Nuffnang

Sunday, 18 May 2014

Kembangkan Bakat Yang Ada

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk hari ini. Siang tadi saya selesaikan sepasang lagi baju untuk dijahitkan lace dan hiasan manik. Kemudian petang hingga ke malam kami berkampung di kampung halaman bagi menyelesaikan beberapa persiapan perkahwinan adik yang bakal berlangsung minggu hadapan dan 1 Jun nanti. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengembangkan bakat menjahit yang terpendam selama ini. Saya realisasikan impian dan minat saya dalam jahitan. Kata kuncinya adalah 'mulakan dengan apa yang ada'.

Saya ambil peluang ini untuk cuba menjahit lace dan manik di baju yang akan dipakai semasa majlis perkahwinan adik saya nanti. Bermula dengan menjahit lace dan manik untuk anak perempuan saya, kemudian adik perempuan saya  dan seterusnya untuk diri saya sendiri. InsyaAllah, saya dalam proses untuk wujudkan sebuah lagi blog khusus untuk menceritakan catatan pengalaman saya dalam jahitan ini. Saya namakan blog ini nanti sebagai Panduan Jahit YatiDbahri. Nama YatiDbahri juga akan menjadi label jenama  untuk semua hasil kreatif saya dalam bidang jahitan. 

Projek DIY #1: Jahit Simple Lace & Beads.
Hasil kreatif penulis menjahit lace & beads di baju dress Arissa

Projek DIY #2 ~ Jahit Exclusive Lace & Beads.
Sentuhan kreatif penulis menjahit lace & beads di baju adik
Bercerita tentang minat saya dalam jahitan, saya mula menjahit baju sendiri seawal usia 14 tahun. Pada ketika itu, saya sudah mahir menggunakan mesin jahit dan boleh menjahit baju kurung sendiri. Mak adalah guru yang mengajar saya menjahit ketika itu. Akan tetapi apabila sudah sibuk belajar di universiti dan seterusnya bekerja, bakat dan kemahiran yang ada dibiarkan begitu sahaja. Tiada masa lagi untuk menjahit baju sendiri sehinggalah tahun yang lalu. Saya ambil peluang untuk pergi ke kelas jahitan. Walaupun sebenarnya saya masih lagi tidak mempunyai mesin jahit. Saya pasangkan nawaitu untuk berguru supaya lebih mahir tentang jahitan. Alhamdulillah, tahun ini dengan izin-Nya saya dapat menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Apabila masuk ke rangkaian ABDR ini, saya rasa lagi bersemangat untuk kembangkan bakat dalam bidang jahitan. Alhamdulillah, Allah telah beri jalannya. Saya suntik semula semangat saya untuk menjahit. Saya rancang semula matlamat dan tindakan saya untuk pergi jauh dalam bidang jahitan ini. InsyaAllah impian saya untuk mempunyai mesin jahit idaman dalam masa terdekat ini. Kemudian saya akan hadiri kursus jahitan lagi seawal-awalnya bulan Julai nanti. Apabila sudah mahir menjahit saya akan realisasikan apa yang saya belajar dengan mempunyai label jenama sendiri dan seterusnya promosikan perkhidmatan melalui blog dan fanpage.

Baik, sementara menunggu mesin jahit dan hadiri kelas jahitan, saya mula dengan apa yang ada dahulu. Saya mula dengan jahitan yang paling asas dan mudah. Saya juga dalam proses untuk bina blog khas dalam jahitan ini. Dalam blog tersebut saya akan catatkan segala pengalaman saya dalam jahitan, kongsi tutorial menjahit, tips jahitan dan sebagainya. Semoga apa yang saya rancangkan akan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah, kalian nantikan ya kemunculan blog Panduan Jahit YatiDbahri ini yang bakal siap nanti.

Secara kesimpulannya, setiap daripada kita dianugerahkan bakat. Bakat yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak ketahui. Jadi, kita analisa diri masing-masing, mesti akan ada satu bakat terpendam yang ada dalam diri kita. Sekiranya kalian berminat untuk mula berniaga, kalian ambil peluang yang ada dengan mengembangkan lagi bakat dan potensi yang kalian ada. Lakukan apa yang kita suka dan minat. InsyaAllah, bila kita minat, kita tidak akan pernah rasa jemu dan bosan. Malah lebih daripada itu, kita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh kerana kita memang minat. InsyaAllah. 

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG