "mula dengan apa yang ada dahulu". Ya, setelah kita mengenalpasti matlamat perniagaan, langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Jadi, saya cadangkan bagi kalian yang merancang untuk berniaga atau bekerja dari rumah, kita mula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Kita cuba kenalpasti apa yang kita minat, apa kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Tahukah kita daripada minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada ini sebenarnya ianya boleh dikembangkan lagi dalam idea perniagaan yang kita mahu jalankan. Secara tidak langsung ini juga merupakan sebahagian daripada modal perniagaan kita nanti.


Monday, 28 April 2014

Cerita Dua Hari Tidak Kemaskini Blog

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Saya kembali bersiaran di WAHM Corner. Salam ceria untuk kalian semua. Dua hari saya tidak bersiaran kerana saya pulang ke kampung halaman suami di Pekan Bandar Diraja, Pahang Darul Makmur. Baru dua hari tidak kemaskini blog tapi saya rasakan seperti berbulan-bulan tidak kemaskini blog. Sebenarnya saya sengaja tidak kemaskini blog ini dengan bersyarat. Kenapa saya kata sengaja dan bersyarat. Ya, saya sengaja tidak kemaskini kerana saya mahu lihat apakah kesannya kepada diri saya dan juga prestasi traffik blog ini. Bersyarat pula kerana saya tidak kemaskini blog bukan kerana saya terus tinggalkan begitu sahaja. Walau bagaimanapun saya tetap mencatat apa-apa perkara yang terlintas untuk ditulis dalam buku catatan atau nota. Ini bertujuan untuk mengekalkan memontum menulis di blog ini. Itulah syarat yang saya tetapkan pada diri sendiri. Walaupun tidak dapat mengemaskini terus di blog, saya tetap akan kemaskini catatan harian di buku catatan yang telah saya sediakan sejak menyertai kelas online asas blog ini. Dipendekkan cerita saya tertinggal laptop usang ini semasa pulang ke Pekan. Jadi, saya hanya sempat catatkan isi-isi penting dalam buku nota tersebut. 

Alhamdulillah, hasil daripada dua hari tidak kemaskini blog ini, saya sedikit terasa kesannya di mana diri saya sendiri sering terfikir-fikir di dalam hati, saya belum kemaskini blog dan saya rasa kehilangan sesuatu kerana sudah dua hari saya tidak kongsi ilmu dengan pembaca. Terasa sangat kekurangan pula tanggungjawab saya kepada pembaca dalam dua hari ini. Kemudian, saya lihat pula jumlah pengunjung yang datang ke blog saya. Kesannya agak berkurangan berbanding jika saya kemaskini seperti biasa iaitu sekurang-kurangnya satu hari satu entri. 

Nampak tak kesimpulan daripada cerita saya ini? Ya, saya suka sangat hendak beritahu kalian semua tentang momentum menulis ini sebenarnya ada kaitannya dengan semangat dan rutin jadual harian kita. Sebelum mula masuk kelas online asas blog dahulu, saya terasa agak susah hendak menulis. Tapi alhamdulillah, selepas selesai latihan 44 entri menulis di blog, saya sudah dapat memontum menulis tersebut. Saya cuba untuk menulis dan menulis. Dan akhirnya saya berjaya dan alhamdulillah sekarang cuba untuk istiqamah untuk terus menulis sekurang-kurangnya 1 hari 1 entri. Sekiranya dapat tulis lebih daripada 1 entri itu adalah bonus kepada pembaca dan diri saya juga. Jadi, bila saya tidak menulis walaupun satu hari, secara tidak langsung saya akan rasa serba tidak kena. Mungkin kerana momentum menulis tersebut saya sudah dapat. Apabila saya tinggalkan dengan sendirinya hati saya akan tergerak untuk bertanya: "Saya belum menulis hari ini, saya mesti menulis". Dan lebih daripada itu, kalau dahulunya saya tidak pernah terfikir untuk menulis di blog, kini saya telah mula jatuh cinta untuk menulis. (Dalam hati, tersenyum sorang-sorang). Ini semua saya pelajari di kelas asas online blog yang saya sertai di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ya, semangat untuk menulis sangat penting untuk mengekalkan momentum kita dalam penulisan blog. Bila menulis, kita perlu cas aura positif dalam diri kita. Tidak dinafikan saya juga kadang-kadang rasa tidak ada idea untuk menulis. Walau apapun yang terjadi, mudah sahaja. Saya akan praktikkan tips penulisan blog yang telah diajar dalam kelas online asas blog dan baca lagi ebook belajar asas blog.

Jadi, secara keseluruhannya salah satu tips untuk menjadikan blog kita blog yang berpengaruh adalah dengan mengemaskini seberapa kerap yang mungkin. Ini perkara penting yang mesti dilakukan dalam penulisan blog. Sebab itu kami diajar untuk menyiapkan latihan 44 entri di blog yang dibina. Daripada entri yang dikemaskini, pembaca akan lihat trend kita dalam menulis. Pembaca akan suka untuk singgah lagi di blog kita kerana banyak info atau ilmu yang kita kongsikan selalu di blog. Jadi, apabila pembaca sudah singgah di blog kita selalu, secara tidak langsung mereka akan jadi pembaca setia blog kita. Kemungkinan untuk mereka ceritakan tentang blog kita kepada orang lain juga adalah tinggi. Ini memberi satu promosi percuma untuk blog kita iaitu promosi dari mulut ke mulut. Jadi, ini juga boleh membantu aliran traffik masuk ke blog kita.

Sebagai peringatan untuk diri saya dan kalian semua, apabila kita telah melangkah ke hadapan, jangan sesekali kita menoleh ke belakang. Apabila kita tiba-tiba terjatuh, gunakan kekuatan yang kita ada untuk terus bangun dan terus melangkah hingga berjaya. Dalam penulisan blog pula, jangan sesekali kita berhenti menulis kerana apabila sudah berhenti susah rasanya untuk kita mula semula. Teruskan usaha, fokus dan istiqamah dengan matlamat kita. InsyaAllah, apa yang kita rasa susah sangat itu nanti akan dipermudahkan. Yang penting nawaitu yang betul dan matlamat kita jelas. Jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Moga kita semua sama-sama meraih kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR




Friday, 25 April 2014

Ke Arah Bahagia Membahagiakan

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Jurnal Mudahnya Bahagia oleh Prof. Dr. Muhaya

Assalamualaikum w.b.t



Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, moga hari ini lebih baik daripada semalam dan dipermudahkan segala urusan hari ini.

Hari ini saya tertarik untuk mengulas sebuah jurnal yang saya baca malam tadi. Jurnal Mudahnya Bahagia ini adalah hasil penulisan Prof Dr Muhaya Hj Mohamad khusus untuk kita yang masih tercari-cari definisi dan cara untuk mendapat kebahagiaan. Konsep bahagia bagi saya ia sesuatu yang subjektif. Setiap daripada kita mahukan kebahagiaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Jadi, pilihan untuk bahagia itu adalah terletak di tangan kita sendiri. Dengan memilih untuk bahagia, kita akan lebih menghargai apa jua yang kita miliki dan kita akan lebih tenang dalam menjalani rutin seharian kita.

Melalui jurnal Mudahnya Bahagia, kita dapat mendifinisikan kebahagiaan dan dalam masa yang sama membantu kita bertanggungjawab dan bertindak ke atas kebahagiaan yang kita inginkan. Jurnal ini merupakan catatan harian yang menggunakan konsep 'Ada, Beri, Dapat' di mana kita dapat membantu diri kita untuk memberi dan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan jurnal Mudahnya Bahagia ini, saya catatkan pengalaman bahagia saya hari ini seperti berikut:

Dalam kehidupan saya sebagai WAHM, matlamat utama yang saya ingin capai adalah:

"Untuk memberi nilai kehidupan yang penuh makna kepada suami, anak-anak dan keluarga. Juga dalam masa yang sama dapat menjadi seorang WAHM yang berjaya dan memberi sesuatu yang bernilai atau bermanfaat kepada orang lain".

Saya bahagia dengan ... APA YANG SAYA ADA

Saya bersyukur dan bahagia,
saya merupakan 
seorang isteri, ummi dan WAHM

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
 ~ diberi peluang untuk hidup
~ dapat bernafas dengan baik
~ dapat tidur dengan lena
~ dapat membuat persediaan untuk kehidupan hari ini

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
~ diberikan wajah dan anggota tubuh yang sihat
~ diberi peluang menguruskan diri sendiri
~ setiap anggota tubuh dalam keadaan yang sihat
~ dengan penampilan saya yang kemas

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
~ diberi peluang ibadah tanpa batasan
~ dapat memprakrikkan agama saya tanpa batasan
~ dapat meningkatkan kualiti bacaan saya dalam solat
~ dapat menunaikan solat pada awal waktu

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
~ diberi peluang untuk menikmati sarapan yang baik dan sihat
~ diberi peluang bersarapan dengan keluarga
~ dapat berkongsi sarapan dengan orang lain

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
~ dapat melalui hari ini dengan baik dan selamat
~ dapat melihat keluarga/anak-anak saya sihat dan selamat
~ dapat mengukir senyuman kepada semua orang yang saya jumpa
~dapat menyapa/memberi salam kepada orang yang saya jumpa

Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia ...
~ dapat menunaikan ibadah bersama-sama keluarga
~ dapat makan malam bersama keluarga
~ dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga
~ dapat berkongsi apa yang berlaku hari ini dengan suami dan anak-anak tercinta

Saya bahagia dengan APA YANG SAYA BERI

Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur dan bahagia dapat memberi ...
~ berkongsi ilmu melalui penulisan saya di blog ini 'WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah'
~ masa yang berkualiti bersama anak-anak 
~ hidangan pagi, tengahari dan malam untuk keluarga
~ perkhidmatan yang baik dalam bisnes saya

Saya bahagia dengan APA YANG SAYA DAPAT

Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur dan bahagia kerana saya mendapat ...
~ ciuman kasih sayang daripada suami dan anak sebelum mereka pergi ke pejabat dan sekolah
~ ucapan terima kasih daripada anak-anak setiap kali saya memberi mereka sesuatu (makanan, minuman, mainan dll)
~ ucapan 'Happy Morning' daripada bekas majikan saya dahulu merangkap 'kakak' dan sahabat baik saya
~ pengetahuan baru semasa saya membaca buku

Hari ini saya telah memilih untuk bahagia dan membahagiakan orang lain. Alhamdulillah.

Semoga kalian juga memilih untuk bahagia dan membahagiakan orang lain. Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Thursday, 24 April 2014

Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini dari awal pagi lagi hujan lebat turun membasahi bumi Putrajaya. Alhamdulillah, rahmat daripada Allah s.w.t dan hari ini saya rasa sangat tenang sekali. Rasa tenang kerana cuaca hujan tadi membuatkan keadaan sekeliling berasa sejuk dan nyaman. Terus saya capai laptop usang ini dan terus menulis. 

Menulis tentang apa ya? Ya, ulasan ebook yang masih tertangguh daripada minggu lepas. Kali ini saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman saya membaca Ebook Super WAHM Super Mom. Daripada tajuk ebook ini sahaja saya sudah rasa teruja untuk membaca selanjutnya. Ebook ini mengandungi 119 muka surat dan merupakan sebuah lagi naskhah hasil penulisan pengasas kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Sekali lagi saya berasa sangat kagum dengan hasil penulisan beliau. Saya kagum kerana inisiatif beliau untuk berkongsi pengalamannya dan wanita hebat lain yang saya kira sudah cukup punya pengalaman dan pengetahuan dalam bekerja di rumah. Bagi saya agak sukar sebenarnya untuk mencari bahan bacaan berkaitan WAHM, SAHM dan SOHO. Jadi, saya rasa amat bertuah kerana tergolong dalam salah seorang yang berpeluang membaca Ebook Super WAHM Super Mom ini. 

Saya mula baca bahagian Tinta Pengarang di muka surat 3, saya amat tertarik dengan kata-kata Puan Masayu ini:

Catatan ibu, isteri dan wanita,

Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita
kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan
fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan
sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan
anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang
berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan
dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan
mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan
akhirat

Masayu Ahmad 24.2.2013

Alhamdulillah, kata-kata Puan Masayu ini menjadi pencetus semangat untuk saya terus berjuang meneruskan langkah dalam menjadi WAHM yang berjaya kelak. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim kerana saya mempunyai suami yang cukup memahami. Keputusan dan pilihan beliau amat tepat pada ketika anak-anak memerlukan keberadaan saya untuk terus bersama mereka di rumah. Bermulalah cabaran saya untuk terus meraih kejayaan antara menjadi suri, isteri dan ummi yang bekerja di rumah. Saya ingat lagi masa saya mula-mula menjadi surirumah sepenuh masa, bermacam-macam perasaan dan emosi saya pada ketika itu. Adakalanya kita berasa senang hati, amat senang hati kerana dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Adakalanya saya akan berasa sunyi, sunyi kerana tiada teman-teman seperti di pejabat dahulu. Dan adakalanya kadang-kadang saya berasa bosan. Rasa bosan kerana saya sudah biasa bekerja dahulu dan berasa agak kekok apabila sudah tidak bekerja. Tapi apa-apapun, saya berasa amat berpuas hati kerana dapat membesarkan anak-anak hasil dari tangan kita sendiri. 

Saya lalui hari yang mendatang dengan tenang dan baik. Kata suami, berehatlah dahulu, buatlah apa-apa yang difikirkan seronok bersama anak-anak di rumah. Setahun sudah berlalu, setahun jugalah saya bergelar SAHM. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya diberi pula jalan ini. Ya, peluang untuk mula bekerja dari rumah pula. Dalam masa setahun itu juga saya membuat research tentang ilmu bekerja di rumah. Sudah merancang untuk mula berbisnes dari rumah. Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai ABDR dan lebih daripada itu saya dapat juga membaca ebook hebat ini. Ketika membaca ebook ini, saya rasa sangat terharu dan kagum kerana ramai sebenarnya wanita hebat diluar sana yang sudah berjaya melakukannya. Bukan mudah sebenarnya untuk meraih kejayaan tersebut. Ebook ini sangat sesuai untuk kita para suri yang sedang merancang untuk menjadi WAHM. Dengan membaca ebook ini, saya dapat merasai pengalaman wanita hebat di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman suka-duka dalam mengharungi cabaran sebagai WAHM. Pengalaman mereka sangat berharga untuk pemula WAHM seperti saya sebagai panduan untuk menuju kejayaan sebagai WAHM.

Bukan sahaja perkongsian hebat pengalaman wanita lain sebagai WAHM, ebook Super WAHM Super Mom ini juga turut mendedahkan tips bagaimana menghadapi tekanan stress bergelar WAHM, SAHM, SOHO. Tidak dinafikan pada awal pembabitan saya menjadi WAHM, saya berasa agak kelam kabut kerana masih tidak dapat menyeimbangkan antara urusan rumahtangga dan bisnes. Lebih mencabar lagi kerana saya masih mempunyai anak-anak yang kecil. Tetapi kini tidak lagi, alhamdulillah setelah saya merancang semula sedikit demi sedikit saya mula serasi dengan rutin harian saya sebagai WAHM. Sebagai WAHM, kita mesti bijak mengurus masa. Apa yang didedahkan dalam ebook ini tentang tips sukses urus masa, ianya amat membantu saya untuk lebih teratur dan terancang. Segala urusan dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala urusan dapat diselesaikan pada hari tersebut dan dalam masa yang sama seimbang antara rumahtangga, anak-anak dan bekerja di rumah.

Setuju dengan tajuk ebook ini Super WAHM Super Mom, pengisian yang diberikan dalam ebook ini amat bermakna kepada saya untuk terus istiqamah menuju kejayaan sebagai WAHM. Di akhir bab ebook ini juga turut mendedahkan tentang tips motivasi bekerja di rumah. Adakalanya saya akan berasa sedikit down. Maklumlah, cara bekerja WAHM amat berbeza sekali berbanding ketika kita bekerja di pejabat. Cara saya untuk memotivasikan diri sendiri, saya akan baca dan baca lagi tips motivasi ini berulang kali sebagai peringatan untuk diri saya. Alhamdulillah, saya rasa bahagia dan seronok sekali dengan ketentuan yang berlaku. 

Akhir kata, saya tertarik untuk kongsikan kata-kata Puan Masayu Ahmad dalam bab akhir dalam ebook ini:

Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang status surirumah.
Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah.
Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita terokai tambah rezeki.
Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan
peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga.

Bersyukur pada-Mu Ya Allah Ya Rahim kerana kita bergelar surirumah dan dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan dari rumah dan mengurus keluarga. Kerjaya inilah yang saya cari selama ini. Terima kasih Ya Allah.

Kepada kalian yang masih tercari-cari panduan untuk bekerja di rumah, saya amat mengesyorkan untuk kalian semua baca dahulu Ebook Super WAHM, Super Mom ini. Terima kasih Puan Masayu Ahmad atas penulisan beliau yang cukup memberi makna buat saya dan para suri yang lain.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Wednesday, 23 April 2014

'JANGAN MENUNGGU' Yang Perlu Dihindari

Teks: Haryati Dulbahri 

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi rabu. Moga hari ini kita diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Amin.

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi mesej yang diterima daripada sahabat baik saya semasa di universiti dahulu. Mesej ini saya terima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit saya. Ayuh kita baca dan sama-sama renungkan sebagai peringatan bersama. Semoga kita semua tersedar dan beroleh kejayaan.

13 Kata "JANGAN MENUNGGU" yang perlu dihindari

1. Jangan menunggu BAHAGIA baru tersenyum, tapi TERSENYUMLAH, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menungu KAYA baru bersedekah, tapi BERSEDEKAHLAH, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu TERMOTIVASI baru bergerak, tapi BERGERAKLAH, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu peduli, tapi PEDULILAH dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan.

5. Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu. Baru kamu MEMAHAMI dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu TERINSPIRASI baru menulis, tapi MENULISLAH, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru BEKERJA, tapi BEKERJALAH, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu DICINTAI baru mencintai, tapi belajarlah MENCINTAI, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru HIDUP TENANG, tapi HIDUPLAH DENGAN TENANG. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru BERGERAK mengikuti, tapi BERGERAKLAH ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru BERSYUKUR, tapi BERSYUKURLAH, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru MELAKUKANNYA, tapi LAKUKANLAH! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu LUANG untuk tuhan, tapi LUANGKANLAH waktu untuk tuhan.

Terima kasih sahabatku Puan Norhasbi binti Abdul Samad atas perkongsian ini. Moga menjadi peringatan untuk diri saya dan kalian semua.

Wallahua'lam.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Tuesday, 22 April 2014

Moga Terus Istiqamah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Sedar tak sedar kita sudah menghampiri hujung bulan April. Bila tengok kalendar, sudah lebih dua bulan setengah saya melibatkan diri dalam penulisan blog ini dan secara tidak langsung mula berniaga dari rumah. Alhamdulillah, hari yang mendatang bagi saya semakin mencabar. Lebih mencabar rasanya daripada masa saya bekerjaya dahulu. Tapi kali ini cabaran yang datang saya rasa lebih kepada kekuatan jiwa dan emosi. Kenapa saya berkata demikian. Ya, memilih untuk menjadi WAHM bagi saya memerlukan sesuatu kuasa luar biasa dalam diri kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai anak-anak yang masih kecil. Ini cabaran yang paling utama. Cabaran menghadapi karenah anak-anak yang sentiasa memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita dalam masa yang sama kita juga perlu fokus bekerja di rumah.

Kalau dahulu ketika bekerjaya, anak-anak tiada di depan mata. Adakalanya ketika menjalankan tugas di pejabat, kadang-kadang saya akan terfikir sudah makan ke anakku, tengah buat apa agaknya anakku, sudah tidur ke belum anakku dan pelbagai lagi bayangan tentang anak dek kerana saya tidak nampak mereka di depan mata. Saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah swt moga anak-anak selamat di bawah pusat jagaan harian. Situasinya amat berbeza sekali apabila saya bekerja di rumah, perasaan lega dan selamat itu yang saya rasa kini. Kini saya tidak perlu risau lagi tentang anak. Malah saya dapat merasai sendiri ketika mereka minta makanan kerana lapar, saya dapat melihat sendiri mereka bermain di depan mata, saya dapat memeluk mereka ketika menangis, saya boleh peluk cium mereka bila-bila masa saya hendak, bila mereka sakit pula saya boleh menjaga mereka dan banyak lagi saat-saat berharga saya bersama anak-anak. Saat-saat inilah yang sepatutnya mereka perolehi sejak mereka dilahirkan. Inilah hak mereka yang sepatutnya saya tunaikan sebagai seorang Ummi.

Itulah antara hikmah yang saya mula rasai dan fahami. Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada suami saya yang memberi peluang ini dan dengan izin-Nya saya terus bangkit. Bangkit untuk terus melangkah ke hadapan. Kini saya tahu apakah halatuju saya. Mungkin sebelum ini saya tidak nampak. Tidak nampak bagaimana hendak melakukannya. Saya sedar untuk mengharungi cabaran ini saya perlukan senjata. Senjata yang mampu melawan segala cabaran yang mendatang. Ya, bagi saya senjata yang saya cari tersebut adalah ilmu dan mentor. Saya akan cari ilmu itu seluas-luasnya selagi upaya. Begitu juga dengan mentor. Saya perlukan mentor untuk bimbing saya ke jalan kejayaan.

Syukur sekali lagi kepada-Nya kerana diberi jalan ke arah ini. Benarlah Dia adalah sebaik-baik perancang. Kini jalan dan peluang telah diberi, sudah cantik sangat perancanganMu Ya Allah Ya Rahim. Sebagai hamba-Nya saya ambil peluang ini untuk kembali kepada-Nya. Alhamdulillah, kalau dahulu secara jujurnya saya memang tidak pernah menunaikan solat sunat dhuha, tapi kini saya sudah mula untuk tidak tinggalkan walau sekali untuk solat sunat ini. Insyaallah saya akan istiqamah untuk tujuan ini.

Ayuh wahai diriku teruskan usahamu, teruskan fokus dan selebihnyaku berserah kepada-Mu Ya Allah. Semoga diri ini terus istiqamah untuk terus menuju kejayaan sebagai isteri, Ummi dan WAHM yang berjaya. InsyaAllah. Amin.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM 1 Bisnes Dari Rumah

***
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR




Monday, 21 April 2014

4 Langkah Asas Membina Jenama Perniagaan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Salam hari Isnin. Moga hari ini memberi seribu kebahagiaan dan keceriaan untuk kita semua. Ayuh, kita teruskan melangkah. Melangkah menuju matlamat yang kita tetapkan. Jangan dibiarkan hanya menunggu.

Baik, teringat saya event yang akan berlaku hujung minggu ini. Bengkel terakhir di Kelantan iaitu Bengkel Branding Yourself & Strategies oleh guru online dan mentor saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara @ Nisa Nua. Memandangkan saya tidak dapat hadir ke bengkel ini, saya tertarik untuk kongsikan sedikit panduan berkenaan jenama perniagaan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya. Bagaimana kita membina jenama perniagaan. Seperti yang telah saya bincangkan pada entri yang lalu (klik di sini), jenama perniagaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenalkan perniagaan dengan bakal pelangan supaya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dipercayai, dicari dan diperlukan oleh bakal pelanggan. Membina jenama perniagaan juga adalah konsep atau strategi penting untuk kita berjaya dalam sesuatu perniagaan, tidak kira untuk perniagaan kecil-kecilan ataupun perniagaan berskala besar.

1) Membina Nama Perniagaan
Langkah pertama dalam membina jenama perniagaan adalah dengan mempunyai nama jenama perniagaan. Nama ini mestilah nama yang mudah diingati pelanggan. Pastikan nama tersebut mudah disebut, mempunyai ejaan yang betul dan makna yang dekat di hati pelangan atau prospek. Ibarat dari mata turun ke hati, bila sudah kenal jatuh cinta pula. Begitu juga dengan nama jenama kita, daripada nama, pelanggan ingin tahu mengenai perniagaan kita dan seterusnya daripada nama jugalah antara pelanggan kita akan bercakap dari mulut ke mulut. Akhirnya dengan hanya menggunakan nama jenama yang mudah diingati tadi akan menjadikan perniagaan kita dicari pula oleh prospek pelanggan yang lain. Jadi, dalam membina jenama, menjaga nama baik kita juga adalah penting sebagai langkah untuk kita mengekalkan reputasi dan berjaya dalam perniagaan.

2) Mempunyai Warna Perniagaan
Selain mempunyai nama, warna perniagaan juga adalah salah satu langkah membina jenama perniagaan. Kita lihat sahaja contoh perniagaan besar yang berjaya sekarang. Sudah tentu mereka mempunyai jenama yang hebat dan pastinya mempunyai warna perniagaan sendiri. Kenapa warna perniagaan penting dalam membina jenama? Baik, jawapannya mudah sahaja. Dengan mempunyai warna perniagaan, ia melambangkan sesuatu yang professional di mata pelanggan. Warna juga memberi impak positif kepada perniagaan kita kerana ia melambangkan imej  dan keseluruhan reputasi perniagaan. Jadi, gunakan warna perniagaan ini sebaiknya sebagai warna tema dalam keseluruhan perniagaan samada untuk tujuan pemasaran perniagaan seperti bahan promosi, kempen pemasaran dan warna tema di premis perniagaan kita. Apabila pelanggan lihat warna perniagaan kita diselaraskan untuk seluruh operasi perniagaan, persepsi yang baik daripada pelanggan tadi secara tidak langsung membina jenama perniagaan kita  secara perlahan-lahan.

3) Membina Slogan Perniagaan
Langkah seterusnya untuk membina jenama perniagaan adalah dengan mempunyai slogan perniagaan. Tips slogan yang baik adalah mudah diingati, jelas dan punya maksud yang tepat dan hanya perlu beberapa patah perkataan yang dapat menjelaskan misi, harapan atau mesej sesuatu perniagaan kepada bakal pelanggan. Selain itu, slogan yang baik adalah slogan yang dapat membezakan perniagaan kita dengan pesaing perniagaan kita. Antara contoh slogan yang kita selalu dengar di sekeliling kita seperti The Power of Dreams, Everybody Can Fly, I'm Loving It!, Moving Forward dan banyak lagi. Apabila kita baca slogan ini sudah tentu kita akan ingat dan tahu ia dimiliki oleh perniagaan tertentu. Seperti nama dan warna, slogan juga digunakan dalam keseluruhan operasi pemasaran perniagaan. 

4) Membina Logo Perniagaan
Nama, warna dan slogan perniagaan sudah pun ada. Seterusnya untuk memantapkan lagi jenama perniagaan, kita gabungkan 3 elemen penjenamaan ini ke dalam langkah seterusnya iaitu membina logo perniagaan. Logo perniagaan yang baik adalah gabungan  antara nama perniagaan, warna perniagaan dan slogan perniagaan. Logo perniagaan kita ini ibarat lambang atau imej sesuatu perniagaan. Gunakan logo ini juga pada setiap kali kita melakukan promosi perniagaan sama ada melalui bahan bercetak atau digital. 

Dalam membina jenama perniagaan, tidak dinafikan ianya sesuatu yang mengambil masa dan bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya merupakan satu proses yang perlu dilakukan secara konsisten melalui pemasaran dan pengiklanan yang berterusan. Empat (4) elemen atau langkah yang dibincangkan tadi adalah langkah awal dalam membina jenama perniagaan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya untuk menerangkan maksud 'jenama perniagaan' yang lebih baik adalah bermaksud 'pengalaman keseluruhan pelanggan kita'. Dengan erti kata lain, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan kita akan memberi kesan kepada jenama perniagaan. Ini termasuklah reputasi kita dengan pelanggan, personaliti dan cara penampilan kita, komunikasi antara kita dan pelanggan, perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan jenama perniagaan kita. 

Secara kesimpulannya, dalam membina jenama perniagaan, sebagai usahawan kita mesti peka dalam setiap aspek perniagaan untuk memberi impak, gambaran atau persepsi yang positif dan baik terhadap jenama perniagaan kita. Apabila jenama perniagaan kita sudah diyakini dan dikenali, tidak mustahil nanti bakal pelanggan yang akan mencari produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Semoga panduan ini dapat membantu kita membina jenama perniagaan. Saya juga masih dalam proses untuk membina jenama berdasarkan panduan ini. 

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Belajar menjenamakan perniagaan walau hanya berniaga di rumah dengan menyertai Bengkel Branding Yourself & Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara. Beliau adalah guru online dan mentor saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Ayuh sertai bengkel akhir ini di Kota Bahru, Kelantan.

PM saya di WAHM Corner atau hubungi melalui SMS/WA: 019-6627100 @ email: haryatidulbahri@gmail.com

Atau daftar terus di www.bengkelbranding.com


-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Saturday, 19 April 2014

Nota Terima Kasih

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Salam petang Sabtu. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kekuatan untuk kembali bersiaran di WAHM Corner. Selamat Datang saya ucapkan kepada kalian yang baru pertama kali singgah di WAHM Corner. Kepada yang sudah pernah singgah di WAHM Corner, jutaan terima kasih saya ucapkan. Jemput singgah lagi dan jangan sesekali jemu untuk kembali membaca penulisan saya. InsyaAllah saya akan memberi yang terbaik dalam setiap penulisan dan semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Pagi tadi saya mendapat satu berita gembira daripada guru online merangkap mentor saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)  iaitu Pn Khairunnisana Hamzahara @ Nisa Nua. Sebelum keluar rumah bersama keluarga saya sempat menyemak update terkini di laman muka buku (Facebook) menggunakan telefon bimbit. Saya baca dan baca sekali lagi. [Tajuk: Hari Graduasi Puan Yati Dbahri]. Dalam hati saya berkata: "alamak, tak sangka pula Cikgu Nisa umumkan di Group Belajar Asas Blog". Bukannya apa, saya segan sebenarnya. Saya budak baru belajar dan rasanya masih banyak lagi perlu diperbaiki dan ditambahbaik. Tapi, apa-apapun alhamdulillah, syukur kepada-Nya, secara rasminya saya telah berjaya menyiapkan tugasan demi tugasan yang melayakkan saya untuk lulus kelas online asas blog ini. 

Sudah tentunya semua ini adalah hasil tunjuk ajar dan semangat yang diberikan oleh Cikgu Nisa Nua sendiri selaku guru online dan mentor saya, juga puan pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan semua guru-guru online ABDR yang lain. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan saya fikir saya tidak akan sampai ke tahap ini. Sebelum masuk kelas dahulu saya sendiri tertanya-tanya. Boleh ke saya menulis. Boleh ke saya menulis perkara yang menarik minat pembaca. Mampu ke saya menulis entri setiap hari. Setakat menulis laporan masa zaman kerja dahulu memang sudah menjadi rutin kerja saya. Tapi alasan itu semua saya letak jauh-jauh. 

Pada masa itu saya mula fikir ke hadapan, positifkan minda dan mula mengumpul kekuatan. Kekuatan untuk berani melangkah keluar daripada kehidupan biasa saya. Genap setahun saya menulusuri kehidupan biasa menjadi isteri, ummi dan suri di rumah. Saya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Impian setiap suri untuk melihat anak-anak membesar di depan mata adalah sesuatu yang yang paling bahagia dan bernilai dalam kehidupan berkeluarga. Saya sudah berada di tahap itu (dapat peluang menjadi surirumah sepenuh masa), cuma saya rasakan saya perlu tambahbaik dan lakukan sesuatu yang lebih bernilai. 

Alhamdulillah, sejak saya membaca kisah dan pengalaman Cikgu Nisa di blognya: Panduan Kediaman Idaman, terus kekuatan itu datang dan terus menyerap aura positif beliau untuk saya berani melangkah. Berani melangkah ke hadapan untuk terus mengorak langkah untuk mula bekerja di rumah. Alhamdulillah, dengan semangat yang berkobar-kobar saya bawa gelas yang kosong kemudian saya isi sedikit demi sedikit. Sehinggalah genap 2 bulan lebih berlalu, saya berjaya menyiapkan langkah demi langkah dan tugasan demi tugasan. Perjalanan saya dalam menuju matlamat menjadi WAHM yang berjaya baru sahaja bermula. Ini merupakan asas untuk saya pergi lebih jauh. Semoga saya akan terus fokus dan istiqamah dengan apa yang dirancang. Dalam masa yang sama saya akan terus dan terus menambah ilmu. Ibarat gelas kosong tadi yang sudah penuh, saya akan bawa pula sebuah jug atau bekas kosong yang lebih besar. 

Dengan rasa rendah diri saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Cikgu Nisa yang menjadi inspirasi dan pencetus semangat saya. Begitu juga puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad. Ketabahan, kekuatan dan pengalaman Puan Masayu bekerja di rumah amat saya kagumi dan sentiasa menjadi panduan saya untuk terus berjuang dalam dunia WAHM ini. Tidak lupa juga guru-guru online yang lain dan semua rakan-rakan ABDR yang disayangi. Kerjasama dan sokongan kalian amat saya hargai. Pengalaman dan kejayaan dalam bidang kalian juga menjadi pencetus semangat saya untuk terus menulis dan menulis. Saya rasa amat bertuah sekali dan seronok dapat menjadi sebahagian daripada warga ABDR ini. Tanpa semangat dan sokongan kalian, saya tidak mampu untuk sampai ke tahap ini. Selain team ABDR, ucapan terima kasih juga saya tujukan untuk suami, anak-anak dan keluarga tercinta yang sentiasa menjadi penyokong utama dan inspirasi dalam hidup saya. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim dan terima kasih sekali lagi untuk semua.

Semoga WAHM Corner ini berkembang maju dan menjadi inspirasi pula pada pembaca setia yang mengikuti perkembangan blog ini. Insyaallah saya akan cuba untuk memberi yang terbaik dan kita sama-sama beroleh manfaatnya.

Saya tujukan khas lagu Terima Kasih Cikgu ini untuk Cikgu Nisa Nua, Puan Masayu Ahmad, guru-guru online ABDR yang lain dan semua rakan-rakan di ABDR.



Wallahua'lam

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM 1 Bisnes Dari Rumah

Thursday, 17 April 2014

Jana RM Dengan Menjadi Rakan Niaga ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Perbualan antara saya dan Arissa aka Acha (anak yang sulung) sebentar tadi. (Ketika itu saya sedang menaip dan sedang menulis entri ini) 

Arissa: Ummi, Ummi buat apa tu? Cantik la gambar kartun tu?
Ummi: Ummi tengah menulis. Gambar yang mana Acha? Gambar yang ni ke? (sambil menunjuk gambar yang tertera di bawah)


Ya, entri hari ini adalah tentang Rakan Niaga (Pengurus Online) Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Berita baik untuk semua. Jom angkat ibu jari cepat-cepat bagi yang ingin tahu apakah tawaran menjadi Rakan Niaga ABDR ini.

Sebelum itu, kita tanya diri kita dahulu adakah kita mahu:
  • mahu berniaga dari rumah
  • mahu bekerja dari rumah
  • mahu jana RM dari rumah
  • mahu menjadi WAHM, SAHM, SOHO
Sekiranya ya, saya seru kalian semua untuk berani melakukan perubahan. Bagi yang sedang bekerja dengan majikan dan berkeinginan untuk menjadi WAHM, kita rancang dulu betul-betul, serah proposal kalian kepada-Nya dan apabila sudah bersedia, boleh bertindak untuk melaksanakan rancangan kalian. 

Bagi yang bekerjaya surirumah sepenuh masa pula, saya seru kalian juga untuk berani bertindak. Bertindak melakukan perubahan yang lebih memberi nilai kepada kehidupan kita.

Bagaimana?

Dalam entri sebelum ini, berulang kali saya bincangkan tentang kelebihan ilmu dan mentor. Jadi, carilah ilmu dan mentor. Hendak cari di mana dan macamana caranya? Bagi saya, pelbagai cara dan sumber untuk dapatkan ilmu dan mentor. Pelbagai pilihan yang tersedia ada. Ini semua terpulang kepada kita mahu atau tidak mahu.

Baik. Berbalik kepada soalan tadi sebenarnya saya lebih suka kongsikan tentang pengalaman saya sendiri. Kita cuba buka minda kita untuk belajar sesuatu daripada orang yang telah berjaya melakukannya. Sebab itulah kini saya berada di akademi ini. Akademi yang diberi nama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ilmu dan mentor yang saya cari itu semuanya ada di ABDR. 

Kita nak ilmu, ABDR ada menyediakan peluang belajar secara online. Kalau kita belum bersedia menyertai kelas, kita boleh dapatkan ilmu dengan membaca dahulu. Pelbagai rangkaian ebook panduan yang tersedia di ABDR. Bagi yang sudah rasa ilmu sudah cukup dan ingin mantapkan lagi ilmu dan kemahiran, ABDR juga ada menyediakan bengkel satu hari. Kemudian kita cari mentor pula. Kenapa perlu ada mentor? Mentor adalah guru kita yang akan membimbing dan memberi tunjuk ajar tentang sesuatu yang kita ceburi. Sebagai contoh, kami di ABDR mempunyai 13 orang guru online merangkap mentor setiap kelas yang disertai. Ilmu, kepakaran dan kemahiran mereka tidak perlu dipertikaikan kerana mereka telah berjaya melakukannya. 

Selain ilmu dan mentor, kalau kita sudah ada bisnes dan tidak tahu hendak iklankan di mana, di ABDR juga ada menyediakan ruang pengiklanan di sohodirectory. Senang cerita, ABDR ini bagaikan satu pakej untuk kita yang baru hendak mula menjadi WAHM. Bukan setakat itu sahaja, kini ada berita yang lebih menggembirakan kita semua. 

Kenapa saya kata berita gembira? 

Ya, berita gembira kerana ABDR buka peluang secara besar-besaran kepada kita semua yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan dari rumah dengan menyertai kami di ABDR sebagai Rakan Niaga (Pengurus Online). InsyaAllah, barisan guru-guru online di ABDR akan membimbing dan membantu kita untuk mula membina platform pula.

APAKAH PRODUK DAN PERKHIDMATAN AKADEMI

Di ABDR, kami menyediakan produk digital dan servis digital seperti berikut:

1. EBOOK dan Pakej Ebook
2. TAPAK IKLAN dan pakej pengiklanan
3. KELAS ONLINE dan pakej kelas

Untuk mengetahui produk dan perkhidmatannya dari masa ke semasa, kalian akan di serap masuk ke dalam laman rakan niaga di mana info terkini akan diberikan di sana.

APAKAH TUGAS RAKAN NIAGA

Rakan Niaga bertugas sebagai Pengurus Online dan mempromosikan produk-produk utama Akademi Bekerja Di Rumah. Mudahnya, kerja-kerja pengurusan dan jualan hanya perlu dijalankan di rumah atau di mana sahaja asalkan di hadapan talian internet tanpa perlu keluar rumah dan tanpa perlu pos produk. Apa yang kita perlukan hanyalah komputer/laptop, telefon bimbit atau gadget beserta talian internet. Semuanya hanya di hujung jari kita.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI RAKAN NIAGA

1. Setiap yang berminat menjadi Rakan Niaga perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu.
2. Kemudian perlu menyediakan blog seperti yang telah distandardkan oleh Akademi dengan tambahan pengkhususan blog masing-masing. (ia akan ditunjukkan langkah demi langkah oleh pengurus akademi)
3. Seterusnya blog yang telah mencapai standard akan memasang tabs page utama yang memperkenalkan dan mempromosikan pakej akademi seperti ebook digital, kelas online, dan tapak pengiklanan maya di SOHO Directory.
4. Seterusnya langkah demi langkah akan diberikan apabila mula mendapat pelanggan.

APAKAH KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA

Dapat menambah pendapatan dengan menjual produk dan perkhidmatan digital secara online sahaja. Tidak memenatkan atau memerlukan kos lain seperti masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjalankan promosi atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana dengan menggunakan komputer, internet dan gadget pintar yang lain. 

BERAPAKAH BAYARAN PENDAFTARAN

Nilai pelaburan sebagai bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM300 sahaja.

Pakej Rakan Niaga:
  • Bonus 1: Percuma 4 buah Ebook: 1) Ebook Belajar Asas Blog; 2) EBook Super WAHM Super Mom; 3) Ebook Mula Bisnes Butik Online/Offline; dan 4) Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
  • Bonus 2: Percuma pakej pengiklanan produk dan perkhidmatan masing-masing di SOHO Directory: www.sohodirectory.blogspot.com
  • Diserap masuk dalam laman rakan riaga dan group sokongan rakan niaga

BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA

Isi borang tempahan ini untuk pendaftaran sebagai Rakan Niaga: 

Untuk sebarang pertanyaan selanjutnya, boleh hubungi saya melalui:

SMS/Whatsapp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
FB Official: Yati Dbahri
FB Fanpage: WAHM Corner


Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG