Nuffnang

Thursday, 8 May 2014

Oat Chocolate Choco Dan Tajuk Entri Blog

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari Khamis. Semoga urusan hari ini berjalan lancar dan sentiasa diberkati oleh-Nya.

Cerita kelmarin, en suami membawa pulang sesuatu sekembalinya daripada pejabat. Saya tengok bungkusan tersebut dan saya nampak tulisan OAT Chocolate CHOCO. Ya, Oat Choco, snek kesihatan yang sedang hangat di pasaran. Sekiranya kita lihat di laman muka buku (Facebook), produk Oat Choco ini sememangnya produk yang sedang laris di pasaran. Ramai di kalangan rakan-rakan Facebook update status tentang pengalaman makan atau merasa Oat Choco ini. Rata-rata memberi maklumbalas yang positif.

Ini merupakan kali pertama saya merasa snek Oat Choco. Kalau ditanya apakah rasa snek ini, saya akui sememangnya snek ini memang sedap!! Snek ini rangup dan rasanya seperti nestum. Berbeza sekiranya kita makan bijirin oat, snek ini lebih sedap di makan begitu sahaja. Saya makan dan makan lagi. Bila tengok semula, sudah empat bungkus kecil saya makan. Anak-anak pun suka dengan snek Oat Choco ini.  Selain rasanya yang memang sedap, snek Oat Choco ini berkhasiat untuk mengurangkan kolestrol secara semulajadi dan kaya dengan fiber atau serat.


Bercakap tentang Oat Choco ini, saya teringat pula dengan rakan saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Wan Rokiah. Saya perasan beliau ada menjual snek Oat Choco ini di kedai maya beliau iaitu Kedaionlinecikroki. Ya, sebenarnya permintaan Oat Choco ini sangat tinggi buat masa sekarang. Ibarat pisang goreng panas. Sekejap sahaja stok akan habis. Samalah juga dengan produk Kinetic Sand yang saya jual di Mompreneur Shoppe. Inilah beberapa produk terhangat di pasaran online kini. Baik, kepada kalian yang teringin hendak merasa Oat Choco atau memang mencari snek ini, saya jemput kalian untuk singgah di kedai online Puan Wan Rokiah di sini: Kedaionlinecikroki atau boleh juga lawati laman blog beliau, Dari Pena Seorang Wanita Bekerja dan Berbisnes. Sambil-sambil beli Oat Choco, kalian boleh dapatkan juga tips bekerja dan berbisnes di blog Puan Rokiah. 

Terus kepada fokus utama entri pada hari ini, sebenarnya saya ingin kaitkan Oat Choco tadi dengan tajuk entri di blog kita. Tahukah kita sebenarnya tajuk entri di blog memainkan peranan yang penting sebagai langkah menaikkan traffik blog. Ya, traffik blog sangat penting bagi menentukan kemajuan sesuatu blog. Pelbagai cara untuk menaikkan traffik blog, antaranya aktiviti blogwalking, enjin carian, promosi di laman facebook dan sebagainya yang berkaitan. Ini termasuk juga penggunaan keyword pada tajuk entri kita. Kita mesti bijak mencari keyword semasa yang terhangat dan cuba kaitkan dengan cerita dalam entri kita. 

Sebagai contoh, hari ini saya gunakan keyword Oat Choco dalam entri saya pada kali ini. Kenapa saya gunakan keyword Oat Choco. Ini kerana saya tahu Oat Choco sedang hangat di pasaran dan khalayak memang mencari produk ini di carian enjin. Jadi, saya ambil peluang ini untuk menulis satu entri khas berkenaan Oat Choco. Melalui entri ini, saya telah kongsikan pengalaman saya merasa dan makan Oat Choco dan seterusnya saya juga mempromosikan bisnes rakan saya dan juga ABDR sendiri. Selain itu, saya juga kaitkan Oat Choco sebagai contoh dalam poin utama saya pada kali ini.

Mudah bukan. Sebelum ini saya telah cuba teknik ini pada entri-entri saya yang lepas. Contohnya entri berkenaan Kinetic Sand. Kebetulan saya ada menjual produk ini dan saya masukkan sekali dalam entri di blog. Alhamdulillah, tajuk berkenaan Kinetic Sand telah menjadi salah satu entri yang popular di WAHM Corner. Lebih daripada itu, pengunjung yang membaca tentang entri ini juga sangat tinggi dan melebihi angka yang saya tidak jangka. Jadi, kesimpulannya, pemilihan tajuk entri blog adalah penting sebagai salah satu cara untuk menaikkan aliran traffik blog kita.

Selamat mencuba ya!


Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG