Nuffnang

Tuesday, 6 May 2014

Mula Menuai Hasilnya

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam semua. Hari ini saya agak lewat mengemaskini entri di blog. Idea datang mencurah-curah, tapi minggu ini saya akui agak sibuk kerana ada tetamu istimewa di kediaman saya. Alhamdulillah, kunjungan Mak dan Abah mertua sejak hari Ahad yang lepas disambut baik dan hati gembira oleh kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi si kecil kakak dan adik, mereka sangat gembira apabila Aki dan Nenek berada di sini.

Alhamdulillah, bila menjadi WAHM masa kita sepenuhnya berada di rumah. Jadi, apabila ada tetamu datang kita tidak rasa kelam kabut sangat. Walaupun masa saya agak sibuk minggu ini, saya cuba juga untuk memberikan yang terbaik untuk WAHM Corner dan seterusnya komitmen kepada Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Cuma hari ini agak terlewat sikit entri saya. Sebelah pagi saya sibuk uruskan pembungkusan madu kelulut. Tengahari pula saya terima lagi tetamu lain datang ke rumah. Bila malam menjelma, anak-anak sudah lena barulah saya sempat kembali bersiaran di WAHM Corner. InsyaAllah, apa yang berlaku hari ini saya akan tambahbaik lagi pada masa akan datang, lebih-lebih lagi tentang pengurusan masa.

Kembali kepada tajuk entri saya kali ini, saya ingin kongsikan pesanan mentor dan guru online saya di ABDR iaitu Pn Nisa Nua. Pesan beliau: "Blog ini umpama kita menanam pokok buah. kita selalu siram dan kita baja. Bila tiba masanya kita akan menuai hasilnya pula". Ya, saya sedang praktikkan pesanan ini.

Saya akui apa yang Cikgu Nisa katakan memang benar. Kita kena istiqamah dalam menulis blog ini. Istiqamah untuk menulis tentang info yang memberi manfaat kepada pembaca. Nanti apabila mereka sudah suka baca penulisan kita, mereka akan ikuti penulisan seterusnya di blog. Lebih lagi daripada itu, daripada pembaca kemudiannya pula bertukar menjadi prospek pelanggan kita.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya hari ini pertama kali saya berjaya menuai hasil daripada blog WAHM Corner ini selaku Pengurus Online Akademi. Ini tidak termasuk lagi hasil untuk bisnes saya yang lain. Bukanlah hendak berbangga, tapi saya hanya mahu kongsikan berita gembira ini kepada kalian semua. Fokus utama cerita saya sebenarnya ingin memberitahu kalian tentang kepentingan blog dalam bisnes kita dan seterusnya saya tahu bahawa ramai sebenarnya antara kita yang ingin merancang menjadi WAHM. Saya rasa bersyukur dan berpuas hati kerana daripada blog ini kita dapat membantu sedikit sebanyak bagaimana persediaan untuk menjadi WAHM melalui saluran Akademi Bekerja Di Rumah. Sebab saya tahu ramai sebenarnya yang merancang tapi masih tercari-cari bagaimana jalannya.

Seperkara yang menggembirakan saya lagi adalah ukhuwah rakan lama kembali terjalin. Kebanyakan prospek saya yang bertanya tentang ABDR dan apa yang sedang saya lakukan kini adalah di kalangan rakan sekolah dan universiti dahulu. Sebelum ini kami hanya mengetahui aktiviti masing-masing melalui Facebook, akan tetapi dengan menyertai ABDR ini secara tidak langsung saya dapat berhubung kembali dengan mereka. Selepas ini, kami akan bergabung pula di dalam ABDR. Insyaallah, kami sama-sama meraih kejayaan untuk menjadi WAHM yang berjaya suatu hari nanti.

Harapan saya semoga rakan-rakan saya yang menyertai ABDR ini nanti akan dapat manfaat dan selari dengan apa yang mereka mahukan. Begitu juga dengan saya, semoga terus istiqamah untuk menulis dan bekerja di rumah. InsyaAllah. Amin.

Wallahua'lam.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada kalian.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG