Nuffnang

Thursday, 3 April 2014

Bertindak Menuju Matlamat WAHM

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Cerita kelmarin berkenaan 'Mula Cari Ilmu Dengan Membaca', cerita hari ini tentang 'Bertindak Menuju Matlamat WAHM'. Sebelum itu saya ingin mengajak kita semua untuk menganalisa dahulu, apakah matlamat kita untuk menjadi seorang WAHM. Untuk menjadi seorang WAHM, menjadi satu kemestian untuk kita menetapkan matlamat yang jelas. Apabila kita ada matlamat yang jelas, kita akan tahu apa yang kita mahukan. 

Baik. Cuba kita rangka dan tentukan matlamat dengan konsep penulisan '5 Wives 1 Husband', iaitu 'What, When, Where, Why and How'. Pastikan matlamat yang kita tentukan itu adalah gabungan konsep : 'apa', 'bila', 'di mana' 'mengapa' dan 'bagaimana'. 

Untuk menentukan matlamat, kita mulakan dahulu dengan 'apa'. Apa yang kita mahukan sebenarnya apabila menjadi WAHM. Sudah tentu jawapannya kita mahu kembali berjihad di rumah. Sebaik-baik tempat kita sebagai suri adalah di rumah. Kerana rumah kita adalah syurga kita. Segala tanggujawab kita bermula di rumah. Dengan menjadi WAHM kita berpeluang menunaikan tanggungjawab kita terhadap suami dan anak-anak dan dalam masa yang sama dapat bekerja dari rumah. Dalam islam sendiri kita dituntut untuk bekerja dan bekerja itu dianggap sebagai satu ibadah. Konsep kerja sebagai ibadah ini pula bermaksud tugas atau tanggungjawab yang kita lakukan adalah untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah. Jadi, kita menjadi WAHM bukan sahaja bekerja untuk membantu keperluan diri dan keluarga, malah kita juga bekerja untuk keperluan masyarakat. Maksudnya di sini kita juga bekerja untuk memberi manfaat kepada orang lain seperti berkongsi ilmu yang bermanfaat melalui perkhidmatan kita dan memberi peluang pendapatan melalui perniagaan atau produk kita. Apa yang kita mahukan perlu jelas, realiti dan munasabah. Catatkan apa yang kita mahukan dalam sekeping kertas atau buku sebagai catatan peribadi kita. Matlamat tersebut bukan sahaja dicatat di atas sekeping kertas, kita mesti bertindak dan berusaha mencapai matlamat tersebut.

Mengapa kita mahukan matlamat kita itu? Mengapa kita mahu bekerja di rumah? Ya, kita kembali semula kepada fitrah tuntutan kita sebagai suri kepada keluarga. Sudah tentu suami dan anak-anak menjadi keutamaan. Alhamdulillah, apabila menjadi WAHM, saya berpeluang melihat anak-anak membesar dengan tangan kita sendiri. Saya juga berpeluang untuk menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam untuk keluarga. Berbanding waktu saya bekerja di pejabat dahulu, anak-anak kami akan hantar ke pusat jagaan atau taska. Kadang-kadang apabila anak sakit pun kita rasa serba salah antara kerja dan anak-anak kerana perlu mengambil cuti. Dari segi makan minum pula, sejujurnya jarang bagi saya untuk menyediakan sarapan lengkap untuk keluarga. Saya hanya sempat menyediakan air dan sarapan ringkas sahaja. Begitu juga untuk makan malam, pada kebiasaaanya hanya beli di kedai oleh kerana kekangan masa kerana lewat balik bekerja dan sudah keletihan. Ini semua merupakan sebahagian sebab mengapa saya mahu bekerja di rumah. Jadi, walau apapun sebab matlamat kita mahu menjadi WAHM, sebab itu mestilah sebab yang baik dan berada di jalan Allah. Kita mesti dahului sesuatu itu dengan niat yang betul. Insyaallah matlamat yang kita tetapkan itu nanti akan diredhai Allah s.w.t dan membawa kebaikan.

Bila kita mahukan matlamat itu? Secara ringkasnya, kita perlu tetapkan tempoh atau jangkamasa kita mahu capai matlamat menjadi WAHM. Persediaan dan perancangan yang rapi untuk menjadi WAHM perlu ditetapkan. Sekiranya kita masih bekerja dengan majikan, kita perlu tetapkan tempoh seperti dua tahun daripada sekarang atau lima tahun daripada sekarang. Ini bergantung kepada kesediaan kita dan keluarga. Kita rujuk dulu dengan majikan kita di rumah iaitu suami kita. Kemudian kita mohon juga kepada Allah s.w.t supaya diberi petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran sebagai WAHM. Begitu juga sekiranya kita surirumah sepenuh masa. Kita mesti tetapkan bila kita mahu jadi WAHM. Tanpa membuang masa, mungkin bermula daripada sekarang kita mahu menjadi WAHM. Itu semua bergantung kepada kesediaan kita untuk merubah sesuatu dalam kehidupan kita.

Di mana kita mahukan matlamat itu? Untuk mencapai matlamat mahu menjadi WAHM, kita perlukan tempat di mana kita boleh bekerja di rumah. Kita perlu ada SOHO (Small Office Home Office). SOHO ini adalah pejabat kita di rumah. SOHO pula mestilah lengkap. Lengkap dengan keperluan sebuah laptop, talian internet, alat tulis, meja dan kerusi. Ini semua terpulang kepada kita asalkan keperluannya lengkap. Lebih terperinci lagi apabila sudah ada SOHO, untuk mencapai matlamat menjadi WAHM, kita gunakan teknologi terkini yang mesti ada iaitu internet. Dengan menggunakan internet, kita boleh mula bekerja di rumah dengan semua perkara hanya di hujung jari. Kita boleh menjalankan perniagaan secara online. Sesuai dengan konsep WAHM dan SOHO, menjalankan perniagaan internet adalah pilihan WAHM masakini. 

Bagaimana kita mahukan matlamat itu? Bagi saya jawapannya mudah sahaja. Kita mesti berani bertindak menuju matlamat untuk menjadi WAHM. Bertindak melakukan apa yang telah kita rancang tadi. Kita mesti bijak untuk bertindak mencapai matlamat kita untuk menjadi WAHM. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan mentor untuk mencapai matlamat itu. Seperti saya, saya dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan membaca tentang bekerja di rumah. Ini termasuklah membaca buku atau ebook, majalah, suratkhabar dan membaca di carian google (internet). Dalam masa yang sama juga saya cari juga mentor. Saya menyertai kelas yang berkaitan WAHM dan di situlah saya ada mentor dan guru yang dapat saya buat rujukan dan panduan. Bukan sahaja mentor, saya juga ada kumpulan sokongan yang turut sama mempunyai matlamat yang sama iaitu bekerja di rumah. Ini semua saya simpulkan apabila saya bertindak dengan mendaftarkan diri di kelas online yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi WAHM.

Ayuh kita semua bertindak daripada sekarang. Sekiranya kita mahu menjadi WAHM, kita mesti rancang matlamat kita dengan jelas dan pastikan tindakan kita untuk mencapai matlamat tersebut. Tiada kejayaan tanpa usaha. Berusahalah dan berani bertindak menuju matlamat menjadi WAHM. Moga perkongsian kali ini dapat memberi panduan kepada kita semua.

Salam kasih dan sama-sama kita meraih kejayaan.
Yati Dbahri

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG