Nuffnang

Tuesday, 22 April 2014

Moga Terus Istiqamah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Sedar tak sedar kita sudah menghampiri hujung bulan April. Bila tengok kalendar, sudah lebih dua bulan setengah saya melibatkan diri dalam penulisan blog ini dan secara tidak langsung mula berniaga dari rumah. Alhamdulillah, hari yang mendatang bagi saya semakin mencabar. Lebih mencabar rasanya daripada masa saya bekerjaya dahulu. Tapi kali ini cabaran yang datang saya rasa lebih kepada kekuatan jiwa dan emosi. Kenapa saya berkata demikian. Ya, memilih untuk menjadi WAHM bagi saya memerlukan sesuatu kuasa luar biasa dalam diri kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai anak-anak yang masih kecil. Ini cabaran yang paling utama. Cabaran menghadapi karenah anak-anak yang sentiasa memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita dalam masa yang sama kita juga perlu fokus bekerja di rumah.

Kalau dahulu ketika bekerjaya, anak-anak tiada di depan mata. Adakalanya ketika menjalankan tugas di pejabat, kadang-kadang saya akan terfikir sudah makan ke anakku, tengah buat apa agaknya anakku, sudah tidur ke belum anakku dan pelbagai lagi bayangan tentang anak dek kerana saya tidak nampak mereka di depan mata. Saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah swt moga anak-anak selamat di bawah pusat jagaan harian. Situasinya amat berbeza sekali apabila saya bekerja di rumah, perasaan lega dan selamat itu yang saya rasa kini. Kini saya tidak perlu risau lagi tentang anak. Malah saya dapat merasai sendiri ketika mereka minta makanan kerana lapar, saya dapat melihat sendiri mereka bermain di depan mata, saya dapat memeluk mereka ketika menangis, saya boleh peluk cium mereka bila-bila masa saya hendak, bila mereka sakit pula saya boleh menjaga mereka dan banyak lagi saat-saat berharga saya bersama anak-anak. Saat-saat inilah yang sepatutnya mereka perolehi sejak mereka dilahirkan. Inilah hak mereka yang sepatutnya saya tunaikan sebagai seorang Ummi.

Itulah antara hikmah yang saya mula rasai dan fahami. Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada suami saya yang memberi peluang ini dan dengan izin-Nya saya terus bangkit. Bangkit untuk terus melangkah ke hadapan. Kini saya tahu apakah halatuju saya. Mungkin sebelum ini saya tidak nampak. Tidak nampak bagaimana hendak melakukannya. Saya sedar untuk mengharungi cabaran ini saya perlukan senjata. Senjata yang mampu melawan segala cabaran yang mendatang. Ya, bagi saya senjata yang saya cari tersebut adalah ilmu dan mentor. Saya akan cari ilmu itu seluas-luasnya selagi upaya. Begitu juga dengan mentor. Saya perlukan mentor untuk bimbing saya ke jalan kejayaan.

Syukur sekali lagi kepada-Nya kerana diberi jalan ke arah ini. Benarlah Dia adalah sebaik-baik perancang. Kini jalan dan peluang telah diberi, sudah cantik sangat perancanganMu Ya Allah Ya Rahim. Sebagai hamba-Nya saya ambil peluang ini untuk kembali kepada-Nya. Alhamdulillah, kalau dahulu secara jujurnya saya memang tidak pernah menunaikan solat sunat dhuha, tapi kini saya sudah mula untuk tidak tinggalkan walau sekali untuk solat sunat ini. Insyaallah saya akan istiqamah untuk tujuan ini.

Ayuh wahai diriku teruskan usahamu, teruskan fokus dan selebihnyaku berserah kepada-Mu Ya Allah. Semoga diri ini terus istiqamah untuk terus menuju kejayaan sebagai isteri, Ummi dan WAHM yang berjaya. InsyaAllah. Amin.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM 1 Bisnes Dari Rumah

***
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG