Nuffnang

Wednesday, 16 April 2014

Pakej Kelas Online/Offline Dan Perkhidmatan Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan blog Rakan Niaga ABDR 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Kita semua adalah insan hebat. Tahniah kerana kalian semua berjaya sampai ke halaman Pakej Kelas Online Dan Perkhidmatan yang ditawarkan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR),

Selamat Datang ke Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini rancak berlangsung pendaftaran kelas online setiap hari.

Sudahkah kita bersedia untuk melangkah keluar dari kehidupan biasa?

Mahu bersama-sama kami menuju matlamat WAHM?

Ayuh bergabung dengan kami yang kini terdiri daripada 600 blog, 13 orang guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online ABDR. Kami di ABDR menawarkan kelas secara online sebagai langkah asas untuk kita semua bergelar WAHM. Di ABDR, kita diberi peluang untuk memilih kelas online yang bersesuaian dengan jiwa berdasarkan analisa soalan yang dibuat sebelum kelas online bermula.

Dengan menggunakan medium blog dan fanpage di laman muka buku (Facebook), ianya menjadi platform asas untuk kita pelajari di ABDR sebagai langkah untuk mula bekerja di rumah. 

Mengapa perlu ada blog?

1. Blog sebagai platform untuk kita catatkan pengalaman, kemahiran dan minat yang kita miliki. Seterusnya melalui penulisan di blog, seterusnya ia boleh dijadikan naskhah ebook atau buku.

2. Jadikan platform blog sebagai salah satu cara untuk berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.

3. Untuk bina pengaruh dan khalayak sendiri di blog. Apabila blog sudah menjadi blog yang berpengaruh, secara tidak langsung pembaca tetap kita berpotensi untuk menjadi pelangan kita pula.

4. Blog sangat efektif untuk mempengaruhi atau mempromosi sesuatu produk dan perkhidmatan. Teknik dan cara yang betul amat penting dalam mengiklankan sesuatu bisnes di blog yang sudah diikuti pembaca.

Pakej kelas online yang ditawarkan di ABDR

Pendaftaran kelas online ABDR berlangsung setiap hari. Dua (2) kelas asas yang ditawarkan di ABDR adalah seperti berikut:-

1. Kelas Online Asas Blog Dan Penulisan
Kelas ini khusus untuk membina blog yang berpengaruh, blog yang disukai pembaca dan belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik aliran traffik ke blog.

Melalui kelas ini, kita akan pelajari:
  • Menulis cara santai, tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  • Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/ bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  • Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  • Bergabung dengan ramai blogger. Sehingga kini lebih kurang 600 blog dalam ABDR, untuk membantu aliran traffik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  • Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

2. Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Niaga (Mula Bisnes)
  • Kelas ini khusus untuk yang mahu mulakan bisnes online dan benar-benar zero tentang urus niaga online. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog dan fanpage di Facebook. 
  • Mahu mula tetapi tidak tahu cara
  • Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang pengiklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di ABDR.
  • Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM20, RM50 dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk bisnes dropship. (Ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
  • Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal untuk mula bisnes dari rumah. Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  • Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengai otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
  • Apa yang kita belajar di dalam kelas ini: analisa dahulu untuk kenalpasti produk apa yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar pautan antara blog untuk aliran traffik.
  • Analisa soalan akan dilakukan dahulu sebelum kelas online bermula.

Selain itu, kami di ABDR juga turut menawarkan kelas online/offline dan perkhidmatan yang lain seperti berikut:

3. Kelas beriklan di mudah.my
mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di dalam kelas ini.

4. Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif
Kelas ini khusu bagi yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai menulis cerpen, insyaAllah boleh menulis novel.

5. Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil, WAHM, SOHO
Kelas ini khusus untuk usahawan kecil, WAHM, SOHO, online atau offline yang mahu belajar urus akaun dengan lebih sistematik. Pelajari teknik-teknik urus akaun dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini.
  • Modul Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil, WAHM, SOHO
  • Pengenalan Book Keeping And Accounting
  • 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
  • How to do record keeping?
  • Basic costing and pricing. Bagaimana kita meletakkan harga?
  • Profit & Loss. Adakah kita untung atau rugi?
  • Case study (full set of Book Keeping)
  • case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping
  • Bonus menyertai kelas ini: Percuma Ebook Belajar Asas Blog, Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes, Ebook Jejak Aliran Tunai; Percuma 2 tahun pengiklanan di SOHO Directory dan peluang temuramah untuk ruangan bisnes majalah
6. Kelas Borong Telekung Solat

Kelas ini khusus untuk yang mahu mula bisnes secara borong. Telekung adalah salah satu produk yang mempunyai permintaan yang tinggi menjelang bulan Ramadhan. Bagi yang mahu mengambil peluang untuk berbisnes, kami di ABDR juga menawarkan kelas asas blog dan fanpage borong telekung solat.

Kenapa perlu sertai kelas ini?
  • Belajar dropship borong
  • Belajar buat blog khas untuk borong telekung
  • Boleh terus mula promosi dan jual 
  • Tidak perlu simpan stok telekung yang banyak
  • Tidak perlu uruskan pengahantaran dan pengeposan kepada pelanggan
  • Pihak kami di ABDR yang akan menguruskan urusan penghantaran
  • Selepas kedai maya di blog siap dan lengkap, boleh terus mula promosi dan dapatkan komisen daripada jualan
  • Terdapat pelbagai jenis stok  telekung solat yang sudah tersedia.
Untuk permulaan, borong telekung solat akan fokus kepada jenis telekung solat seperti"
  • Telekung Solat Vietnam
  • Telekung Solat Indonesia
  • Telekung Solat Sulam
  • Telekung Solat Kanak-Kanak
Apa yang kita dapat daripada kelas ini?
  • Ilmu membina blog dan fanpage niaga yang menepati minat pembeli.
  • Akan digabungkan di dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online ABDR yang sememangnya berpengalaman dalam bisnes online.
  • Bonus 4 Ebook rujukan.
7. Pengurus Online/ Rakan Niaga ABDR
Kami di ABDR juga menawarkan peluang untuk menjadi Pengurus Online Akademi/ Rakan Niaga ABDR.

8. Beriklan di sohodirectory
Selain kelas online dan offline, kami juga membuka ruang untuk pengiklanan di sohodirectory.

9. Perkhidmatan tempahan blog bisnes.
Di ABDR juga kami menyediakan perkhimatan membuat blog bisnes blog yang lengkap. Kami menawarkan perkhidmatan ini bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin mempunyai blog tetapi dengan pilihan kami yang akan menyediakan blog tersebut. Blog yang lengkap akan disiapkan dalam masa 3 hari bekerja.

*****
Pilihan adalah di tangan kita. Dalam menuju matlamat menjadi WAHM, ilmu dan mentor adalah perkara asas yang penting dan juga sebagai modal untuk mula bisnes kita. Dengan adanya ilmu dan mentor, ianya boleh menjadi panduan untuk menunjukkan jalan yang mana patut lalui dalam menempuhi cabaran menjadi WAHM yang berjaya.

Berikut adalah pakej kelas yang kami tawarkan sebagai sumbangan kami kepada kalian semua yang mahu bersama-sama kami di ABDR untuk menuju matlamat WAHM yang berjaya:

1. Pakej 1
  • Pilih untuk mendaftar salah satu kelas berikut: Kelas Asas Blog & Penulisan atau Kelas Asas Blog & Fanpage Niaga (mula bisnes)
  • Bonus 1: Keahlian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • Bonus 2: Ebook Belajar Asas Blog
  • Yuran Pakej 1: RM150 sahaja


2. Pakej 2
  • Pilih untuk mendaftar salah satu kelas berikut: Kelas Asas Blog & Penulisan atau Kelas Asas Blog & Fanpage Niaga (mula bisnes)
  • Bonus 1: Keahlian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • Bonus 2: 3 Ebook iaitu Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Super WAHM, Super Mom dan Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
  • Yuran Pakej 2: RM180 sahaja.


3. Pakej 3
  • Pilih untuk mendaftar salah satu kelas berikut: Kelas Asas Blog & Penulisan atau Kelas Asas Blog & Fanpage Niaga (mula bisnes)
  • Bonus 1: Keahlian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • Bonus 2: 4 Ebook iaitu Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Super WAHM, Super Mom, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline dan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
  • Yuran Pakej 3: RM200 sahaja.




4. Pakej 4
  • Pilih untuk mendaftar Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif
  • Bonus 1: Keahlian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • Bonus 2: 2 Ebook iaitu Ebook Belajar Asas Blog dan Ebook 101 Tip Penulisan Novel
  • Bonus 3: 2 buah buku iaitu novel Kabus Rindu dan Rautan Takdir
  • Yuran Pakej 4: RM170 sahaja.



Sebarang pertanyaan berkenaan pakej kelas online dan perkhidmatan yang ditawarkan di ABDR, boleh terus hubungi saya melalui:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
FB peribadi: Yati Dbahri
FB Fanpage: WAHM Corner

Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG