Nuffnang

Sunday, 13 April 2014

Jom Baca Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hujan lebat petang ini di Putrajaya. Hari ini saya cuba menambahbaik lagi blog dan menyiapkan tugasan kelas online yang tertangguh. Ada beberapa ulasan ebook lagi yang perlu disiapkan. InsyaAllah dalam proses menyiapkan penulisan tentang Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes. 

Inilah rupa cover Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
Sebenarnya saya baru sahaja selesai membaca Bab2, Ebook 101 Idea Home-based Bisnes ini, terus saya tertarik untuk kongsikan petikan daripada Ebook ini.

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Mula bisnes tanpa modal (tanpa pinjaman)

Boleh atau tidak mula bisnes tanpa modal. Ya paling mudah dan sangat disarankan bagi kalian yang baru mula dan ingin pecahkan tembok 'ada pinjaman baru ada modal'. Ada wang modal baru boleh mula. Ini salah. Sedangkan banyak cara kita boleh mula tanpa modal, kalau ada hanyalah modal minima, zaman IT begini, internet dan komputer sahaja. Macamana kalau tak ada modal. Ok, berikut strategi paling mudah dan pastikan kalian dengan konsisten boleh buat dan praktik.

1. Simpanan tetap secara bulanan.
Ok, sekarang kalian sekarang masih bekerja, sudah ada dalam fikiran mahu memulakan bisnes online secara sambilan. Tetapi tidak ada produk lagi dan rasa mahu ada modal dahulu. Mulakan dengan simpanan tetap secara bulanan. Katakanlah, hujung tahun depan baru mahu mula. Kita kumpul dahulu modal secara tetap. RM50 X 10, bersamaan RM500. Kalau RM100 X 10 bulan maksudnya RM1000, kalau RM200 X 10 bulan maksudnya RM2,000. 

Modal RM500, RM1,000 dan RM2,000 adalah sangat cukup. 

Jika kita masih bekerja, letak dahulu modal ini dalam satu tempat yang tidak diusik. Konsisten seperti biasa modal ini. Jika suri rumah boleh mula dengan berapa banyak peruntukan yang suami sudah beri. Jangan disentuh modal ini, biarkan ia bertambah dan bertambah. Ia hanya fokus untuk modal sahaja.

2. Gunakan apa yang ada. Komputer dan internet
Ok, baik sekarang tidak ada modal, tetapi ada komputer dan internet sahaja. Jika belum ada, kos untuk komputer dan internet paling minima RM3K, jadi boleh guna berdikit dahulu simpan modal asas (atau ambil dari tabung modal) seperti ditunujukkan di atas.

Sudah ada RM3K, dapatkan komputer dan internet. Saya percaya hampir setiap rumah kini sudah ada internet dan komputer.

Sekarang, bagaimana pula menggunakan kemudahan ini. Iaitu komputer dan internet. Kalian perlu ada asas adalah facebook. Mula daftar dengan facebook. Satu akaun khusus untuk peribadi, satu lagu akaun fanpage untuk kedai.

Empat langkah sahaja:
- Komputer dan internet
- Buka akaun FB, peribadi dan ganpage
- Cari produk tanpa keluar modal
- Mula masukkan gambar, promosi dan jual

Daripada petikan di atas, empat langkah tersebut boleh dijadikan panduan untuk kita yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan bisnes dan seterusnya menjadi WAHM. 

Baik. Saya hendak sambung semula baca Ebook ini. Nantikan ulasan saya berkenaan ebook ini di entri yang akan datang ya.

Untuk kalian yang mahu menjadi WAHM dengan mula berniaga dari rumah, jom kita baca dahulu ebook ini yang ditulis oleh Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Seperti saya dan rakan ABDR yang lain, ebook ini kami dapat secara percuma sahaja apabila menyertai mana-mana pakej kelas online di ABDR.

Sekiranya kalian semua ingin mendapatkan ebook ini secara percuma, boleh sertai mana-mana pakej kelas yang ditawarkan. 

Atau, ebook ini boleh dimiliki dengan hanya RM50.00 sahaja. Klik di sini untuk tempahan. Klik juga link ini untuk baca lanjut tentang ebook ini: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

Sebarang pertanyaan berkenaan ebook atau pakej kelas online ABDR, boleh terus hubungi saya melalui:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
FB peribadi: Yati Dbahri
FB Fanpage: WAHM Corner

Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

2 comments:

  1. thanks for sharing dear...akak pon patut memiliki buku2 nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG