Nuffnang

Friday, 9 May 2014

10 Ciri Blog Berpengaruh

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber: Ebook Belajar Asas Blog

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari Jumaat. Moga hari ini kita semua dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Esa dan mendapat keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan hari ini. Amin.

Sedar tidak sedar sudah hampir 3 bulan saya menulis di WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah. Alhamdulillah, setakat saya menulis hari ini, blog WAHM Corner telah mencapai 7,826 jumlah pengunjung (total pageview). Satu pencapaian yang agak memberansangkan untuk saya yang baru bermula berjinak-jinak menulis di blog. Bagi saya, jumlah pengunjung ini penting sebagai satu tanda aras bagi kemajuan blog WAHM Corner secara amnya.



Baik, sebentar tadi saya rujuk semula Ebook Belajar Asas Blog. Saya tertarik untuk kongsikan tips tentang blog berpengaruh daripada Puan Masayu Ahmad, penulis Ebook Belajar Asas Blog dan juga pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Menurut beliau, terdapat 10 Ciri Blog Berpengaruh, saya kongsikan di sini ya (Ebook Belajar Asas Blog, mukasurat 47-50 ) iaitu:

1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca yang datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses loading dan mengganggu pembaca.

2. Sentiasa ada entri baru dan segar.
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3. Entri penyelesai masalah.
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resepi yang dimahukan. Manakala tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran.
Kisah kita kadangkala malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistik. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi.
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog ditulis.

7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika.
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula :-)

10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan.
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Masayu Ahmad atas tips blog berpengaruh ini. Panduan ini saya akan sentiasa gunakan setiap kali saya lakukan penambahbaikan di blog WAHM Corner. Moga tips blog berpengaruh ini menjadi panduan untuk kita semua.


Ebook Belajar Asas Blog. Harga: RM50
Bagi kalian yang ingin belajar bina blog yang berpengaruh dan disukai pembaca, boleh dapatkan naskhah ebook Belajar Asas Blog ini sebagai koleksi rujukan kalian. Kita mula jana pendapatan dengan menggunakan medium blog di internet. Ketahui teknik-teknik selanjutnya dalam Ebook Belajar Asas Blog ini. Harga ebook ini RM50.00 sahaja.

Untuk membuat tempahan Ebook Belajar Asas Blog, sila klik di sini ya : Borang Tempahan.

Untuk pertanyaan dan tempahan selanjutnya, boleh PM saya terus di WAHM Corner atau hubungi saya melalui SMS/WA: 019-6627100 atau email: haryatidulbahri@gmail.com

Bertindak sekarang. Kalian juga boleh keluar daripada kehidupan biasa kita.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG