Nuffnang

Friday, 2 May 2014

Promosi Mei Pakej Ebook ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Salam jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 2 Rejab. Moga hari yang mendatang lebih membawa rahmat dan keberkatan dari-Nya. Amin.

Hari ini saya berbesar hati ingin memberitahu kalian semua tentang berita baik daripada kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ya, berita baik khusus untuk kalian semua yang ingin merancang untuk menjadi WAHM dan juga yang telah menjadi WAHM.

Promosi pakej ebook pilihan ABDR datang lagi. Kali ini kami datangkan pula pakej ebook yang berbeza dan masih lagi pada harga meletop. Promosi Mei, kalian boleh dapatkan 2 ebook pilihan ini pada harga RM50 sahaja. Harga asal untuk kedua-dua ebook ini adalah RM75. Kalian jimat sehingga 30% iaitu jimat sebanyak RM25 untuk pembelian 2 buah ebook ini. Memang sangat berbaloi.

Harga Promosi Mei: RM50 sahaja untuk 2 buah ebook ini. Harga asal: RM75
1. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
Ebook ini khusus untuk kalian yang sedang mencari idea untuk mula berniaga secara sambilan atau sepenuh masa. Analisa dahulu minat dan kemahiran yang kita ada dengan panduan yang diberikan dalam ebook ini. Dapatkan langkah demi langkah sebelum bermula dan ketahui tekniknya daripada mereka yang telah berjaya melakukannya.

Antara petikan bab yang menarik dalam ebook ini adalah tentang bisnes dropship:

"Mula bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang tersebut di facebook, fan page, wen jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosi kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen. Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula pada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk".


Ebook ini juga turut mendedahkan:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matllamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Staregi Pemasaran Gaya Rasullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Baca selanjutnya di sini: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com

2. Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook ini adalah kesinambungan Ebook Jana Wang Di Rumah. Antara yang menarik, catatan Tinta Pengarang di muka surat 3 ebook ini:

Catatan ibu, isteri dan wanita,


Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita
kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan
fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan
sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat

Masayu Ahmad 24.2.2013


Ringkasan kandungan bab ebook ini: 

Bab 1: Apa itu WAHM, SAHM, SOHO
Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Bab 3: Kisah Inspirasi WAHM, SOHO
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus tenaga super mama
Bab 8: Tips urus rumah tangga

Baca selanjutnya di sini: http://superwahmsupermom.blogspot.com/

****

Untuk pertanyaan dan tempahan selanjutnya, boleh PM saya terus di WAHM Corner atau hubungi saya melalui SMS/WA: 019-6627100 atau email: haryatidulbahri@gmail.com

Bertindak sekarang. Kalian juga boleh keluar daripada kehidupan biasa kita.


Sama-sama kita menuju kejayaan.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG