Nuffnang

Friday, 11 April 2014

Terkini "WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah" Di Facebook

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat hari yang penuh barakah. Moga hari ini lebih memberi makna kepada kita semua. Entri hari ini ringkas sahaja. Rasanya masih belum terlambat untuk saya memberitahu kepada semua tentang perkembangan terkini blog ini. Alhamdulillah, secara rasminya hari ini masuk hari ketiga saya telah melancarkan blog ini di laman Muka Buku (Facebook). Saya buka satu fanpage khas untuk semua pembaca mengikuti perkembangan blog ini di Facebook. Dengan izin-Nya, kini fanpage tersebut telah mencecah hit 81 likes setakat entri ini ditulis. Saya rasa sedikit teruja dengan jumlah yang likes ini kerana kebanyakannya adalah di kalangan suri yang saya sendiri tidak kenali. Ini bermakna ramai kalangan suri di luar sana yang masih tercari-cari ilmu untuk menjadi WAHM. Saya akan menjadikan ini sebagai pencetus semangat dan inspirasi saya untuk terus menulis dan menulis. Terima kasih semua yang sudi datang dan like fanpage tersebut. 

Sebagaimana yang saya kongsikan sebelum ini di entri yang terdahulu (klik di sini), Blog Perniagaan Dan Fanpage Facebook hubungannya seperti adik-beradik. Saya bina jenama "WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah" dahulu di platform blog. Kemudian, apabila blog telah lengkap dan mempunyai entri yang konsisten, saya mula postkan entri saya di wall Fanpage Facebook. Setiap kali saya post entri di blog saya akan postkan juga di wall fanpage.  Di laman Facebook, wall rasmi saya juga menggunakan jenama yang sama iaitu "WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah". Jika dilihat secara keseluruhannya, sebenarnya saya sedang mengaplikasikan teknik yang saya pelajari di dalam kelas yang saya sertai secara serentak iaitu 1) Kelas Asas Blog Dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Niaga (sila klik di sini untuk baca ulasan saya tentang kelas online ini).

Kenapa saya wujudkan satu fanpage khas untuk blog ini?

Cara terbaik untuk memberitahu dan mewar-warkan kepada orang ramai tentang jenama kita adalah dengan menggunakan seberapa banyak medium yang ada di internet. Sesuai dengan konsep WAHM, SAHM dan SOHO, saya memilih untuk mula berniaga dari rumah secara online. Apabila kita beroperasi dari rumah secara online, sebagai permulaan sudah tentunya saya akan gunakan medium blog dan facebook. 

Alhamdulillah, setelah hampir dua  bulan saya menyertai kelas online yang dianjurkan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, saya mula nampak hasilnya. Saya boleh nampak perkembangan blog saya mula disukai pembaca dan ada sahaja penambahbaikan yang saya lakukan dari hari ke hari. Ini semua hasil komitmen antara saya sendiri, guru online dan rakan ABDR yang lain. Biarpun saya masih belum tamat (Graduate) daripada ABDR ini, saya rasa berpuas hati kerana semua ini saya lakukan sendiri. "Learning is the process". Saya belajar daripada zero sehingga terhasilnya blog ini. Bukan niat saya untuk berbangga, tetapi saya cuba untuk kongsikan kepada kalian semua tentang kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Ya, apa-apapun kembali kepada niat kita sebenarnya. Tidak mustahil kita semua boleh melakukannya. Kita mesti yakin untuk terus berusaha maju ke hadapan.

Saya lancarkan Fanpage Khas untuk blog ini secara rasmi pada pagi 9 April 2014 (Rabu). Seperti di blog, niat saya wujudkan fanpage adalah untuk sama-sama saya berkongsi ilmu dengan pembaca tentang WAHM dan perniagaan. Di samping itu, saya gunakan fanpage khas ini juga sebagai platform untuk saya memperluaskan lagi skop sebagai Rakan Niaga ABDR. InsyaAllah, saya akan gunakan peluang sebagai Rakan Niaga ABDR ini dengan mempromosikan kebaikan dan manfaat yang ada di ABDR kepada orang ramai khususnya para suri atau sura yang berminat untuk menjadi WAHM atau WAHD. Ini meliputi tentang pakej kelas online yang disediakan di ABDR, pakej ebook ABDR, aktiviti bengkel atau seminar ABDR, perkongsian entri rakan-rakan ABDR dan pakej Rakan Niaga/Pengurus Online ABDR. Dengan adanya fanpage khas ini juga, saya lebih fokus dan mudah untuk saya meluaskan lagi hasil penulisan di blog.

Selain itu, perkembangan lain saya juga dalam proses untuk memecahkan blog ini kepada beberapa blog kedai maya yang saya jalankan. Di sini kita akan nampak perbezaan antara blog peribadi dan blog perniagaan. Blog WAHM Corner akan menjadi blog induk aka blog peribadi saya. Kemudian saya wujudkan juga blog kedai maya iaitu 1) Blog Sunnah Corner; 2) Blog Yatt Tuppylicious; dan 3) Blog Handmade by Yati Dbahri. Semua blog kedai ini masih dalam proses pembinaan. Nantikan kemunculan semua blog kedai ini dan jangan lupa teruskan memberi sokongan ya!

Ucapan Terima Kasih

Ucapan jutaan terima kasih kepada mentor dan selaku guru online saya, Pn Khairunnisa Hamzahara @ Nisa Nua kerana tidak putus-putus memberi semangat dan tunjuk ajar dalam kelas yang disertai. Begitu juga sokongan daripada pengasas ABDR sendiri, Pn Masayu Ahmad dan juga guru online dan rakan ABDR yang lain.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya menjemput kalian semua untuk terus menyokong usaha saya dalam penulisan dan hasrat untuk merealisasikan matlamat untuk menjadi WAHM yang berjaya satu hari nanti. Teruskan membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini dan moga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sambil-sambil kita datang ke Fanpage WAHM Corner, saya menjemput kalian semua juga untuk klik butang 'like' sebagai tanda sokongan kepada penulisan saya. 

Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG