Nuffnang

Wednesday, 16 April 2014

Pilihan Di Tangan Kita Sendiri

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya telah memilih untuk menyertai kelas online yang dianjurkan dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) lebih kurang dua bulan yang lalu. Sedikit pelaburan saya laburkan sebagai modal untuk mula berniaga dan bekerja di rumah. Seperti yang saya pernah bincangkan dalam entri sebelum ini (klik di sini), ilmu dan mentor perniagaan merupakan sebahagian daripada modal bisnes kita. Jadi, pelaburan yang saya lakukan ini adalah sebagai langkah asas untuk saya mula mengorak langkah untuk menuju matlamat sebagai WAHM dan seterusnya keluar daripada kehidupan biasa.

Kenapa saya berkata demikian? Ya, setiap sesuatu perkara yang kita lakukan, di situ akan wujudnya cabaran dan risiko. Begitu juga dalam dunia bisnes dan kehidupan kita. Jadi, apabila kita membuat sesuatu pelaburan sudah tentu akan wujudnya cabaran dan risiko. Dalam menghadapi cabaran dan risiko tadi, kita mestilah bijak dalam melakukan sesuatu tindakan. Sebab itulah saya katakan tadi ilmu dan mentor adalah modal untuk mula berniaga. Dalam erti kata lain ilmu dan mentor ibarat senjata kita untuk menempuh cabaran dan risiko tadi. Apabila imu kita cukup, insyaAllah kita mampu tangani cabaran dan risiko tadi dengan baik. Begitu juga mentor. Mentor sangat penting bagi memastikan kita tidak terkeluar dari landasan yang sepatutnya.  

Oleh itu, pastikan pelaburan yang kita lakukan itu tadi kita hargai dan membuahkan hasil. Hasil itu pula tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Sudah tentu ianya memerlukan kesungguhan, pengorbanan dan usaha yang tidak pernah putus. Sebagai contoh, kini setelah hampir dua bulan saya mula nampak apa yang saya usahakan selama ini mula membuahkan hasil. Jalan dan cara telah diberi dalam ABDR ini. Semua tindakan dan pilihan adalah terletak di tangan kita sendiri. Saya berasa sangat syukur sehingga kini saya masih diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea penulisan dan masih istiqamah dalam setiap perkara yang dirancang. Pilihan adalah di tangan kita samada 'ya' atau 'tidak', samada 'mahu' ataupun 'tidak mahu' dan samada 'malas' atau 'rajin'.

Setiap saat yang datang adalah amat berharga bagi kita semua. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Pastikan ianya diisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan memberi nilai kepada kehidupan kita dan orang lain. Rancang dan bertindak. Jangan sesekali kita berhenti di tengah jalan. Jika kita jatuh, bangun dan terus melangkah semula ke hadapan sehinggalah kita berjaya mencapai matlamat yang dirancang.

Semoga kita semua diberi kemampuan untuk terus melangkah dan melangkah sehingga berjaya. Jangan mudah berputus asa. Kita mesti teruskan usaha sehingga berjaya. InsyaAllah.


"Hanya kita yang boleh menentukan fikiran kita. Oleh kerana fikiran menentukan kehidupan, tiada siapa yang boleh kita salahkan atas hasil kehidupan kita setakat hari ini. Allah beri akal kepada kita untuk buat pilihan" 
(Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad)

Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG