Nuffnang

Thursday, 29 May 2014

Wajah Baru Dengan Semangat Dan Motivasi Baru

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Salam hari Khamis. Alhamdulillah hari ini blog WAHM Corner berwajah baru lagi. Kalian perasan tak perubahan yang berlaku pada blog WAHM Corner ini? Ya, saya tukar lagi tajuk blog dan desain header blog yang baru. Tajuk blog yang baru seperti yang tertera di header blog iaitu WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah. Ini kali ketiga saya menukar tajuk blog dan saya rasakan pada kali ini lebih serasi dan menepati apa yang saya mahukan. Walaupun kini saya telah selesai tugasan kelas online asas blog yang saya sertai, hari demi hari saya akan membuat penambahbaikan. Penambaikan yang saya buat adalah berdasarkan ilmu-ilmu yang saya pelajari dalam kelas online asas blog. Bagi usahawan kecil yang baru mulakan langkah seperti saya, ilmu dan perancangan yg rapi adalah kunci untuk saya melangkah ke hadapan. Ibarat kita mahu bergerak menggunakan sebuah kereta. Sudah tentu kita perlu tahu memandu dan juga tahu halatuju untuk ke mana. Begitu juga dengan seorang WAHM seperti saya dan rakan-rakan lain di akademi, kami jadikan ilmu dan mentor sebagai kunci untuk membawa ke arah matlamat kami. Matlamat yang merupakan halatuju kami untuk menjana pendapatan dari rumah dan dalam masa yang sama dapat menjaga amanah Allah s.w.t iaitu anak-anak dan keluarga dengan sebaiknya.

Baik, entri pada kali ini sebenarnya saya ingin kongsikan kaitan blog ini dengan rutin harian saya sebagai seorang WAHM. Jika dahulu ketika saya bekerjaya, rutin utama saya adalah menyediakan laporan mingguan pelaksanaan projek kepada majikan pada setiap hari isnin dan jumaat. Saya akan pastikan laporan tersebut lengkap dan menepati standard yang telah ditetapkan. Begitu juga kini apabila menjadi seorang WAHM. Sejak saya menjalankan bisnes secara online, saya jadikan platform blog ini sebagai medium perkongsian ilmu antara saya dan pembaca. Blog ini ibarat rumah maya saya di internet. Jadi, saya akan pastikan blog ini sangat disukai dan selesa dikunjungi oleh pembaca. Maksudnya ia bukan sahaja perkongsian ilmu yang bermanfaat di blog, malah ia juga meliputi keseluruhan persembahan blog ini. Ini termasuklah ciri-ciri blog seperti tajuk blog, header blog, warna tema blog, logo dan tagline blog dan susun atur widget-widget tambahan di blog. Bagi saya ini amat penting sebagai langkah penjenamaan blog dan perniagaan yang saya jalankan.

Apa pendapat kalian apabila melihat tajuk blog dan desain header blog WAHM Corner yang baru ini? Seperti saya, saya akan rasa bersemangat lagi untuk terus menulis dan rasa sangat motivasi untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Ya, harapan saya kalian juga akan rasa bersemangat dan mempunyai motivasi diri untuk melakukan sesuatu perubahan. Perubahan yang mungkin pada kalian adalah mustahil untuk dilakukan. Padahal ia akan menjadi realiti apabila kita berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan tersebut. Jadi, kunci utama di sini, kita harus berani mencuba. Jangan takut pada kegagalan. Kerana sekiranya kita gagal, kegagalan itulah yang akan menjadi punca untuk kita terus bangun dan menjadi pendorong untuk kita mencapai sesuatu kejayaan.

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat kepada Allah swt kerana diberi jalan dan  peluang untuk bersama-sama bergerak secara berjemaah dalam rangkaian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Lebih-lebih lagi seperti saya yang baru setahun jagung dalam bisnes ini. Apa yang saya mahukan semuanya ada di ABDR. Saya mula dalam bisnes daripada zero. Walaupun saya mempunyai ijazah dalam perniagaan, ianya tidak sama apabila kita berguru dan belajar daripada orang yang telah berjaya melakukannya. Ilmu tanpa amal tidak akan ke mana-mana. Jadi, pastikan apa yang kita pelajari dimanfaatkan sebaiknya. Manfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah manfaatkan juga untuk lebih ramai orang lain. InsyaAllah, inilah yang sedang saya lakukan. Kehidupan juga ibarat sebuah perniagaan. Ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Begitu juga perniagaan. Adakalanya kita untung dan adakalanya kita rugi. Ini semua asam garam kehidupan dan perniagaan. Semua perkara yang berlaku inilah yang menjadi cabaran yang akan memotivasikan diri kita sendiri. Untuk itu, setiap pagi apabila bangun dari lena, saya akan pastikan diri saya bersemangat dan sentiasa ada motivasi diri untuk terus melangkah ke hadapan. Yang pasti saya akan memilih untuk menjadi bahagia dengan pilihan yang saya lakukan kini iaitu WAHM. 


Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 11 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

-->> Untuk tempahan desain header blog, watermark dan logo seperti di atas, kalian boleh terus hubungi Puan Sue Haida atau jemput singgah ke laman blog beliau di sini: www.suesukasusun.blogspot.com

Monday, 26 May 2014

Disiplin Dan Bijak Menguruskan Masa

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Hari ini diberi peluang lagi untuk kembali menulis di blog WAHM Corner. Minggu ini bermulalah cuti sekolah selama dua minggu. Minggu yang lalu dan minggu ini adalah minggu yang agak sibuk untuk kami sekeluarga di kampung halaman. Alhamdulillah, urusan majlis pernikahan adik bongsu lelaki telah selesai berlangsung pada Sabtu yang lepas disusuli majlis persandingan yang berlangsung semalam di Melaka. InsyaAllah pada hujung minggu ini akan berlangsung pula majlis resepsi di sebelah keluarga kami di Selangor. 

Sebagai salah seorang kakak pengantin, saya juga turut terasa kesibukan persiapan majlis resepsi yang akan berlangsung 1 Jun ini. Antaranya saya mengambil peluang ini dengan membantu dari segi persiapan baju ahli keluarga yang akan kami pakai pada hari tersebut. Saya ambil peluang ini untuk mengembangkan bakat yang ada. Bakat menjahit yang akan saya kongsikan cerita dan pengalaman dalam sebuah blog saya yang lain. Selain bakat menjahit, saya ambil peluang ini juga untuk mempraktikkan apa yang saya belajar dalam kelas asas blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang saya sertai. Saya bina blog baru dan saya fokuskan cerita dan pengalaman saya dalam menjahit di blog yang masih dalam proses untuk disiapkan ini iaitu blog Ilham Seni Jemari by Yati Dbahri. 

Walaupun minggu ini agak sibuk dengan urusan perkahwinan adik, saya cuba sebaik-baiknya untuk membahagikan masa antara urusan di SOHO WAHM Corner dan rutin biasa di rumah. Disiplin dan pengurusan masa yang betul amat penting bagi memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar. Bagi saya tiada istilah bersenang-lenang untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Kita perlu berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. 

Jika diimbas kembali semasa saya bekerjaya dahulu saya akan masuk ke pejabat seawal jam 7.50 pagi. Sampai di pejabat saya akan mulakan tugas dengan menyemak emel yang masuk di inbox. Tepat jam 8.30 pagi saya akan memulakan tugasan mengikut senarai 'Things To Do' list yang telah disenaraikan pada hari sebelumnya. Pada kebiasaan, saya akan senaraikan 'Thing To Do List' untuk hari esoknya sebelum pulang ke rumah. Saya akan senaraikan tugas yang perlu dibuat mengikut keutamaan tugas yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Begitu juga apabila saya menjadi seorang WAHM kini. Saya lakukan perkara yang sama. Senarai Things To Do List ini amat membantu dalam rutin harian saya. Walaupun konsepnya saya bekerja di rumah, rutin pagi saya sama juga ketika di pejabat dahulu. Pada waktu pagi saya akan semak emel pelanggan yang masuk di inbox dan saya akan mulakan tugas mengikut senarai Things To Do List yang telah dibuat. Saya yakin setiap daripada kita terlalu banyak perkara yang ingin dibuat dalam satu hari. Sekurang-kurangnya apabila kita sudah senaraikan perkara yang ingin dilakukan, ianya dapat memudahkan kita melakukan tugas dengan lebih efektif dan konsisten. 

Jadi, kunci utama di sini adalah disiplin dan bijak menguruskan masa. Kita mesti disiplin dengan jadual kerja yang telah kita tetapkan dan bijak menguruskan masa antara rutin harian sebagai suri rumah dan juga sebagai suri yang bekerja di rumah. InsyaAllah, apabila cara bekerja kita teratur dan kemas, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan tekanan (stress) bekerja di rumah. Seterusnya hasil kerja kita pun akan berjalan lancar mengikut masa dan perancangan yang telah ditetapkan.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Thursday, 22 May 2014

7 Magnet Murah Rezeki

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Majalah IK (Inspirasi Kejayaan; Isu 05; 2012).

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari khamis untuk semua pembaca blog WAHM Corner. Pagi tadi saya mengemas majalah-majalah lama, tiba-tiba saya terjumpa majalah IK (Inspirasi Kejayaan) yang diterbitkan oleh Sifu Perniagaan Internet, saudara Irfan Khairi. Pernah tak kalian baca majalah ni? Pada pendapat saya majalah ini sangat menarik kerana kandungannya penuh dengan informasi-informasi berkenaan motivasi perniagaan, perniagaan internet, kisah inspirasi kejayaan usahawan lain dan banyak lagi. 

Saya belek satu persatu helaian majalah ini dan saya baca satu entri menarik di majalah ini dan saya rasa terpanggil untuk kongsikan dengan kalian. Mungkin kalian juga pernah membaca tentang tajuk ini iaitu 7 Magnet Murah Rezeki menurut perspektif Islam. Jom kita hayati apakah 7 magnet murah rezeki tersebut. Saya oleh semula isi kandungannya mengikut pemahaman pembacaan saya. (Untuk artikel penuh, kalian boleh baca Majalah IK; Isu 05; 2012).

1) Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa
Fitrah kita sebagai manusia seringkali lalai dan leka kerana kita seringkali tewas kepada nafsu. Nafsu yang kadang-kadang mendorong kita melakukan kesalahan dan dosa. Jadi sebagai hamba-Nya, kita perlu mohon keampunan dari Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi dalam konteks mencari rezeki. Rezeki itu adalah daripada Tuhan dan kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki tersebut. Kita percaya bahawa rezeki itu sebenarnya sangat kuat hubungannya dengan Allah s.w.t dan Allah juga sudah memberi jaminan rezeki kepada hamba-Nya seperti firman-Nya dalam Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 37 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidal terhitung jumlahnya". (Ali 'Imran 3:37)

Oleh itu, memohon keampunan kepada Allah adalah sangat penting untuk mendapat keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam konsep rezeki. Adalah menjadi keutamaan untuk kita mencari redha-Nya dalam setiap usaha kita. Kita sebagai khalifah-Nya, pohonlah keampunan dari Allah s.w.t atas segala dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Selalulah kita bertaubat dari dosa yang dilakukan dan kembali kepada-Nya Yang Maha Mencipta dan Menentukan. InsyaAllah, apabila usaha kita diredhai Allah swt, pintu rezeki akan terbuka untuk kita seluas-luasnya.

2) Mohon Keampunan Sesama Manusia
Tugas kita seterusnya adalah memohon keampunan sesama manusia. Kehidupan kita di dunia adalah sementara. Sebagai manusia kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lebih dari itu, kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah melakukan kesilapan sesama manusia. Sebagai contoh mengumpat, mengutuk, hasad dengki, prasangka buruk, mencuri, menipu dan sebagainya.

Oleh itu, kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengakui dan memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan sesama manusia. Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun dan sedia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Begitu juga kita sebagai manusia, kita perlu memohon keampunan sesama manusia kerana manusia itu sendiri yang dapat mengampunkan kesalahan kita.

3) Memohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa
Setiap apa yang kita lakukan, kita mestilah memohon keampunan dan doa restu daripada kedua ibu bapa kita. Siapalah kita di dunia ini tanpa mereka berdua. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa terhadap kita sebagai anak-anak. Jadi, dalam setiap usaha yang kita lakukan, pohonlah keampunan selalu daripada mereka. Kemudian pohonlah juga doa dan restu daripada kedua ibu bapa kita. Inilah yang akan menjadi kunci magnet murah rezeki kita dan seterusnya kunci kejayaan kita. InsyaAllah.

4) Solat Sunat Dhuha
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terkandung pelbagai hikmat dan fadhilatnya. Begitu juga bagi kita yang mengerjakan solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha ini adalah salah satu amalan Rasullulah s.a.w yang digalakkan untuk diamalkan. Inilah sebahagian amalan yang menjadi magnet murah rezeki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan".

Rasullullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat".

5) Menjaga Amal Makruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Zikir
Sudah menjadi kewajipan kita untuk mengajak sesama manusia kepada perkara-perkara yang makruf (kebaikan) dan mencegah daripada melakukan sebarang kemungkaran. Kunci magnet murah rezeki yang seterusnya adalah untuk kita menjaga amalan kebaikan. Kita wajib taat kepada perintah Allah yang terkandung dalam Rukun Islam. Sebagai contoh, solat lima waktu. Dalam kesibukan kita mencari rezeki, kita hendaklah utamakan perintah Allah swt. Kita dahulukan waktu solat dan jangan sesekali meninggalkannya. 

Begitu juga dengan amalan berzikir. Seperti yang kita tahu, amalan berzikir banyak kelebihannya. Apabila kita berzikir ia mampu mendekatkan kita kepada Allah swt sebagai cara kita mengingati-Nya. 

Allah swt berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan solat". (Surah Al-A'laa: 14-15)

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa jaminan Allah s.w.t bagi sesiapa yang mengingati-Nya (berzikir) akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar di dunia dan di akhirat. 

Oleh itu, kita mestilah menjaga semua amalan kita. Kita cuba untuk memperbanyakkan apa-apa amalan yang mendatangkan kebaikan dan jauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. InsyaAllah dimurahkan rezeki kita oleh Allah s.w.t.

6) Berzakat dan banyakkan bersedekah
Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia". (Surah Al-Hadid; 57:11)

Kunci magnet murah rezeki yang seterusnya adalah berzakat dan memperbanyakkan amalan bersedekah. Dalam Islam antara ibadah wajib yang dititikberatkan adalah solat dan berzakat. Zakat dapat membersihkan harta kita dan adalah hubungan kita sesama manusia. Dengan berzakat kita dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan. Begitu juga dengan amalan bersedekah. Selain dapat membantu yang memerlukan, sedekah juga dapat meluaskan rezeki kita. Perluaskanlah rezeki kita dengan memberi dan terus memberi. InsyaAllah, semakin banyak kita memberi semakin banyak rezeki yang kita terima.

7) Berdoa Bersunguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah sebaik-baik senjata bagi orang mukmin. Jadi, sebagai hamba-Nya, jangan sekali-kali kita berhenti berharap dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Setiap perkara yang kita lakukan kita mestilah iringi dengan doa. Kita berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan istiqamah dalam melakukan sesuatu. Selebihnya kita bertawakkal dan berdoa semoga Allah s.w.t memurahkan rezeki kita dan seterusnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya. InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan pedoman kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Tuesday, 20 May 2014

Domain Baru Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. 

Selangkah maju ke hadapan. Bertarikh pada hari ini 20 Mei 2014 (Selasa), Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasminya bersiaran di laman weblog yang baru. Saya mewakili rakan-rakan di ABDR amat berbesar hati untuk menjemput kalian singgah di sini:


Jemput juga singgah ke laman blog ABDR yang lama di sini:


Tanniah kepada Pengasas ABDR Puan Masayu Ahmad dan semua barisan guru online ABDR! Semoga lebih ramai lagi yang akan dapat manfaat daripada rangkaian ABDR.

Mari kita berkenalan dengan mereka: 

1. Pn. Masayu Ahmad (pengasas ABDR) –https://www.facebook.com/masayu.ahmad


Barisan guru online yang bertugas:

2. Zaila Mohamad – https://www.facebook.com/zaila.mohamad


>> www.zailamohamad.blogspot.com

3. Nisa Nua – https://www.facebook.com/nisanua


>> www.khairunnisahamzahara.blogspot.com

4. Anys Idayu Zakaria – https://www.facebook.com/anies.aiz


>> www.anysidayu.blogspot.com

5. Aishah Hussein – https://www.facebook.com/aishah.hussein7


>> www.aishah-hussein.blogspot.com

6. Iryani Ahmad – https://www.facebook.com/iryani.ahmad.54


>> www.iryaniahmad.blogspot.com

7. Norazizah Sudin – https://www.facebook.com/norazizah.sudin


>> www.norazizahsudin.blogspot.com

8. Wani Mn – https://www.facebook.com/zahwanimn


>> www.nurzahwanimohdnor.blogspot.com

9. Mie Normi – https://www.facebook.com/mie.normi


>> www.normiyusof.blogspot.com

10. Monalita Mansor – https://www.facebook.com/monalitamansor.1


>> www.monalitamansor.blogspot.com

11. Azura Abdullah - https://www.facebook.com/KuasaPengguna


>> www.azuraabdullah.com

12. Ashikin Hashim - https://www.facebook.com/ashikin.hashim.12?fref=ts


>> www.ashikin-hashim.blogspot.com

13. Netty Ah Hiyer - https://www.facebook.com/netty.hiyer


>> www.netty-ahhiyer.blogspot.com

14. Mazlia Murat - https://www.facebook.com/mazlia.murat


>> www.mazliamurat.blogspot.com
Selamat datang pelajar baru Mei 2014. Bergabung dengan kami di www.akademibekerjadirumah.com yang kini mencecah 700 blog. Kami menerima pendaftaran terus menerus melalui kelas-kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Pendaftaran pengurus online
7. Kelas akaun online/offline
8. Kelas jualan telekung solat borong
9. Beriklan dengan kami di sohodiretory dan pautan 700 blog

Untuk pertanyaan/pendaftaran, hubungi saya:

Yati Dbahri
Pengurus Online Akademi
SMS/WA: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com
www.haryatidulbahri.blogspot.com

"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

Monday, 19 May 2014

Bergabung Dengan Kami Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

>> Kalian merancang menjadi seorang WAHM?
>> Kalian merancang untuk mula perniagaan dari rumah?

Kenali potensi yang ada pada diri kalian. Jadikan ia sebahagian daripada perancangan awal untuk kalian bekerja dari rumah atau mula perniagaan dari rumah. 

Kita mula dengan apa yang ada. Setiap daripada kita ada bakat dan kemahiran. Kita analisa dan kembangkan bakat dan kemahiran ini dalam perniagaan. Kita mula dengan apa yang kita minat (passion).

Berani bertindak untuk melaksanakan rancangan kita langkah demi langkah.

Mulakan dengan apa yang ada dan mudah dipelajari.

Kita gunakan platform yang paling mudah di internet iaitu blogspot. Kita kongsikan bakat dan kemahiran yang ada melalui penulisan di blog. Apabila penulisan kita mula disukai pembaca, daripada pembaca boleh bertukar menjadi bakal pelanggan. Seterusnya kita promosi pula di platform lain seperi di fanpage di facebook. Pelajari langkah demi langkah untuk mempromosikan perniagaan kita di khalayak dengan hanya dihujung jari.

>> Mahukah kalian belajar langkah demi langkah bina blog?
>> Mahukah kalian belajar teknik penulisan yang betul di blog?
>> Mahukah kalian bersama saya dan rakan-rakan lain bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)?



Mulakan langkah kalian dengan mencari ilmu dan mentor. Bergabung dengan kami di ABDR yang kini hampir mencecah 700 blog. Kita sama-sama belajar dan capai matlamat yang sama. Kami di ABDR menerima pendaftaran yang berlangung setiap hari. Kalian boleh pilih dan daftar mana-mana kelas apabila sudah bersedia:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Pendaftaran pengurus online
7. Kelas akaun online/offline
8. Kelas jualan telekung solat borong
9. Beriklan dengan kami di soho directory dan pautan 700 blog.

Selain itu, kami juga ada menawarkan perkhidmatan membina blog. Pihak kami akan membinakan blog untuk kalian yang lengkap. Lengkap dengan Fanpage, borang tempahan, 5 label khusus dan lengkap dengan penjenamaan di blog iaitu pemilihan alamat blog, tajuk blog dan perkara asas yang perlu ada di blog. Ini perkara penting untuk tujuan mendapatkan kepercayaan pembaca atau bakal pelanggan.

Untuk pertanyaan/pendaftaran selanjutnya, hubungi saya:

Yati Dbahri
Pengurus Online ABDR
SMS/WA: 019-6627100
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
www.haryatidulbahri.blogspot.com
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Sunday, 18 May 2014

Kembangkan Bakat Yang Ada

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk hari ini. Siang tadi saya selesaikan sepasang lagi baju untuk dijahitkan lace dan hiasan manik. Kemudian petang hingga ke malam kami berkampung di kampung halaman bagi menyelesaikan beberapa persiapan perkahwinan adik yang bakal berlangsung minggu hadapan dan 1 Jun nanti. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengembangkan bakat menjahit yang terpendam selama ini. Saya realisasikan impian dan minat saya dalam jahitan. Kata kuncinya adalah 'mulakan dengan apa yang ada'.

Saya ambil peluang ini untuk cuba menjahit lace dan manik di baju yang akan dipakai semasa majlis perkahwinan adik saya nanti. Bermula dengan menjahit lace dan manik untuk anak perempuan saya, kemudian adik perempuan saya  dan seterusnya untuk diri saya sendiri. InsyaAllah, saya dalam proses untuk wujudkan sebuah lagi blog khusus untuk menceritakan catatan pengalaman saya dalam jahitan ini. Saya namakan blog ini nanti sebagai Panduan Jahit YatiDbahri. Nama YatiDbahri juga akan menjadi label jenama  untuk semua hasil kreatif saya dalam bidang jahitan. 

Projek DIY #1: Jahit Simple Lace & Beads.
Hasil kreatif penulis menjahit lace & beads di baju dress Arissa

Projek DIY #2 ~ Jahit Exclusive Lace & Beads.
Sentuhan kreatif penulis menjahit lace & beads di baju adik
Bercerita tentang minat saya dalam jahitan, saya mula menjahit baju sendiri seawal usia 14 tahun. Pada ketika itu, saya sudah mahir menggunakan mesin jahit dan boleh menjahit baju kurung sendiri. Mak adalah guru yang mengajar saya menjahit ketika itu. Akan tetapi apabila sudah sibuk belajar di universiti dan seterusnya bekerja, bakat dan kemahiran yang ada dibiarkan begitu sahaja. Tiada masa lagi untuk menjahit baju sendiri sehinggalah tahun yang lalu. Saya ambil peluang untuk pergi ke kelas jahitan. Walaupun sebenarnya saya masih lagi tidak mempunyai mesin jahit. Saya pasangkan nawaitu untuk berguru supaya lebih mahir tentang jahitan. Alhamdulillah, tahun ini dengan izin-Nya saya dapat menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Apabila masuk ke rangkaian ABDR ini, saya rasa lagi bersemangat untuk kembangkan bakat dalam bidang jahitan. Alhamdulillah, Allah telah beri jalannya. Saya suntik semula semangat saya untuk menjahit. Saya rancang semula matlamat dan tindakan saya untuk pergi jauh dalam bidang jahitan ini. InsyaAllah impian saya untuk mempunyai mesin jahit idaman dalam masa terdekat ini. Kemudian saya akan hadiri kursus jahitan lagi seawal-awalnya bulan Julai nanti. Apabila sudah mahir menjahit saya akan realisasikan apa yang saya belajar dengan mempunyai label jenama sendiri dan seterusnya promosikan perkhidmatan melalui blog dan fanpage.

Baik, sementara menunggu mesin jahit dan hadiri kelas jahitan, saya mula dengan apa yang ada dahulu. Saya mula dengan jahitan yang paling asas dan mudah. Saya juga dalam proses untuk bina blog khas dalam jahitan ini. Dalam blog tersebut saya akan catatkan segala pengalaman saya dalam jahitan, kongsi tutorial menjahit, tips jahitan dan sebagainya. Semoga apa yang saya rancangkan akan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah, kalian nantikan ya kemunculan blog Panduan Jahit YatiDbahri ini yang bakal siap nanti.

Secara kesimpulannya, setiap daripada kita dianugerahkan bakat. Bakat yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak ketahui. Jadi, kita analisa diri masing-masing, mesti akan ada satu bakat terpendam yang ada dalam diri kita. Sekiranya kalian berminat untuk mula berniaga, kalian ambil peluang yang ada dengan mengembangkan lagi bakat dan potensi yang kalian ada. Lakukan apa yang kita suka dan minat. InsyaAllah, bila kita minat, kita tidak akan pernah rasa jemu dan bosan. Malah lebih daripada itu, kita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh kerana kita memang minat. InsyaAllah. 

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Cerita berkenaan Hari Guru, saya teringat kembali zaman persekolahan dahulu. Apabila tiba Hari Guru, pihak sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriah sekali. Pada kebiasaannya, saya dan adik-beradik yang lain akan sibuk menyediakan sesuatu untuk diberikan kepada guru kelas masing-masing. Tidak ketinggalan kad ucapan juga kadang-kadang saya akan buat sendiri untuk diberikan kepada guru. Ini semua kami lakukan sebagai tanda terima kasih kepada guru. Alangkah seronoknya jika kita dapat kembali ke zaman tersebut.

Masa silih berganti, kini saya telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Anak yang sulung telah bersekolah di tadika. Seperti tahun yang lepas, sambutan Hari Guru merupakan acara wajib yang akan diadakan pada setiap 16 Mei. Jadi, sebagai Ummi, saya akan sediakan juga sesuatu hadiah untuk diberikan kepada guru yang mengajar Arissa di sekolah. Alhamdulillah, sebentar tadi saya sudah selesai membalut hadiah tersebut untuk guru-guru Arissa. Terus saya teringat pula Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Ya, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada Cikgu Nisa Nua yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam sesi kelas online asas blog yang saya sertai di ABDR. Tidak lupa juga kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan semua barisan guru online di ABDR. Terima kasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian ilmu yang diberikan. 

Seterusnya, saya tujukan juga untuk semua guru yang mengajar saya sejak dibangku sekolah lagi hinggalah di peringkat universiti (Tadika KEMAS Jenjarom, SK Jenjarom, SRA Jenjarom, SAMTTAR, Pusat Matrikulasi UIA dan UIA Gombak). Begitu juga kepada guru-guru yang mendidik dan menjaga anak-anak saya iaitu di Taska Bintang Bistari Presint 14 dan Cendekiawan Educare, Presint 9, Putrajaya.

Akhir sekali secara keseluruhannya saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kalian yang bergelar guru dan pendidik. Jasa kalian amatlah dihargai dan akan dikenang sampai bila-bila. 

Jazakallah.

Sajak Guru Oh Guru 

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini siap sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjana kenangan ke akhir hayat

(Usman Awang, 1979)

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Thursday, 15 May 2014

Tupperware di Blogshop Yatt Tuppylicious

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, berkat usaha dan komitmen yang diberikan dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes di bawah kelolaan Cikgu Nisa Nua, dengan izin-Nya pada hari ini secara rasminya saya berjaya menyiapkan sebuah lagi blog berkonsepkan blog kedai yang lengkap dan sedia untuk dikunjungi.

Bermula dengan blog pertama di WAHM Corner, saya pelajari langkah demi langkah menyelesaikan tugasan mengikut modul kelas yang telah ditetapkan. Daripada zero tentang selok belok penulisan di blog, alhamdulillah saya sudah mula tahu caranya dan mampu menulis mengikut standard yang sepatutnya. Lebih menggembirakan, saya sudah mula serasi dan jatuh cinta untuk terus menulis dan menulis. Tidak dinafikan sebenarnya dalam diri kita ini sebenarnya terdapat bakat yang terpendam. Bakat yang kadang-kadang kita tidak tahu ada pada diri kita. Sebab itulah kita perlu analisa dan kenali betul-betul apakah potensi atau bakat yang ada pada diri kita. Ya, dalam konteks bakat yang saya baru ketahui itu adalah bakat menulis. Menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada diri saya dan juga orang lain. Alhamdulillah.

Kini selangkah maju lagi untuk diri saya di WAHM Corner dalam penulisan blog dan berbisnes dari rumah. Dalam perancangan saya, ada dua buah blog lagi yang bakal saya siapkan. Secara rasminya hari ini pada 15 Mei 2014, saya lancarkan blog kedai saya yang diberi nama Yatt Tuppylicious. Apa yang saya guna dan minat, saya akan kongsikan manfaatnya dengan kalian. Untuk blog kedai Yatt Tuppylicious ini, saya ilhamkan atas minat mendalam saya terhadap produk Tupperware Brands. Daripada hanya seorang pengguna, saya sertai menjadi konsultant Tupperware sejak tahun 2009 atas dasar untuk kegunaan sendiri. Tapi kini, setelah mengikuti Kelas Asas Blog Dan Fanpage Mula Bisnes di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya aplikasikan teknik yang dipelajari dengan mewujudkan blog kedai ini pula. Dalam masa yang sama, daripada hanya ahli biasa, saya kembangkan lagi potensi dengan menawarkan produk Tupperware ini secara online dan offline. 

Klik pada gambar untuk terus ke pautan blog Yatt Tuppylicious
Dengan dibantu oleh Team Leader saya dalam Tupperware iaitu Puan Azlin Mohd Sulan, kini saya mula bergerak selangkah lagi dalam berbisnes tupperware secara online. Terima kasih kepada Puan Azlin kerana tidak pernah putus memberi sokongan untuk saya terus berbisnes online ini. Jemput lawati page beliau di Usahawanita Enterprise.

Istimewanya di Yatt Tuppylicious, kalian boleh memiliki produk Tupperware idaman pada harga yang murah dan berpatutan. Setiap pembelian akan diberikan diskaun lagi daripada nilai 10% hingga 25% daripada harga yang tertera di katalog kempen.  Ini merupakan tawaran terbaik yang boleh didapati di Yatt Tuppylicious. 

Saya dengan berbesar hati menjemput kalian semua untuk lawati blog kedai Yatt Tuppylicious di sini: www.yattuppylicious.blogspot.com

Juga boleh 'like' page Yatt Tuppylicious di laman Facebook di sini: Yatt Tuppylicious

Sekiranya ada yang berkenan di hati, jangan segan silu untuk PM atau SMS/WA: 019-6627100 untuk pertanyaan/ tempahan selanjutnya. 

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

Tuesday, 13 May 2014

Kelas Urus Akaun Anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lepas, 10 Mei 2014 telah berlangsung Bengkel Urus Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di Shah Alam, Selangor. Kelas akaun ini buat pertama kalinya di adakan secara offline telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para usahawan kecil samada secara online atau offline. Saya seronok melihat gambar-gambar para peserta yang dikemaskini oleh Cikgu Aishah di laman Facebook dan blognya iaitu blog Tips Resepi Mudah Untuk Suri Rumah. InsyaAllah saya juga menyimpan hasrat untuk menghadiri bengkel ini suatu hari nanti.

Baik. Pada kalian yang tidak dapat menghadiri kelas akaun yang lalu, kami di ABDR sekali lagi berbesar hati akan menganjurkan kelas akaun ini seperti berikut:

Tarikh: 14 Jun 2014 (Sabtu)
Lokasi: Shah Alam, Selangor
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Yuran: RM220
(Makan tengahari, air mineral dan sijil penyertaan disediakn)

Modul Kelas Urus Akaun
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang boasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit and loss. Anda untung atau rugi?
6. Case study (full set of book keeping). 
Case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Kami juga ada mengadakan kelas akaun ini secara online, tarikh terdekat adalah pada 19 Mei 2014 (Isnin).

Antara masalah rutin harian yang dihadapi oleh Usahawan Bisnes Kecil:
  • Tidak tahu menjejaki kos, untung dan aliran tunai bisnes
  • Terlalu banyak kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
  • Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
  • Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
  • Membeli stok yang banyak pada awal bisnes menyebabkan zero keuntungan
  • Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
  • Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
  • Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
  • Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Apa kata peserta yang telah menghadiri Kelas Urus Akaun?

1) Ulasan salah seorang peserta kelas akan online - Cik Azue

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.

Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.

Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.

Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses

Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah

a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini



Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.




Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*



Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duitPERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*




Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?

Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan

a) Sebut harga (Qoutation)

b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran


*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*



Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.

Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.

Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN.

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet



"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."

Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?

Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Sumber: http://kuazue.blogspot.com/2014/04/krat-seni-jahitan-sulaman-ulasan-kelas.html



*****

2) Ulasan Kelas Akaun - Nurhidayah Bahari 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.


******

Untuk pertanyaan/pendaftaran, hubungi saya melalui:
Facebook: WAHMCornerPBDR atau Yati Dbahri
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-6627100
Atau boleh terus daftar kelas akaun di sini: http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html


Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG