Nuffnang

Saturday, 3 May 2014

Kisah Penulis Tentang DeWanie Scarf & Shawl

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ini saya dan encik suami berpeluang menghabiskan masa bersama anak-anak di luar. Kali ini kami memilih Setia City Mall, Setia Alam, Selangor sebagai destinasi kami untuk jalan-jalan cari makan sambil membeli beberapa 'barang perlu beli' di sana.

Jom kita layan dahulu gambar saya bersama anak-anak siang tadi :-)

Penulis a.k.a Ummi bersama anak sulung tersayang 'Arissa Safiya'
Si kecil 'Harith Imran' sedang merajuk tapi Ummi paksa juga ambil gambar :-)
Kembali kepada topik entri saya pada kali ini, sebenarnya saya ingin kongsikan sedikit cerita di sebalik shawl yang saya pakai pada hari ini (seperti dalam gambar di atas). Shawl tersebut sebenarnya adalah pertama kali saya pakai. Ingat lagi kan cerita saya pada Hari Pekerja yang lalu. Ya, sebelum saya singgah makan di Restoran Sup Keting UK, saya singgah dahulu di Butik Dewanie Scarf & Shawl. Saya beli shawl tersebut di butik ini. Sememangnya butik ini menjadi pilihan saya kerana DeWanie menawarkan perkhidmatan custom made shawl mengikut warna dan pilihan desain kita sendiri. Kebetulan adik saya akan melangsungkan hari bahagianya pada awal Jun nanti, jadi terus saya datang ke Butik DeWanie untuk membuat tempahan Aqeela Shawl (halfmoon shawl yang dihias dengan lace dan manik). Selain itu, saya juga membeli koleksi Plain Shawl dan Rishaa Shawl daripada DeWanie. Risha Shawl berbentuk halfmoon yang saya pakai ini adalah salah satu koleksi shawl yang terdapat di butik ini yang saya rasakan amat selesa, mudah dibentuk dan memenuhi citarasa saya. 

Label jenama Dewanie yang berjaya dibina oleh pengasasnya, Puan Syazwani Ismail

Plain Shawl dan Rishaa Shawl yang sempat dibeli di Butik DeWanie. (juga Aqeela Shawl yang masih belum siap ya).
Baik, cerita berkenaan Butik De'wanie Scarf & Shawl, butik ini dimiliki oleh seorang usahawan muda iaitu Puan Syazwani Ismail selaku Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat. Beliau bukan sahaja pengasas syarikat, akan tetapi beliau juga adalah model dan ikon bagi jenama "DeWanie". Selain Puan Syazwani sendiri, beliau juga dibantu oleh rakan kongsinya iaitu Cik Nooraziatuliza Abd Wahab selaku Pengurus Pemasaran dan Jualan Dewanie.

Saya ikuti perkembangan De'Wanie di laman instagram dan blog. Secara peribadinya saya amat kagum dengan perjalanan bisnes beliau dalam bisnes butik shawl dan skaf ini. Beliau mula bisnes dengan menggunakan label jenama DeWanie daripada bawah, sejak tahun 2010. Pada ketika itu beliau masih belajar dan menjalankan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan. Usia yang masih muda dan masih belajar pada ketika itu, saya kira bukan menjadi penghalang untuk beliau terus berjaya. Daripada hanya berbisnes di blogshop dan medium internet lain seperti FB dan instagram, kini beliau telah berjaya memiliki sebuah premis butik yang beroperasi di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Satu kelebihan yang saya nampak tentang DeWanie, beliau berjaya bina jenama DeWanie sendiri. Beliau bina jenama dengan kelebihan yang beliau miliki. Ya. kelebihan beliau iaitu minat yang amat mendalam dengan dunia fesyen yang menggunakan gaya beliau sendiri. Beliau bukan sahaja sebagai ikon dan model DeWanie, malah beliau juga mempunyai bakat dalam mengandam (make up artist) sendiri. Atas minat yang mendalam tentang fesyen dan bisnes, beliau tambah kemahiran dalam seni menjahit. Dipendekkan cerita, beliau berusaha gigih untuk belajar potong kain sendiri, belajar jahit sendiri, belajar potong lace sendiri, belajar mix & match untuk desain shawl sendiri dan lain-lain daripada zero sehinggalah kini beliau berjaya ada label jenama sendiri. 

Dari segi pemasaran pula, saya berpendapat DeWanie mempunyai rancangan perniagaan yang betul-betul fokus dalam memenuhi kehendak pasaran shawl dan skaf. Dengan dibantu oleh pemasaran di media massa, jenama DeWanie kini mampu  berdiri kukuh dan lebih berjaya setanding dengan jenama-jenama shawl yang ada di Malaysia kini. Saya doakan semoga Dewanie lebih berjaya dalam bisnes shawl dan skaf ini dan sentiasa memberikan idea-idea fesyen shawl yang unik dan berbeza daripada yang lain.

Kepada kalian yang mencari kelainan dalam fesyen shawl dan skaf, saya syorkan untuk tambahkan koleksi dengan mencuba koleksi shawl dan skaf daripada DeWanie. Memang cantik dan menepati citarasa kini. Selain itu, di butik ini juga terdapat pelbagai koleksi baju dan dress untuk wanita, kasut, sarung tangan, aksesori wanita dan pelbagai jenis biskut daripada vendor terpilih Dewanie. 

Kalian boleh terus datang ke Butik Dewanie di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor atau beli secara online di laman web Dewanie di sini: http://www.dewaniescarf.com/

Kesimpulan daripada kisah perjalanan bisnes Dewanie ini, saya berpendapat tiada jalan mudah sebenarnya untuk berjaya dalam bisnes. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh daripada bawah. Kita mesti jelas dengan matlamat yang dirancang dan sabar dalam menempuh segala cabaran. Ibarat bayi yang baru mula belajar merangkak, gigih bangun, jatuh dan bangun semula untuk terus mengorak langkah sehingga pandai berjalan. Begitu jugalah dalam dunia bisnes. Adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Keutamaan di sini saya rasa adalah disiplin, fokus, semangat dan komitmen kita. Jangan sesekali kita berputus asa. Seboleh-bolehnya kita teroka kekuatan diri yang kita ada untuk terus bangkit bina jenama perniagaan dan jenama peribadi di khalayak. Kita cuba untuk selaraskan produk atau perkhidmatan kita kepada sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah bakal pelanggan. InsyaAllah, kejayaan akan datang apabila kita tidak mudah berputus ada dan terus belajar daripada kegagalan yang lepas.

Seperkara lagi, kejayaan yang abadi dan berkat akan datang apabila kita tidak putus-putus memohon restu daripada Yang Maha Esa. Kita kembalilah kepada-Nya, mohonlah sesuatu daripada-Nya, InsyaAllah pintu rezeki itu Allah s.w.t akan buka seluas-luasnya. InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi untuk diri saya sendiri dan juga kepada kalian untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG