Nuffnang

Monday, 28 April 2014

Cerita Dua Hari Tidak Kemaskini Blog

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Saya kembali bersiaran di WAHM Corner. Salam ceria untuk kalian semua. Dua hari saya tidak bersiaran kerana saya pulang ke kampung halaman suami di Pekan Bandar Diraja, Pahang Darul Makmur. Baru dua hari tidak kemaskini blog tapi saya rasakan seperti berbulan-bulan tidak kemaskini blog. Sebenarnya saya sengaja tidak kemaskini blog ini dengan bersyarat. Kenapa saya kata sengaja dan bersyarat. Ya, saya sengaja tidak kemaskini kerana saya mahu lihat apakah kesannya kepada diri saya dan juga prestasi traffik blog ini. Bersyarat pula kerana saya tidak kemaskini blog bukan kerana saya terus tinggalkan begitu sahaja. Walau bagaimanapun saya tetap mencatat apa-apa perkara yang terlintas untuk ditulis dalam buku catatan atau nota. Ini bertujuan untuk mengekalkan memontum menulis di blog ini. Itulah syarat yang saya tetapkan pada diri sendiri. Walaupun tidak dapat mengemaskini terus di blog, saya tetap akan kemaskini catatan harian di buku catatan yang telah saya sediakan sejak menyertai kelas online asas blog ini. Dipendekkan cerita saya tertinggal laptop usang ini semasa pulang ke Pekan. Jadi, saya hanya sempat catatkan isi-isi penting dalam buku nota tersebut. 

Alhamdulillah, hasil daripada dua hari tidak kemaskini blog ini, saya sedikit terasa kesannya di mana diri saya sendiri sering terfikir-fikir di dalam hati, saya belum kemaskini blog dan saya rasa kehilangan sesuatu kerana sudah dua hari saya tidak kongsi ilmu dengan pembaca. Terasa sangat kekurangan pula tanggungjawab saya kepada pembaca dalam dua hari ini. Kemudian, saya lihat pula jumlah pengunjung yang datang ke blog saya. Kesannya agak berkurangan berbanding jika saya kemaskini seperti biasa iaitu sekurang-kurangnya satu hari satu entri. 

Nampak tak kesimpulan daripada cerita saya ini? Ya, saya suka sangat hendak beritahu kalian semua tentang momentum menulis ini sebenarnya ada kaitannya dengan semangat dan rutin jadual harian kita. Sebelum mula masuk kelas online asas blog dahulu, saya terasa agak susah hendak menulis. Tapi alhamdulillah, selepas selesai latihan 44 entri menulis di blog, saya sudah dapat memontum menulis tersebut. Saya cuba untuk menulis dan menulis. Dan akhirnya saya berjaya dan alhamdulillah sekarang cuba untuk istiqamah untuk terus menulis sekurang-kurangnya 1 hari 1 entri. Sekiranya dapat tulis lebih daripada 1 entri itu adalah bonus kepada pembaca dan diri saya juga. Jadi, bila saya tidak menulis walaupun satu hari, secara tidak langsung saya akan rasa serba tidak kena. Mungkin kerana momentum menulis tersebut saya sudah dapat. Apabila saya tinggalkan dengan sendirinya hati saya akan tergerak untuk bertanya: "Saya belum menulis hari ini, saya mesti menulis". Dan lebih daripada itu, kalau dahulunya saya tidak pernah terfikir untuk menulis di blog, kini saya telah mula jatuh cinta untuk menulis. (Dalam hati, tersenyum sorang-sorang). Ini semua saya pelajari di kelas asas online blog yang saya sertai di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ya, semangat untuk menulis sangat penting untuk mengekalkan momentum kita dalam penulisan blog. Bila menulis, kita perlu cas aura positif dalam diri kita. Tidak dinafikan saya juga kadang-kadang rasa tidak ada idea untuk menulis. Walau apapun yang terjadi, mudah sahaja. Saya akan praktikkan tips penulisan blog yang telah diajar dalam kelas online asas blog dan baca lagi ebook belajar asas blog.

Jadi, secara keseluruhannya salah satu tips untuk menjadikan blog kita blog yang berpengaruh adalah dengan mengemaskini seberapa kerap yang mungkin. Ini perkara penting yang mesti dilakukan dalam penulisan blog. Sebab itu kami diajar untuk menyiapkan latihan 44 entri di blog yang dibina. Daripada entri yang dikemaskini, pembaca akan lihat trend kita dalam menulis. Pembaca akan suka untuk singgah lagi di blog kita kerana banyak info atau ilmu yang kita kongsikan selalu di blog. Jadi, apabila pembaca sudah singgah di blog kita selalu, secara tidak langsung mereka akan jadi pembaca setia blog kita. Kemungkinan untuk mereka ceritakan tentang blog kita kepada orang lain juga adalah tinggi. Ini memberi satu promosi percuma untuk blog kita iaitu promosi dari mulut ke mulut. Jadi, ini juga boleh membantu aliran traffik masuk ke blog kita.

Sebagai peringatan untuk diri saya dan kalian semua, apabila kita telah melangkah ke hadapan, jangan sesekali kita menoleh ke belakang. Apabila kita tiba-tiba terjatuh, gunakan kekuatan yang kita ada untuk terus bangun dan terus melangkah hingga berjaya. Dalam penulisan blog pula, jangan sesekali kita berhenti menulis kerana apabila sudah berhenti susah rasanya untuk kita mula semula. Teruskan usaha, fokus dan istiqamah dengan matlamat kita. InsyaAllah, apa yang kita rasa susah sangat itu nanti akan dipermudahkan. Yang penting nawaitu yang betul dan matlamat kita jelas. Jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Moga kita semua sama-sama meraih kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG