Nuffnang

Tuesday, 8 April 2014

Kenapa Berniaga Dari Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan sesuatu perkara yang kita lakukan mesti ada sebabnya. Dalam konteks WAHM, kenapa kita mula berniaga dari rumah? Ayuh kita ambil pen dan sekeping kertas, kita cuba kupas satu persatu persoalan ini. Seperti saya, berikut adalah sebab-sebab utama saya mula berniaga dari rumah:

1. Manfaat bersama keluarga adalah keutamaan 
Bagi saya keluarga adalah segala-segalanya. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah berkahwin dan seterusnya mempunyai anak. Anak-anak merupakan anugerah yang paling indah dalam kehidupan kita apabila sudah bekeluarga. Sudah semestinya menjadi impian setiap suri untuk terus berada di rumah bersama anak-anak. Bukan sahaja anak-anak, malah tanggungajawab utama terhadap suami wajib didahului. 

Pernah ketika saya bekerja di pejabat dahulu, sampai satu tahap saya rasa sangat terkilan dan bersalah terhadap anak-anak kerana mengambil mereka dari pusat jagaan pada sebelah malam. Pada ketika itu suami bekerja di luar kawasan. Tugas saya ketika itu memerlukan saya bekerja sehingga lewat malam. Saya tiada pilihan, sehinggalah anak-anak juga saya terpaksa ambil lewat malam di rumah guru pengasuh. Sampai sahaja di sana, anak yang kecil sedang tidur dan yang sulung pula saya nampak mukanya sedih dan hanya berdiam diri apabila saya bertanya. Terus saya peluk dan memohon maaf kepada kakak kerana mengambil mereka lewat pada hari tersebut.

Begitu juga dengan kesihatan anak-anak, alhamdulillah dengan izin-Nya, keselamatan dan kesihatan anak-anak lebih terjamin apabila berada dalam jagaan kita. Berbanding ketika saya bekerja di pejabat dahulu, anak-anak kami hantar ke pusat jagaan harian atau taska. Boleh dikatakan hampir setiap bulan anak saya yang masih kecil akan sakit. Seawal usianya dua bulan beliau disahkan mengalami batuk berpanjangan sehinggalah suspect asma dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan sehingga umurnya dua tahun. Tetapi kini tidak lagi, beliau bebas daripada asma dan semakin aktif dengan perkembangan usianya.

2. Kebebasan Masa
Dengan berniaga atau bekerja di rumah, kita lebih fleksibel dan bebas untuk mengurus masa. Kita adalah pengurus untuk semua perkara. Kita bebas dalam membuat sesuatu keputusan. Tiada lagi istilah 'saya yang menurut perintah' dan kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Jadual kerja kita di rumah juga lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. 

Walau bagaimanapun, untuk berniaga dari rumah, kita harus bijak menguruskan masa. Sebagai seorang WAHM, kita mesti bijak untuk bahagikan masa antara urusan rumahtangga dan urusan berniaga. Selain itu, disiplin dan konsiten dalam setiap apa yang dilakukan amat penting dalam menuju matlamat kita menjadi WAHM dengan berniaga dari rumah.

3. Menjimatkan kos
Isu kos dapat diselesaikan dengan hanya berniaga dari rumah. Apabila kita berniaga dari rumah, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos berbanding kita membuka premis kedai/pejabat di sebuah bangunan atau tempat. Selain itu, berniaga dari rumah dengan menggunakan platform blog dan facebook juga sangat menjimatkan masa dan kos. Ini kerana kita boleh mula dengan blogspot dan facebook secara percuma.

Idea atau jenis perniagaan yang kita jalankan di rumah juga menyumbang kepada faktor ini. Sekiranya kita memilih berniaga dari rumah dengan menjadi agen dropship atau menyertai program affiliate, kita tidak memerlukan modal untuk berniaga. Ini kerana melalui dropship dan affiliate program, kita tidak perlu menyimpan stok di rumah. Penghantaran produk/perkhidmatan akan dihantar oleh supplier terus kepada pembeli. Kita tidak perlu bersusah payah untuk ke pejabat pos untuk menghantar barang.

4. Membantu ekonomi keluarga dan masyarakat
Dengan berniaga dari rumah, secara tidak langsung kita juga telah membantu ekonomi keluarga melalui hasil pendapatan yang dijana daripada berniaga. Jadi, tidaklah kita terlalu mengharap ihsan daripada suami kita. Tidak dinafikan sememangnya suami mampu untuk menampung semua perbelanjaan. Tetapi bagi saya tidak salah sekiranya kita juga berniat untuk membantu suami walaupun pada hakikatnya perbelanjaan sudah mencukupi. Dengan cara ini saya akan rasa lebih berpuas hati dan syukur kerana turut sama membantu ekonomi keluarga. Seperkara lagi, sudah tentu kita akan rasa lebih menghargai sesuatu yang datang daripada hasil titik peluh kita sendiri.

Selain itu, dengan berniaga dari rumah, ia juga akan membantu ekonomi masyarakat. Mungkin suatu hari nanti kita juga akan membuka peluang kepada masyarakat luar untuk menyertai kita berniaga. 

5. Terus mengamal apa yang dipelajari
Saya rasa sayang sekiranya apa yang dipelajari dahulu ketika di universiti kita tidak praktikkan. Saya memilih bidang Pentadbiran Perniagaan  kerana saya berminat dengan perniagaan. Apa yang diangan-angan selama ini, kita realisasikan dan laksanakan menjadi kenyataan. Kita mesti berani mengambil risiko dan berani bertindak. Walaupun masih lagi merangkak dalam berniaga ini, kita mesti cuba dan berusaha sedaya upaya supaya apa yang kita pelajari dahulu kita amalkan. Dalam masa yang sama kita cuba kongsi dan sebarkan kepada orang lain untuk sama-sama kita mendapat manfaatnya. Jadi, ini merupakan saham kita untuk akhirat nanti. Insyaallah apa yang kita lakukan hari ini dan seterusnya akan diberkati Allah swt.

6. Memelihara tanggungjawab dengan Pencipta kita
Secara jujurnya, ketika saya bekerja di pejabat dahulu, pernah beberapa kali saya solat di akhir waktu. Kadang-kadang saya rasa terkejar-kejar hendak menunaikan solat. Hendak berzikir selepas solat pun terpaksa dipendekkan. Allahuakbar, betapa lemahnya kita sebagai manusia. Tetapi, dengan bekerja atau berniaga dari rumah, alhamdulillah dengan izin-Nya saya rasa waktu kita untuk beribadah kepada Allah swt lebih terpelihara. Malah ibadah yang sunat juga kita sempat untuk laksanakan.

Baiklah, bagaimana pula kupasan kalian semua. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberi panduan kenapa kita untuk berniaga atau bekerja dari rumah. Apa-apapun sebab, itu semua kembali kepada niat kita berniaga dari rumah. Kita ada pilihan dan kita yang memilihnya samada positif atau negatif. 

Wallahua'lam.

Salam kasih dan salam kejayaan.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG