Nuffnang

Monday, 14 April 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Klik pada gambar untuk terus membuat tempahan
Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes yang ditulis oleh Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Ebook ini mengandungi 180 muka surat dan ditulis khusus untuk para suri mahupun sesiapa sahaja yang ingin mula bisnes. 

Pertama kali saya baca Bab 1, fikiran saya sudah mula berangan-angan. Ya terlalu banyak sebenarnya idea bisnes yang boleh dilakukan. Lihat dan analisa kepakaran dan kemahiran yang kita ada. Sebagai contoh, bisnes makanan. Sekiranya kita suka memasak, kita boleh mula dengan menjual makanan atau masakan yang kita mahir dan pakar. Sesuai dengan fitrah kita sebagai wanita sememangnya memasak tidak boleh dipisahkan daripada dunia kita sebagai suri. Apatah lagi sekiranya kita ada bakat dalam masakan. Ambil peluang ini untuk sama-sama kita kongsikan pengalaman dan kepakaran dengan orang lain. Sebagai contoh, sepupu suami saya, Puan Maszie Fatah. Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan kepakaran beliau adalah dalam bidang masakan. Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau mula kongsikan pengalaman tentang masakan melalui blog. Baru-baru ini beliau telah menceburkan diri dalam bisnes kuih talam dan pelbagai jenis kek. Kisah lanjut blog beliau boleh baca di sini: www.maszie.blogspot.com

Pendek kata, daripada bidang masakan pelbagai cabang bisnes makanan kita boleh jalankan. Antara contoh lain ialah bisnes menjual sarapan pagi, bisness roti dan kek, bisness khidmat katering, bisnes makanan sejuk beku dan banyak lagi. Seterusnya apabila bisnes masakan ini boleh dikembangkan lagi dengan membuka kelas atau bengkel masakan. Semua operasi bisnes adalah dari rumah dan dimulakan secara kecil-kecilan dahulu. 

Saya merujuk pada muka surat 14 Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, dikongsikan juga kisah inspirasi kejayaan seorang usahawan yang bermula dari rumah.

"Beliau melakukan usaha ini secara kecil-kecilan dari rumah selama tiga tahun. Selepa itulah baru mengorak langkah memiliki kedai sendiri. Selepas berhenti kerja, dengan menggunakan wang simpanan sendiri, sebanyak RM50,000 untuk dijadikan modal. 30 Jun 1999, membuka kedai Kek Hidayah Hidayah. Kisah lanjut inspirasi ini boleh dibaca di sini: http://mingguanwanita.karangkraf.com/wanita/wanita-bisnes/impian-jadiusahawan-kek-terlaksana-1.119518".

Saya baca lagi bab seterusnya didedahkan pula tentang mula bisnes tanpa modal dengan bisnes dropship. Antara petikan bab yang menarik untuk dikongsikan tentang bisnes dropship:

"Mula bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang tersebut di facebook, fan page, wen jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen. Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula pada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk".

Bercakap berkenaan bisnes dropship, bisnes ini amat sesuai sekali bagi suri yang mahu mula bisnes dari rumah secara kecil-kecilan. Kami di ABDR juga ada menawarkan bisnes dropship untuk produk digital dan produk fizikal. Bisnes ini amat mudah untuk dijalankan kerana kita tidak perlu menyimpan stok dan menghantar produk kepada pelanggan. Kita boleh kumpul komisyen yang diterima daripada bisnes dropship ini untuk dijadikan modal bisnes yang berskala besar pula. 

Saya baca bab seterusnya dan baca lagi sehinggalah selesai. Secara keseluruhannya, ebook ini merupakan naskhah yang wajib dibaca untuk semua golongan yang ingin mula menceburkan diri dalam bisnes. Untuk memulakan sesuatu bisnes, kita jadikan juga ilmu tentang bisnes ini sebagai modal kita dalam bisnes. Mengenalpasti idea bisnes amat penting sekali sebagai asas dalam memulakan sesuatu bisnes. Pastikan idea bisnes kita sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dan bukan kita buat bisnes kerana kita syok sendiri. Ketahui pasaran bisnes supaya kita boleh fokus atau niche bisnes kita.

Saya amat mengesyorkan kalian semua untuk baca dan memiliki ebook ini sebagai panduan dalam memulakan bisnes kalian. Antara lain, ebook ini juga turut mendedahkan:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matllamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Staregi Pemasaran Gaya Rasullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Dengan hanya pelaburan RM50 sahaja, kita dapat memiliki ilmu yang terkandung dalam ebook ini. Saya sudah membacanya dan sudah mula bisnes dari rumah. Ayuh, kalian juga boleh mula bisnes seperti yang kalian impikan selama ini. Bijak merancang, bertindak dan konsisten melaksanakannya.


Klik di sini untuk tempahan. Klik juga link ini untuk baca lanjut tentang ebook ini: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

Ops! Saya lupa hendak maklumkan berkenaan promosi ebook ini. Kami di ABDR ada berita baik untuk kalian semua. Harga biasa adalah RM100 untuk dua (2) buah ebook. Harga PROMOSI sekarang, kalian boleh miliki dua (2) buah ebook ini dengan harga RM50 sahaja.



Jadi, dapatkan dua ebook ini sebelum promosi ini tamat. Dengan memiliki dua (2) ebook ini, kita boleh mula cari idea yang sesuai untuk mula bisnes dari rumah dan jadikan blog sebagai platform kita untuk menjejak pelanggan.

Sebarang pertanyaan berkenaan ebook atau pakej kelas online ABDR, boleh terus hubungi saya melalui:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
FB peribadi: Yati Dbahri
FB Fanpage: WAHM Corner

Sama-sama kita menuju matlamat WAHM.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG