Nuffnang

Saturday, 19 April 2014

Nota Terima Kasih

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Salam petang Sabtu. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kekuatan untuk kembali bersiaran di WAHM Corner. Selamat Datang saya ucapkan kepada kalian yang baru pertama kali singgah di WAHM Corner. Kepada yang sudah pernah singgah di WAHM Corner, jutaan terima kasih saya ucapkan. Jemput singgah lagi dan jangan sesekali jemu untuk kembali membaca penulisan saya. InsyaAllah saya akan memberi yang terbaik dalam setiap penulisan dan semoga perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Pagi tadi saya mendapat satu berita gembira daripada guru online merangkap mentor saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)  iaitu Pn Khairunnisana Hamzahara @ Nisa Nua. Sebelum keluar rumah bersama keluarga saya sempat menyemak update terkini di laman muka buku (Facebook) menggunakan telefon bimbit. Saya baca dan baca sekali lagi. [Tajuk: Hari Graduasi Puan Yati Dbahri]. Dalam hati saya berkata: "alamak, tak sangka pula Cikgu Nisa umumkan di Group Belajar Asas Blog". Bukannya apa, saya segan sebenarnya. Saya budak baru belajar dan rasanya masih banyak lagi perlu diperbaiki dan ditambahbaik. Tapi, apa-apapun alhamdulillah, syukur kepada-Nya, secara rasminya saya telah berjaya menyiapkan tugasan demi tugasan yang melayakkan saya untuk lulus kelas online asas blog ini. 

Sudah tentunya semua ini adalah hasil tunjuk ajar dan semangat yang diberikan oleh Cikgu Nisa Nua sendiri selaku guru online dan mentor saya, juga puan pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan semua guru-guru online ABDR yang lain. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan saya fikir saya tidak akan sampai ke tahap ini. Sebelum masuk kelas dahulu saya sendiri tertanya-tanya. Boleh ke saya menulis. Boleh ke saya menulis perkara yang menarik minat pembaca. Mampu ke saya menulis entri setiap hari. Setakat menulis laporan masa zaman kerja dahulu memang sudah menjadi rutin kerja saya. Tapi alasan itu semua saya letak jauh-jauh. 

Pada masa itu saya mula fikir ke hadapan, positifkan minda dan mula mengumpul kekuatan. Kekuatan untuk berani melangkah keluar daripada kehidupan biasa saya. Genap setahun saya menulusuri kehidupan biasa menjadi isteri, ummi dan suri di rumah. Saya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Impian setiap suri untuk melihat anak-anak membesar di depan mata adalah sesuatu yang yang paling bahagia dan bernilai dalam kehidupan berkeluarga. Saya sudah berada di tahap itu (dapat peluang menjadi surirumah sepenuh masa), cuma saya rasakan saya perlu tambahbaik dan lakukan sesuatu yang lebih bernilai. 

Alhamdulillah, sejak saya membaca kisah dan pengalaman Cikgu Nisa di blognya: Panduan Kediaman Idaman, terus kekuatan itu datang dan terus menyerap aura positif beliau untuk saya berani melangkah. Berani melangkah ke hadapan untuk terus mengorak langkah untuk mula bekerja di rumah. Alhamdulillah, dengan semangat yang berkobar-kobar saya bawa gelas yang kosong kemudian saya isi sedikit demi sedikit. Sehinggalah genap 2 bulan lebih berlalu, saya berjaya menyiapkan langkah demi langkah dan tugasan demi tugasan. Perjalanan saya dalam menuju matlamat menjadi WAHM yang berjaya baru sahaja bermula. Ini merupakan asas untuk saya pergi lebih jauh. Semoga saya akan terus fokus dan istiqamah dengan apa yang dirancang. Dalam masa yang sama saya akan terus dan terus menambah ilmu. Ibarat gelas kosong tadi yang sudah penuh, saya akan bawa pula sebuah jug atau bekas kosong yang lebih besar. 

Dengan rasa rendah diri saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Cikgu Nisa yang menjadi inspirasi dan pencetus semangat saya. Begitu juga puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad. Ketabahan, kekuatan dan pengalaman Puan Masayu bekerja di rumah amat saya kagumi dan sentiasa menjadi panduan saya untuk terus berjuang dalam dunia WAHM ini. Tidak lupa juga guru-guru online yang lain dan semua rakan-rakan ABDR yang disayangi. Kerjasama dan sokongan kalian amat saya hargai. Pengalaman dan kejayaan dalam bidang kalian juga menjadi pencetus semangat saya untuk terus menulis dan menulis. Saya rasa amat bertuah sekali dan seronok dapat menjadi sebahagian daripada warga ABDR ini. Tanpa semangat dan sokongan kalian, saya tidak mampu untuk sampai ke tahap ini. Selain team ABDR, ucapan terima kasih juga saya tujukan untuk suami, anak-anak dan keluarga tercinta yang sentiasa menjadi penyokong utama dan inspirasi dalam hidup saya. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim dan terima kasih sekali lagi untuk semua.

Semoga WAHM Corner ini berkembang maju dan menjadi inspirasi pula pada pembaca setia yang mengikuti perkembangan blog ini. Insyaallah saya akan cuba untuk memberi yang terbaik dan kita sama-sama beroleh manfaatnya.

Saya tujukan khas lagu Terima Kasih Cikgu ini untuk Cikgu Nisa Nua, Puan Masayu Ahmad, guru-guru online ABDR yang lain dan semua rakan-rakan di ABDR.



Wallahua'lam

Salam kasih sayang
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM 1 Bisnes Dari Rumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG