Nuffnang

Wednesday, 9 April 2014

Apa Ada Pada Jenama

Teks: Haryati Dulbahri
Foto: carian google

Assalamualaikum w.b.t



Alkisahnya semalam anak sulung saya (Arissa) teringin sangat hendak makan kek coklat. Saya pun teringat akan sekotak tepung segera kek coklat yang ada di dapur pemberian kakak saya tempohari. Pernah tak dengar jenama tepung kek coklat moist ini. 'Tepung Hairan'. Amat unik sekali nama jenama tepung coklat ini. Sebagai WAHM, dengan adanya tepung kek coklat segera ini ianya dapat memberi idea kepada kita untuk menjimatkan masa kita memasak di dapur. Bukan sahaja mudah, malah bahan-bahan untuk membuatnya pun mudah. Hanya perlu tambahkan air sejuk dan sedikit minyak jagung/masak. Kemudian boleh terus dibakar atau dikukus. 

Bercakap tentang jenama, saya tertarik pula untuk mengupas topik ini dalam perniagaan kita. Dalam perniagaan, apa ada pada jenama? Kenapa jenama sangat penting dalam perniagaan?

Apa yang dimaksudkan dengan jenama?

Dari segi maksud, jenama adalah identiti keseluruhan sesuatu produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Berdasarkan kamus Oxford, penjenamaan (branding) pula bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau perkhidmatan supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama adalah penting dalam menambah nilai pada produk atau perkhidmatan kita. Bukan itu sahaja, diri kita sendiri juga sebenarnya adalah jenama kepada perniagaan kita. Dengan adanya jenama, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan akan menjadi lebih berharga (mahal) dan bernilai. Sebagai contoh, apabila kita menyebut bekas plastik untuk storage makanan, kita mesti akan sebut 'Tupperware'. Kenapa kita tidak sebut bekas plastik? Ini kerana jenama Tupperware telah lama diakui dan dipercayai oleh ramai pengguna/ pelanggan. Walaupun harga produk Tupperware mahal, pelanggan tetap memiliki produk Tupperware ini sebagai bekas makanan mesti ada di ruang dapur atau rumah. Ini kerana jenama Tupperware sememangnya dikenali dan dipercayai kerana ianya produk yang berkualiti dan tahan lama. 

Jadi, jenama memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenalkan perniagaan kita dengan bakal pelanggan supaya produk atau perkhidmatan kita dipercayai, dicari dan diperlukan oleh mereka. Apabila jenama perniagaan kita sudah dipercayai dan diyakini, maka amat mudah sebenarnya untuk kita mendapatkan potensi pelanggan.

Dalam perniagaan kecil, bagaimana untuk kita membina jenama perniagaan?

Tahukah kita, dalam perniagaan kecil seperti yang saya ceburi ketika ini, diri kita sendiri adalah jenama kepada perniagaan kecil kita. Sebagai contoh, saya menggunakan platform blog sebagai penjenamaan dalam perniagaan yang saya ceburi. Jadi, apa-apa sahaja yang saya lakukan dan kongsikan di blog akan melambangkan perniagaan saya. Bakal pelanggan akan terus berhubung dengan saya apabila hendak membuat pertanyaan, tempahan atau memberi pandangan.  Ini secara tidak langsung membina hubungan positif antara saya dan bakal pelanggan. Daripada blog tersebut, pelanggan juga akan tahu setiap perjalanan perniagaan kita. Jadi secara kesimpulannya, apa yang kita cakap dan lakukan ianya akan membentuk jenama perniagaan kita kerana mereka percaya dan yakin dengan produk atau perkhidmatan kita. Tiga keyword utama yang penting dalam penjenamaan selepas kita membuat pemilihan nama iaitu dikenali, disukai dan dipercayai. Inilah yang akan menentukan perniagaan kita dikenali ramai ataupun tidak.Sekiranya tiga keyword ini ada pada jenama perniagaan kita, maka jenama kita itu berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui teknik-teknik yang betul dalam membina jenama dalam perniagaan atau 'branding bisness'. Sekiranya kita menggunakan platform blog, amat penting juga untuk kita tahu teknik-teknik untuk menjadikan blog kita sebagai blog berpengaruh.

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kami amat berbesar hati menjemput kalian semua untuk hadir ke sesi coaching Bengkel Branding Yourself Strategies yang pertama kali di adakan oleh salah seorang guru online ABDR iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara @ Nisa Nua dengan kerjasama ABDR. Beliau telah berjaya menjadi seorang Arkitek dan WAHM yang berjaya. Kita hanya perlu peruntukan masa sehari sahaja untuk pelajari dan dapatkan teknik-teknik berikut daripada beliau:- 
  • penjenamaan diri dan perniagaan dan perkhidmatan.
  • merekabentuk perniagaan dan perkhidmatan.
  • strategi mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan agar lebih dikenali ramai dan mendapat liputan media serta di cari oleh pihak tertentu untuk kerjasama, tajaan dan sebagainya.
Dua bengkel yang dianjurkan telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur dan Melaka. Kita masih berpeluang lagi untuk menyertai bengkel ini dengan hadir di bengkel yang akan diadakan di Kelantan seperti berikut:

Tarikh: 26 April 2014 
Tempat: Kota Bharu, Kelantan
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Pendaftaran masih dibuka. Ayuh bertindak dan daftar sekarang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 

Maklumat lanjut sila layari http://bengkelbranding.blogspot.com/ atau daftar terus di www.bengkelbranding.com.

Salam kasih dan salam kejayaan.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG