Nuffnang

Thursday, 10 April 2014

Modal Untuk Mula Berniaga

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t




Alasan yang seringkali berlegar-legar di fikiran kita apabila bercakap tentang berniaga:

A: Saya minat berniaga ni, tapi tak ada modal la. 

B: Saya teringin sangat nak berniaga, tapi modal tak cukup lagi.

C: Kalau la saya ada modal, sekarang ini juga saya hendak berniaga.

Rata-rata daripada kita akan memberikan alasan tidak ada lagi modal untuk berniaga. Alasan ini jugalah yang menyebabkan kita tidak jadi untuk memulakan sesuatu perniagaan dan seterusnya impian untuk menjadi usahawan terus terkubur begitu sahaja.

Definisi Modal
Untuk mula berniaga, tidak dinafikan modal merupakan perkara asas untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bercakap tentang modal, selalunya kita sering tafsir modal itu sebagai wang atau harta benda yang digunakan sebagai asas yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Modal ini diperlukan bagi menghasilkan sesuatu yang dapat memberi pulangan atau sesuatu yang menambah nilai atau pendapatan kepada kita.

Kemahiran dan kepakaran
Tahukah kita bahawa modal perniagaan bukan sahaja berupa wang atau duit. Ya. Modal perniagaan juga sebenarnya kita boleh perolehi daripada apa yang kita miliki selain daripada wang. Cuba kita analisa semula apakah kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Kita boleh mula berniaga berdasarkan kepakaran atau kemahiran yang kita ada. Kepakaran dan kemahiran juga selalunya berkait rapat dengan apa yang kita minat (passion). Jadikan sesuatu yang kita minat (passion) itu sebagai modal untuk kita mula berniaga. Sebagai contoh, kita suka memasak kek. Kita boleh jadikan kepakaran dan kemahiran kita membuat kek sebagai modal dan idea perniagaan kita. Kita mula berniaga membuat kek dengan mengambil tempahan secara online atau offline. Semua urusan berniaga hanya dijalankan dari rumah. 

Banyak lagi contoh-contoh kemahiran yang kita boleh jadikan modal perniagaan. Antaranya kemahiran menulis, kemahiran menjahit, kemahiran membuat akaun, kemahiran tentang senibina dan banyak lagi. Setiap daripada kita mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing. Jadi, cuba fikirkan dan analisa potensi yang ada pada diri kita.

Ilmu, mentor dan sokongan
Selain wang dan kemahiran, modal perniagaan yang paling penting adalah ilmu. Untuk mula berniaga, kita mesti tahu formulanya. Kita mesti tahu selok-belok perniagaan dan pemasaran. Sebab itulah, kita perlu cari ilmu ini. Seperti yang saya kongsikan pada entri yang terdahulu, kita boleh menambah ilmu perniagaan dengan membaca. Bacalah sebanyak mungkin tentang ilmu berkaitan perniagaan. Kemudian, kita berusaha menambah ilmu dengan mencari mentor atau guru. Kita mesti berguru dengan orang yang telah berjaya melakukannya. Daripada situ kita akan ketahui formula kejayaan mereka dalam perniagaan. Kita boleh jadikan mereka sebagai mentor dan contoh dalam berniaga. Dalam masa yang sama kita juga perlukan sokongan perniagaan. Sokongan ini termasuklah sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan juga kumpulan sokongan yang mempunyai matlamat yang sama.

Jenama dan reputasi
Dalam perniagaan, reputasi kita adalah jenama diri kita. Penjenamaan perniagaan memainkan peranan yang penting sebagai langkah untuk kita dikenali dan dicari. Sebagai contoh, sekiranya kita mula berniaga dari rumah secara online, kita akan menggunakan medium blog dan facebook untuk membina reputasi dan jenama. Pastikan apa yang kita kongsikan di blog dan facebook adalah perkara yang bermanfaat kepada bakal pelanggan kita. Ini dapat mempengaruhi kepercayaan dan membina reputasi yang baik terhadap perniagaan. Apabila reputasi kita baik, secara tidak langsung orang akan yakin dan percaya dengan perniagaan kita. Ini merupakan modal perniagaan yang kita perlu bina daripada awal pelaksanaan perniagaan. Kejujuran, amanah dan menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang baik menentukan reputasi perniagaan kita supaya kekal lebih baik dan berjaya. 

Secara kesimpulannya, jangan jadikan ketiadaan modal berupa wang sebagai alasan kita untuk tidak memulakan sesuatu perniagaan. Kita boleh mulakan dahulu dengan apa yang ada. Kalau kita hanya ada sebuah komputer dan internet, kita boleh mula berniaga online dari rumah. Modal berupa wang tersebut akan kita kumpulkan sedikit demi sedikit apabila kita menggabungkan kesemua jenis modal perniagaan yang telah dibincangkan tadi. Tetapkan matlamat dan terus berusaha untuk melaksanakan rancangan yang telah dirangka. 

Semoga perkongsian tadi akan membuka minda kita untuk mula berniaga dan sama-sama meraih kejayaan.

Salam kasih.
:: Yati Dbahri ::
:: WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ::

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini terdiri daripada 600 blog peserta ABDR, 3 guru online yang berdedikasi dan berpuluh rakan niaga online. Kami menawarkan:-
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisness
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself Strategies oleh Puan Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan. (Daftar bengkel di http://www.bengkelbranding.com atau maklumat lanjut di http://bengkelbranding.blogspot.com)

Juga dapatkan ebook-ebook di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai rujukan kita semua (klik di sini).

Antara ebook-ebook yang terdapat di ABDR:


Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:

SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

#WAHM Corner
#PanduanBerniagaDariRumah
#AkademiBekerjaDiRumah

2 comments:

  1. Dunia semakin canggih, dengan internet macam2 boleh buat. Bukak kedai secara online pun tak guna modal yang banyak. Thanks untuk info..
    Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
    Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

    ReplyDelete
  2. Betul tu Pn Dalila Yusof, dengan teknologi IT skrg mcm2 idea bisnes kita bole mulakan dari rumah tanpa menggunakan modal wang yang banyak. Semuanya hanya di hujung jari. Mulakan dengan apa yg ada. Kemudian terus usaha bersungguh-sungguh, fokus & istiqamah. InsyaAllah :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG