Nuffnang

Monday, 12 May 2014

Fokus, Komitmen Dan Usaha Luar Biasa

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Isnin. Alhamdulillah dapat bersiaran lagi dari SOHO kecil WAHM Corner. Moga hari ini dan seterusnya dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Semalam tanggal 11 Mei 2014, ibu saudara saya Bonda Bainah binti Bahro telah kembali ke Rahmatullah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita pasti kembali. Di kesempatan ini, saya rakamkan ucapan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga kami. Doa kami semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan diampunkan segala dosanya serta dihimpunkan bersama para solihin dan solihah. Amin. Al-Fatihah.

Alhamdulillah, seperti biasa sebelum saya teruskan menulis, saya akan singgah dahulu ke blog-blog yang ada di rangkaian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Hari ini saya tertarik untuk kongsikan nasihat daripada Sifu kami sendiri di ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad. Saya ambil pesanan beliau sebagai peringatan untuk diri saya sendiri secara amnya dan saya kongsikan juga dengan kalian untuk manfaat kita bersama.

Antara petikan yang menarik untuk dikongsi:

Fokus, komitmen


Dua ini sahaja yang saya mahu jelaskan, agar kalian tahu apa matlamat. Sudah tahu jalan ini, mahu buat jalan baru. Jika mahu bekerja dari rumah perlu belajar dari mereka yang sudah ke depan menebang pokok dan menebas hutan.
Tetapi kadangkala hati kita ini akan dipalu dengan pelbagai hawa yang pelbagai, sedangkan ia tidak sesuai dengan kita, tetapi sesuai dengan orang lain. Sangat penting apabila sudah mula belajar untuk selesaikan. Apabila sudah mula belajar untuk fokus. Apabila sudah mula belajar untuk berusaha luar biasa.

(Masayu Ahmad, baca lanjut di sini: Segalanya Dengan Izin Allah)

Jika diamati betul-betul pesanan ini, terlalu mendalam maksud Puan Masayu. Pesanan iklas dan jujur daripada seorang yang cukup berpengalaman dalam bekerja di rumah dan beliau tahu apa yang dilakukannya. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan ABDR lain telah bergabung dan bersama-sama berusaha menuju matlamat yang kami tetapkan. Benarlah kata Puan Masayu Ahmad, jalan telah diberikan dan ditunjukkan. Semuanya terpulang kepada yang empunya diri samada ya atau tidak. Memilih Ya di sini maksudnya kita pilih jalan ini (bekerja di rumah) dan sudah tentunya kita pilih untuk mula belajar  dan mula selesaikan. Jangan pada mulanya sahaja kita bersemangat berkobar-kobar, tetapi di tengah jalan tiba-tiba kita berhenti dan kemudian terus tertinggal ke belakang.

Dua perkara tadi iaitu fokus dan komitmen. Secara peribadi saya berpendapat disiplin dan motivasi diri kita perlu konsisten dengan usaha yang kita lakukan. Kita perlu disiplin untuk terus fokus dan memberi komitmen yang berterusan. InsyaAllah, sekiranya kita lakukan ini berdasarkan matlamat yang jelas, kita akan berjaya suatu hari nanti. Yang penting kita berusaha untuk cuba melangkah keluar dan terus bangun melangkah ke hadapan.

Secara kesimpulannya, untuk terus berjaya kita mesti fokus, komitmen dan lakukan usaha yang luar biasa. Kemudian istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Yang selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG