Nuffnang

Monday, 7 April 2014

Mula Berniaga Dari Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t



Setahun yang lepas ketika saya masih berstatus suri bekerjaya, saya tidak pernah terfikir secara serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Tetapi pernah berangan-angan ingin mempunyai kedai maya dan menjalankan perniagaan internet secara sambilan suatu hari nanti. Kalau di pejabat dulu, ramai juga di kalangan rakan pejabat atau warga kerja yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan samada secara online ataupun offline. Ada yang menjual sarapan pagi, menjual tudung, kain pasang cotton, jual pakain bayi, tupperware, kuih raya dan sebagainya. Saya pula adalah salah seorang pekerja yang suka membeli walaupun kadang-kadang tidak perlu dibeli barang tersebut. Mungkin niat saya untuk membantu orang tersebut dan sebagai tanda sokongan terhadap rakan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. 

Bila difikirkan semula, saya suka sebenarnya berniaga. Cuma pada ketika itu, fokus lebih kepada komitmen kerja dan tidak tahu cara hendak mula berniaga. Pernah juga di pejabat dahulu, rakan saya menjual kuih raya, tetapi saya pula yang sibuk mempromosi kuih tersebut. Saya suka memberi pandangan atau komen kuih raya mana yang sedap dan patut dibeli. Daripada sampel yang diberi, saya rasa dan saya beli kuih yang sedap itu. Dari situ, rakan lain pun terpengaruh dengan pandangan saya dan mereka juga terus membuat tempahan kuih raya. Ya, itulah dia strategi pemasaran. Mungkin saya ada bakat dalam mempromosikan sesuatu produk dan seterusnya mampu mempengaruhi bakal pelanggan.

Sehinggalah pada suatu hari, suami memberitahu keputusannya untuk saya fokus di rumah sahaja demi menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga secara sepenuh masa. Suami juga ada mengusulkan supaya saya merealisasikan angan-angan saya sebelum ini. Ya, mula berniaga dari rumah dengan menjalankan perniagaan internet. Cukup setahun saya bergelar SAHM (Stay At Home Mom), saya rangka rancangan dan buat research tentang perniagaan internet. Saya mula buat sedikit research dengan mencari sebanyak maklumat di internet dan juga bahan bacaan di buku atau majalah. Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya diberi kekuatan dan jalan untuk merealisasikan angan-angan saya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita adalah doa.

Saya mula berniaga dari rumah secara serius pada Mac 2014. Ketika ini saya masih lagi belajar dalam kelas online asas blog dan dalam proses untuk mempromosikan produk. Untuk mula berniaga dari rumah, kita perlu tahu kaedah atau formulanya. Sebab itu kita perlu cari ilmu dan sentiasa menambah ilmu tentang perniagaan dari rumah. Kita perlu juga mentor untuk mencapai matlamat. Sebab itulah saya mendaftarkan diri dalam kelas yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Selain mentor, untuk mencari ilmu berniaga dari rumah, satu keperluan juga untuk kita hadir ke seminar atau bengkel berkenaan motivasi dan perniagaan. Insyaallah, saya memang merancang untuk hadir bengkel/seminar, tetapi kekangan masa masih belum berkesempatan untuk hadir.

Untuk mula berniaga dari rumah, antara WAHM dan Internet memang tidak dapat dipisahkan. Sekiranya kita tiada internet, kita boleh sahaja mula berniaga dari rumah secara offline. Sebagai contoh berniaga nasi lemak, menjahit, memberi perkhidmatan tuisyen dan sebagainya. Tetapi, tahukah kita bahawa dengan menggunakan internet, kita hanya mendapatkan pelanggan hanya di hujung jari? Trend terkini, kita lebih suka dapatkan maklumat dan produk/perkhidmatan secara online sahaja. Begitu juga yang menjalankan perniagaan internet. Seperti cendawan yang mula tumbuh selepas hujan. Rata-rata menggunakan medium blog dan fanpage di facebook untuk aktif berniaga. Selain kesan internet yang amat efektif dan fleksibel, dari segi kos juga lebih menjimatkan berbanding sekiranya kita mempunyai ruang niaga di bangunan pejabat atau kedai.

Jadi, ambil manfaat internet ini untuk kita mula berniaga dari rumah. Mulakan dengan apa yang kita ada. Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa tips saya mula berniaga dari rumah 

1. Keperluan asas yang wajib ada
Untuk mula berniaga dari rumah, keperluan yang perlu ada iaitu sebuah laptop dan talian internet. Saya memilih untuk berniaga dari rumah kerana internet merupakan platform yang paling mudah, fleksibel dan kos efektif untuk berniaga dari rumah. Bagi saya, berniaga dari rumah amat sesuai sekali dengan tanggungjawab saya sebagai WAHM dan SAHM. Selain itu, minat dan semangat berkobar-kobar juga perlu ada untuk mula berniaga dari rumah. Dari minat dan semangat inilah yang akan memberi kita idea dan motivasi dalam berniaga.

2. Idea perniagaan
Untuk mula berniaga, kita mesti ada idea perniagaan. Ini lebih kepada produk atau perkhimatan yang kita hendak tawarkan. Fikirkan sesuatu idea yang lebih kepada menyelesaikan masalah orang lain. Ini lebih mudah untuk kita bina perniagaan tersebut. Selain itu, idea perniagaan juga boleh kita ketahui berdasarkan apa yang kita minat dan kepakaran kita dalam sesuatu bidang tersebut.

Sekiranya kita tidak ada lagi produk atau perkhidmatan, kita boleh mula dahulu berniaga dengan dropship. Idea perniagaan dengan menjadi agen dropship tidak memerlukan modal yang besar. Hanya sekadar bayaran minima dan kadang-kadang memang tidak memerlukan bayaran langsung untuk mula jadi agen dropship. Dengan dropship juga kita tidak perlu simpan stok di rumah.

3. Ilmu tentang perniagaan
Carilah ilmu sebanyak mana dengan apa cara sekalipun tentang perniagaan. Kita fokuskan ilmu tersebut tentang ilmu berniaga dari rumah dan ilmu WAHM. Kita boleh mula dengan membaca seberapa banyak buku atau ebook tentang motivasi dan perniagaan. Kemudian carilah mentor dalam bidang ini. Samada kita hadiri kelas, bengkel atau seminar. Ini semua untuk menambah ilmu kita sebagai panduan untuk menuju matlamat yang ditetapkan.

4. Bijak mengurus masa dan apa jua tindakan
Kita mesti bijak dalam menguruskan masa antara peranan sebagai suri di rumah dan berniaga. Kedua-dua peranan mesti seimbang supaya hasilnya nanti tidak lari daripada apa yang kita telah rancang. Kita mesti jelas dengan apa yang kita mahukan  dan bijak menentukan keutamaan setiap tindakan. Seperti saya, checklist 'Things To Do' amat membantu dalam kita menguruskan masa. Selain itu, pastikan juga kita mempunyai jadual waktu bekerja seperti kita bekerja di pejabat dahulu. 

5. Ruang Berniaga Di Rumah atau SOHO 
Apabila berniaga dari rumah, kita perlu ada ruang untuk kita bekerja dan berniaga. Ini lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office). Ini memudahkan urusan perniagaan kita apabila kita mempunyai ruang kerja di rumah dan sebagai motivasi kita berniaga di rumah. Dengan adanya SOHO, ianya menampakkan kita melakukan perniagaan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mindset kita bahawa kita sedang menjalankan perniagaan di rumah.

6. Sokongan 
Pertama, untuk berniaga dari rumah, saya perlukan sokongan padu daripada suami dan keluarga tercinta. Tanpa restu dan sokongan mereka, tentunya tidak akan menjadi perniagaan saya. Kedua, saya perlukan juga sokongan daripada rakan yang mempunyai matlamat yang sama. Sokongan ini saya perolehi daripada kelas online yang saya sertai di ABDR. ABDR adalah kumpulan sokongan untuk suri yang ingin berniaga dan menjana pendapatan dari rumah. Perkongsian ilmu, pengalaman, motivasi dan pendapat yang diperolehi di ABDR ini amat saya hargai dalam menuju matlamat menjadi WAHM yang berjaya.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi panduan dan manfaat untuk kita semua yang ingin berniaga dari rumah. Pastikan apa yang dirancang kita terus laksanakan. Jangan berhenti di tengah jalan. Biarpun kita mula dengan merangkak dalam perniagaan, selagi kita belum cuba, kita belum tahu hasilnya. Kita mesti berani mengambil risiko dan berani bertindak. Selebihnya kita berserah kepada Allah swt kerana Dia Lebih Mengetahui dan Dia jualah sebaik-baik perancang.

Wallahua'lam.

Salam kasih dan sama-sama kita meraih kejayaan.
Yati Dbahri

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 500 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah


1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG