Nuffnang

Tuesday, 13 May 2014

Kelas Urus Akaun Anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lepas, 10 Mei 2014 telah berlangsung Bengkel Urus Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di Shah Alam, Selangor. Kelas akaun ini buat pertama kalinya di adakan secara offline telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para usahawan kecil samada secara online atau offline. Saya seronok melihat gambar-gambar para peserta yang dikemaskini oleh Cikgu Aishah di laman Facebook dan blognya iaitu blog Tips Resepi Mudah Untuk Suri Rumah. InsyaAllah saya juga menyimpan hasrat untuk menghadiri bengkel ini suatu hari nanti.

Baik. Pada kalian yang tidak dapat menghadiri kelas akaun yang lalu, kami di ABDR sekali lagi berbesar hati akan menganjurkan kelas akaun ini seperti berikut:

Tarikh: 14 Jun 2014 (Sabtu)
Lokasi: Shah Alam, Selangor
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Yuran: RM220
(Makan tengahari, air mineral dan sijil penyertaan disediakn)

Modul Kelas Urus Akaun
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang boasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping
4. Basic costing and pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit and loss. Anda untung atau rugi?
6. Case study (full set of book keeping). 
Case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Kami juga ada mengadakan kelas akaun ini secara online, tarikh terdekat adalah pada 19 Mei 2014 (Isnin).

Antara masalah rutin harian yang dihadapi oleh Usahawan Bisnes Kecil:
  • Tidak tahu menjejaki kos, untung dan aliran tunai bisnes
  • Terlalu banyak kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
  • Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
  • Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
  • Membeli stok yang banyak pada awal bisnes menyebabkan zero keuntungan
  • Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
  • Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
  • Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
  • Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Apa kata peserta yang telah menghadiri Kelas Urus Akaun?

1) Ulasan salah seorang peserta kelas akan online - Cik Azue

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.

Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.

Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.

Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses

Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah

a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini



Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.




Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*



Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duitPERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*




Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?

Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan

a) Sebut harga (Qoutation)

b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran


*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*



Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.

Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.

Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN.

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet



"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."

Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?

Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Sumber: http://kuazue.blogspot.com/2014/04/krat-seni-jahitan-sulaman-ulasan-kelas.html



*****

2) Ulasan Kelas Akaun - Nurhidayah Bahari 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.


******

Untuk pertanyaan/pendaftaran, hubungi saya melalui:
Facebook: WAHMCornerPBDR atau Yati Dbahri
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-6627100
Atau boleh terus daftar kelas akaun di sini: http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html


Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG