Nuffnang

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t


Cerita berkenaan Hari Guru, saya teringat kembali zaman persekolahan dahulu. Apabila tiba Hari Guru, pihak sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriah sekali. Pada kebiasaannya, saya dan adik-beradik yang lain akan sibuk menyediakan sesuatu untuk diberikan kepada guru kelas masing-masing. Tidak ketinggalan kad ucapan juga kadang-kadang saya akan buat sendiri untuk diberikan kepada guru. Ini semua kami lakukan sebagai tanda terima kasih kepada guru. Alangkah seronoknya jika kita dapat kembali ke zaman tersebut.

Masa silih berganti, kini saya telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Anak yang sulung telah bersekolah di tadika. Seperti tahun yang lepas, sambutan Hari Guru merupakan acara wajib yang akan diadakan pada setiap 16 Mei. Jadi, sebagai Ummi, saya akan sediakan juga sesuatu hadiah untuk diberikan kepada guru yang mengajar Arissa di sekolah. Alhamdulillah, sebentar tadi saya sudah selesai membalut hadiah tersebut untuk guru-guru Arissa. Terus saya teringat pula Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Ya, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada Cikgu Nisa Nua yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam sesi kelas online asas blog yang saya sertai di ABDR. Tidak lupa juga kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan semua barisan guru online di ABDR. Terima kasih yang tidak terhingga atas tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian ilmu yang diberikan. 

Seterusnya, saya tujukan juga untuk semua guru yang mengajar saya sejak dibangku sekolah lagi hinggalah di peringkat universiti (Tadika KEMAS Jenjarom, SK Jenjarom, SRA Jenjarom, SAMTTAR, Pusat Matrikulasi UIA dan UIA Gombak). Begitu juga kepada guru-guru yang mendidik dan menjaga anak-anak saya iaitu di Taska Bintang Bistari Presint 14 dan Cendekiawan Educare, Presint 9, Putrajaya.

Akhir sekali secara keseluruhannya saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kalian yang bergelar guru dan pendidik. Jasa kalian amatlah dihargai dan akan dikenang sampai bila-bila. 

Jazakallah.

Sajak Guru Oh Guru 

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini siap sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjana kenangan ke akhir hayat

(Usman Awang, 1979)

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 Suri, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 800 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG