Nuffnang

Tuesday, 29 April 2014

Cara Kenalpasti Minat, Kemahiran Dan Kepakaran Kita

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Buku Panduan Pejabat @ Rumah-kpwkm

Assalamualaikum w.b.t


Perkara pertama sekali setelah saya mendaftar kelas online asas blog adalah untuk menjawab beberapa soalan analisa. Antara soalan analisa yang perlu dijawab adalah berkenaan minat, kemahiran dan kepakaran kita. Saya percaya setiap individu mempunyai bakat atau kemahiran yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. 

Baik, entri pada hari ini saya cuba untuk bincangkan apakah kaitannya minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada dengan bisnes yang akan dijalankan. Perasan tak sejak awal penulisan saya di WAHM Corner dan seperti yang dicadangkan juga di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) , kami sering mengutarakan konsep ini: "mula dengan apa yang ada dahulu". Ya, setelah kita mengenalpasti matlamat perniagaan, langkah seterusnya adalah untuk mengenalpasti minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Jadi, saya cadangkan bagi kalian yang merancang untuk berniaga atau bekerja dari rumah, kita mula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Kita cuba kenalpasti apa yang kita minat, apa kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Tahukah kita daripada minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada ini sebenarnya ianya boleh dikembangkan lagi dalam idea perniagaan yang kita mahu jalankan. Secara tidak langsung ini juga merupakan sebahagian daripada modal perniagaan kita nanti.



Jadi, apa kata kita kenalpasti dahulu minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Mungkin ada antara kita yang agak rasa rendah diri kerana hanya menjadi seorang surirumah sepenuh masa. Kadang-kadang kita tidak sedar dan tidak tahu apakah minat, kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri kita. Kita sebagai kaum suri yang memegang status surirumah dan ibu sepatutnya rasa berbangga kerana kita mempunyai banyak kemahiran. Ini termasuklah kemahiran mengemas rumah, memasak, menjaga anak dan banyak lagi. Bagi surirumah yang bekerja pula lazimnya kita mempunyai kemahiran tambahan yang kita perolehi di pejabat seperti kemahiran komunikasi dengan staf, kemahiran menggunakan komputer dan sebagainya. Alangkah beruntungnya kita sebagai seorang suri kerana kita semua adalah insan hebat dan serba boleh sebenarnya. Sebab itu saya katakan tadi kita harus berasa bangga dengan diri kita sendiri. 

Untuk mengenalpasti minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada, saya cadangkan supaya kita positifkan minda kita dan cuba bayangkan sesuatu yang luar biasa yang ada pada diri kita. Untuk tujuan itu, saya kongsikan di sini beberapa tips untuk menilai minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Baik, jom kita ambil sekeping kertas dan sebatang pen. Sama-sama kita jawab beberapa soalan di bawah dan senaraikan kesemuanya ya!
  1. Apakah aktiviti yang saya sanggup lakukan pada setiap hari untuk sepanjang hidup kita dan apakah kemahiran yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut?
  2. Selain daripada itu, apa lagi yang boleh saya lakukan?
  3. Apakah perkara-perkara lain yang orang lain berpendapat bahawa saya boleh lakukan dengan cemerlang?
  4. Apakah perkara yang saya gemar lakukan?
  5. Apakah kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam apa yang saya lakukan?
  6. Bagaimanakah kemahiran saya boleh digunakan untuk memulakan perniagaan yang berpusat dari rumah?
Secara kesimpulannya, kita mula berniaga dengan apa yang kita ada iaitu berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Ini penting bagi menentukan perniagaan kita untuk kekal lama dan berjaya kelak. Apabila kita boleh membina perniagaan berdasarkan apa yang kita minat, maka kita akan rasa seronok dan tidak akan bosan mengusahakan perniagaan tersebut kerana kita sedang melakukan perkara yang kita suka.

Semoga tips di atas membantu kalian semua untuk mengenalpasti dan menyenaraikan minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Sekiranya kalian mempunyai beberapa kemahiran, kita boleh gabungkan kemahiran-kemahiran itu bagi menghasilkan satu kemahiran yang unik dan dijadikan sebagai idea perniagaan kita. 

Moga kita semua sama-sama meraih kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG