Nuffnang

Thursday, 24 April 2014

Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini dari awal pagi lagi hujan lebat turun membasahi bumi Putrajaya. Alhamdulillah, rahmat daripada Allah s.w.t dan hari ini saya rasa sangat tenang sekali. Rasa tenang kerana cuaca hujan tadi membuatkan keadaan sekeliling berasa sejuk dan nyaman. Terus saya capai laptop usang ini dan terus menulis. 

Menulis tentang apa ya? Ya, ulasan ebook yang masih tertangguh daripada minggu lepas. Kali ini saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman saya membaca Ebook Super WAHM Super Mom. Daripada tajuk ebook ini sahaja saya sudah rasa teruja untuk membaca selanjutnya. Ebook ini mengandungi 119 muka surat dan merupakan sebuah lagi naskhah hasil penulisan pengasas kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Sekali lagi saya berasa sangat kagum dengan hasil penulisan beliau. Saya kagum kerana inisiatif beliau untuk berkongsi pengalamannya dan wanita hebat lain yang saya kira sudah cukup punya pengalaman dan pengetahuan dalam bekerja di rumah. Bagi saya agak sukar sebenarnya untuk mencari bahan bacaan berkaitan WAHM, SAHM dan SOHO. Jadi, saya rasa amat bertuah kerana tergolong dalam salah seorang yang berpeluang membaca Ebook Super WAHM Super Mom ini. 

Saya mula baca bahagian Tinta Pengarang di muka surat 3, saya amat tertarik dengan kata-kata Puan Masayu ini:

Catatan ibu, isteri dan wanita,

Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita
kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan
fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan
sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan
anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang
berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan
dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan
mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan
akhirat

Masayu Ahmad 24.2.2013

Alhamdulillah, kata-kata Puan Masayu ini menjadi pencetus semangat untuk saya terus berjuang meneruskan langkah dalam menjadi WAHM yang berjaya kelak. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim kerana saya mempunyai suami yang cukup memahami. Keputusan dan pilihan beliau amat tepat pada ketika anak-anak memerlukan keberadaan saya untuk terus bersama mereka di rumah. Bermulalah cabaran saya untuk terus meraih kejayaan antara menjadi suri, isteri dan ummi yang bekerja di rumah. Saya ingat lagi masa saya mula-mula menjadi surirumah sepenuh masa, bermacam-macam perasaan dan emosi saya pada ketika itu. Adakalanya kita berasa senang hati, amat senang hati kerana dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Adakalanya saya akan berasa sunyi, sunyi kerana tiada teman-teman seperti di pejabat dahulu. Dan adakalanya kadang-kadang saya berasa bosan. Rasa bosan kerana saya sudah biasa bekerja dahulu dan berasa agak kekok apabila sudah tidak bekerja. Tapi apa-apapun, saya berasa amat berpuas hati kerana dapat membesarkan anak-anak hasil dari tangan kita sendiri. 

Saya lalui hari yang mendatang dengan tenang dan baik. Kata suami, berehatlah dahulu, buatlah apa-apa yang difikirkan seronok bersama anak-anak di rumah. Setahun sudah berlalu, setahun jugalah saya bergelar SAHM. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya diberi pula jalan ini. Ya, peluang untuk mula bekerja dari rumah pula. Dalam masa setahun itu juga saya membuat research tentang ilmu bekerja di rumah. Sudah merancang untuk mula berbisnes dari rumah. Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai ABDR dan lebih daripada itu saya dapat juga membaca ebook hebat ini. Ketika membaca ebook ini, saya rasa sangat terharu dan kagum kerana ramai sebenarnya wanita hebat diluar sana yang sudah berjaya melakukannya. Bukan mudah sebenarnya untuk meraih kejayaan tersebut. Ebook ini sangat sesuai untuk kita para suri yang sedang merancang untuk menjadi WAHM. Dengan membaca ebook ini, saya dapat merasai pengalaman wanita hebat di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman suka-duka dalam mengharungi cabaran sebagai WAHM. Pengalaman mereka sangat berharga untuk pemula WAHM seperti saya sebagai panduan untuk menuju kejayaan sebagai WAHM.

Bukan sahaja perkongsian hebat pengalaman wanita lain sebagai WAHM, ebook Super WAHM Super Mom ini juga turut mendedahkan tips bagaimana menghadapi tekanan stress bergelar WAHM, SAHM, SOHO. Tidak dinafikan pada awal pembabitan saya menjadi WAHM, saya berasa agak kelam kabut kerana masih tidak dapat menyeimbangkan antara urusan rumahtangga dan bisnes. Lebih mencabar lagi kerana saya masih mempunyai anak-anak yang kecil. Tetapi kini tidak lagi, alhamdulillah setelah saya merancang semula sedikit demi sedikit saya mula serasi dengan rutin harian saya sebagai WAHM. Sebagai WAHM, kita mesti bijak mengurus masa. Apa yang didedahkan dalam ebook ini tentang tips sukses urus masa, ianya amat membantu saya untuk lebih teratur dan terancang. Segala urusan dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala urusan dapat diselesaikan pada hari tersebut dan dalam masa yang sama seimbang antara rumahtangga, anak-anak dan bekerja di rumah.

Setuju dengan tajuk ebook ini Super WAHM Super Mom, pengisian yang diberikan dalam ebook ini amat bermakna kepada saya untuk terus istiqamah menuju kejayaan sebagai WAHM. Di akhir bab ebook ini juga turut mendedahkan tentang tips motivasi bekerja di rumah. Adakalanya saya akan berasa sedikit down. Maklumlah, cara bekerja WAHM amat berbeza sekali berbanding ketika kita bekerja di pejabat. Cara saya untuk memotivasikan diri sendiri, saya akan baca dan baca lagi tips motivasi ini berulang kali sebagai peringatan untuk diri saya. Alhamdulillah, saya rasa bahagia dan seronok sekali dengan ketentuan yang berlaku. 

Akhir kata, saya tertarik untuk kongsikan kata-kata Puan Masayu Ahmad dalam bab akhir dalam ebook ini:

Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang status surirumah.
Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah.
Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita terokai tambah rezeki.
Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan
peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga.

Bersyukur pada-Mu Ya Allah Ya Rahim kerana kita bergelar surirumah dan dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan dari rumah dan mengurus keluarga. Kerjaya inilah yang saya cari selama ini. Terima kasih Ya Allah.

Kepada kalian yang masih tercari-cari panduan untuk bekerja di rumah, saya amat mengesyorkan untuk kalian semua baca dahulu Ebook Super WAHM, Super Mom ini. Terima kasih Puan Masayu Ahmad atas penulisan beliau yang cukup memberi makna buat saya dan para suri yang lain.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

2 comments:

  1. assalamualaikum. salam ziarah dan salam kenal. saya link blog anda ke blog saya di bawah alumni penulis

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak Zue.. salam kenal & salam ziarah juga:-) terima kasih kerana sudi singgah di WAHM Corner!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG