Nuffnang

Tuesday, 1 April 2014

Mula Cari Ilmu Dengan Membaca

Assalamualaikum w.b.t

Teks: Haryati Dulbahri



Untuk menjawab persoalan di atas, saya ingin mengajak kita semua untuk renung kembali apakah nawaitu atau niat kita sebenarnya untuk menjadi seorang WAHM? Adakah kerana faktor kewangan, faktor tekanan di pejabat, faktor keluarga atau apa-apa sahaja faktor yang berkaitan. Walau apapun faktor atau sebab yang kita cuba rungkaikan, pastikan kita mulakan sesuatu perkara itu dengan niat yang betul. Insyaallah, apabila kita melakukan sesuatu dengan niat yang betul, tujuan atau matlamat yang kita tetapkan juga akan selari dengan niat kita itu tadi. Tujuan atau matlamat kita juga mestilah jelas dan realistik. Kita mesti tahu apakah matlamat kita untuk bekerja di rumah.

Berbalik kepada soalan mahukah kita menjadi seorang WAHM, sekiranya jawapan kita mahu, selain niat kita mesti betul, semangat dan keinginan kita juga perlu ada. Semangat dan keinginan inilah yang akan mendorong kita untuk terus berani melangkah keluar meneruskan cabaran sebagai seorang WAHM. Kita tidak tahu bagaimana untuk mula, maka carilah ilmu. Carilah ilmu tersebut dengan apa cara sekalipun. Ilmu tidak akan datang bergolek sahaja. Untuk mulakan langkah tersebut, kita boleh mula dahulu dengan membaca. Kita cari sebanyak mungkin ilmu tentang WAHM atau panduan bekerja di rumah.

Daripada pembacaan, kita akan faham teknik-teknik atau panduan bekerja di rumah secara teori. Melalui pembacaan ini, kita akan mula memahami satu persatu apakah dia sebenarnya WAHM dan bagaimana untuk menjadi seorang WAHM. Jenis buku pembacaan bukan setakat membaca berkaitan WAHM sahaja, kita cuba gandakan lagi pembacaan kita kepada skop buku yang melibatkan motivasi dan perniagaan. Kita cuba pula pelajari daripada mereka yang telah berjaya melakukannya. Dengan erti kata lain, setelah mencari ilmu, kita cari mentor pula. 

Kaedahnya juga adalah sama, untuk persediaan awal ini, kita mulakan dahulu dengan membaca. Baca sebanyak mungkin tentang kisah-kisah kejayaan WAHM yang telah berjaya melakukannya. Daripada pembacaan tersebut, kita akan dapat semangat dan inspirasi untuk terus mengorak langkah menjadi WAHM suatu hari nanti. Walaupun impian ini hanya rancangan kita lima atau sepuluh tahun akan datang, persediaan awal menuju ke arah seorang yang bergelar WAHM perlu dilakukan daripada sekarang. Sambil menyelam sambil minum air, sekiranya kita masih berstatus bekerja sepenuh masa dengan majikan, peruntukan sedikit masa kita untuk membaca berkaitan perkara yang saya bincangkan tadi. Kita lebih mengetahui apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini, tetapi Allah Lebih Maha Mengetahui dan Dia jualah sebaik-baik perancang.

Mulakan langkah kita dengan mencari ilmu tentang bekerja di rumah melalui pembacaan kita. Jadikan membaca sebagai sesuatu yang menyeronokkan di samping dapat mengisi masa lapang kita. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak ilmu yang akan kita perolehi. Sebagai panduan persediaan awal untuk menjadi seorang WAHM, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ada menyediakan beberapa pakej ebook bekerja di rumah.

Ayuh kita sama-sama menuju matlamat yang sama iaitu bekerja di rumah dengan bergabung dengan kami di ABDR. Antara pakej menarik ebook bekerja di rumah yang ditawarkan di ABDR yang boleh dijadikan panduan untuk bekerja di rumah adalah seperti berikut:-

1. Sekiranya kita sedang merancang untuk bekerja di rumah, dapatkan dan baca dahulu ebook atau naskah Jana Wang Di Rumah oleh Puan Masayu Ahmad (Pengasas ABDR) di sini: www.janawangdirumah.com

Harga: RM20

2. Mulakan langkah pertama kita dengan membina platform di alam maya dengan membina blog. Blog ini adalah sebagai langkah untuk kita bekerja atau berniaga dari rumah, membina jenama diri kita, mendapatkan pelanggan dan seterusnya menyampaikan apa-apa perkongsian daripada pembacaan, pemerhatian dan pengalaman kita sendiri. Mula baca dahulu ebook Belajar Asas Blog oleh Puan Masayu Ahmad. Ebook ini mendedahkan panduan langkah demi langkah membina blog dan teknik-teknik penulisan blog yang berpengaruh. Jadikan ebook ini sebagai bacaan asas untuk kita membina platform di alam maya iaitu melalui blog peribadi dan juga blog perniagaan.

Harga: RM50
Melalui ebook ini, kita akan didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam pembinaan blog dan penjenamaan diri
  • Langkah demi langkah bina blog
  • Jenis entri penulisan
  • Teknik penulisan berpengaruh
  • Tips blog berperngaruh
  • Tips penulisan
  • Motivasi dalam penulisan
  • Perkara asas dalam suntingan
  • Bonus: Teknik menulis ebook pertama

3. Teruskan mencari ilmu dengan membaca rangkaian ebook di ABDR mengikut pakej yang telah disediakan.

Pakej Asas WAHM/ SOHO: Bekerja Dari Rumah (mengandungi 3 buah ebook ABDR iaitu Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Super WAHM, Super Mom dan Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline)



Pakej Bekerja Di Rumah (mengandungi 3 buah ebook ABDR iaitu Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline dan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes)



Kandungan Bab Ebook Belajar Asas Blog
Bab 1: Analisa dan Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Kandungan Bab Ebook Super WAHM, Super Mom
Bab 1: Apa itu WAHM, SAHM, SOHO
Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Bab 3: Kisah Inspirasi WAHM, SOHO
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus tenaga super mama
Bab 8: Tips urus rumah tangga

Kandungan Bab Ebook 101 Idea Homed-Based Bisnes
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Starategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Kandungan Bab Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
Bab 1: Pengenalan Bisnes
Bab 2: Kemahiran
Bab 3: Barang Mentah/ Sumber Bekalan
Bab 4: Modal
Bab 5: Siapa Pelanggan/ Sasaran
Bab 6: Pendaftaran Bisnes
Bab7: Pengurusan Bisnes
Bab 8: Harga Tawaran
Bab 9: Promosi/ Pemasaran
Bab 10: Organisasi/ Badan Berkaitan
Bab 11: Pengalaman Bisnes
Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya
Bonus 2: Motivasi Bisnes

Berfikir dan bertindak. Ya. Jangan kita asyik berfikir sahaja. Kita mesti berani bertindak mencari apa yang kita mahu. Carilah ilmu tersebut. Ayuh kita sama-sama menuju matlamat untuk bekerja di rumah.

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi saya di:

SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
FB Official: Yati Dbahri
FB Official: Mompreneur Shoppe

Salam kasih,
Yati Dbahri :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG