Nuffnang

Monday, 26 May 2014

Disiplin Dan Bijak Menguruskan Masa

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Hari ini diberi peluang lagi untuk kembali menulis di blog WAHM Corner. Minggu ini bermulalah cuti sekolah selama dua minggu. Minggu yang lalu dan minggu ini adalah minggu yang agak sibuk untuk kami sekeluarga di kampung halaman. Alhamdulillah, urusan majlis pernikahan adik bongsu lelaki telah selesai berlangsung pada Sabtu yang lepas disusuli majlis persandingan yang berlangsung semalam di Melaka. InsyaAllah pada hujung minggu ini akan berlangsung pula majlis resepsi di sebelah keluarga kami di Selangor. 

Sebagai salah seorang kakak pengantin, saya juga turut terasa kesibukan persiapan majlis resepsi yang akan berlangsung 1 Jun ini. Antaranya saya mengambil peluang ini dengan membantu dari segi persiapan baju ahli keluarga yang akan kami pakai pada hari tersebut. Saya ambil peluang ini untuk mengembangkan bakat yang ada. Bakat menjahit yang akan saya kongsikan cerita dan pengalaman dalam sebuah blog saya yang lain. Selain bakat menjahit, saya ambil peluang ini juga untuk mempraktikkan apa yang saya belajar dalam kelas asas blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang saya sertai. Saya bina blog baru dan saya fokuskan cerita dan pengalaman saya dalam menjahit di blog yang masih dalam proses untuk disiapkan ini iaitu blog Ilham Seni Jemari by Yati Dbahri. 

Walaupun minggu ini agak sibuk dengan urusan perkahwinan adik, saya cuba sebaik-baiknya untuk membahagikan masa antara urusan di SOHO WAHM Corner dan rutin biasa di rumah. Disiplin dan pengurusan masa yang betul amat penting bagi memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar. Bagi saya tiada istilah bersenang-lenang untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Kita perlu berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. 

Jika diimbas kembali semasa saya bekerjaya dahulu saya akan masuk ke pejabat seawal jam 7.50 pagi. Sampai di pejabat saya akan mulakan tugas dengan menyemak emel yang masuk di inbox. Tepat jam 8.30 pagi saya akan memulakan tugasan mengikut senarai 'Things To Do' list yang telah disenaraikan pada hari sebelumnya. Pada kebiasaan, saya akan senaraikan 'Thing To Do List' untuk hari esoknya sebelum pulang ke rumah. Saya akan senaraikan tugas yang perlu dibuat mengikut keutamaan tugas yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Begitu juga apabila saya menjadi seorang WAHM kini. Saya lakukan perkara yang sama. Senarai Things To Do List ini amat membantu dalam rutin harian saya. Walaupun konsepnya saya bekerja di rumah, rutin pagi saya sama juga ketika di pejabat dahulu. Pada waktu pagi saya akan semak emel pelanggan yang masuk di inbox dan saya akan mulakan tugas mengikut senarai Things To Do List yang telah dibuat. Saya yakin setiap daripada kita terlalu banyak perkara yang ingin dibuat dalam satu hari. Sekurang-kurangnya apabila kita sudah senaraikan perkara yang ingin dilakukan, ianya dapat memudahkan kita melakukan tugas dengan lebih efektif dan konsisten. 

Jadi, kunci utama di sini adalah disiplin dan bijak menguruskan masa. Kita mesti disiplin dengan jadual kerja yang telah kita tetapkan dan bijak menguruskan masa antara rutin harian sebagai suri rumah dan juga sebagai suri yang bekerja di rumah. InsyaAllah, apabila cara bekerja kita teratur dan kemas, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan tekanan (stress) bekerja di rumah. Seterusnya hasil kerja kita pun akan berjalan lancar mengikut masa dan perancangan yang telah ditetapkan.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG